WARNING: Entry ini adalah untuk mereka berumur 18 tahun ke atas dan berfikiran terbuka sahaja.
Selaput dara adalah sangat sinonim dengan wanita terutama anak2 gadis dan mereka yang bakal berkahwin. Kadang2 boleh jadi isu bila melibatkan selapur dara ni sebab terlalu banyak mitos dan cerita2 tentang selaput dara yang adakalanya tak betul.
Antara mitos2 tentang selaput dara:
1. Setiap gadis dilahirkan dengan selaput dara.
2. Selaput dara hanya pecah bila melakukan hubungan seks.
3. Selaput dara ialah lambang kegadisan seseorang.
Menjawab mitos:
1. Tak semua gadis lahir dengan selaput dara. Ada dibuat kajian terhadap baby2 gegurl dan mendapati tak semua baby gegirl ni ada selaput dara.
2. Banyak perkara yang boleh menyebabkan selaput dara pecah, seperti berlari, berbasikal, jatuh ke… lagi2 sekarang ni bila budak2 perempuan pun dah aktif sana sini. So tak hairanlah kalau sebelum kahwin pun dah pecah dara.
3. Kalau dengan sebab2 di atas tu… takde maknanya lahh. Dan ada juga orang yang dah kahwin dan dah melakukan hubungan seks masih mempunyai dara. Selaput dara tebal barangkali.
Selaput dara… nama pun selaput. Kalau sebut selaput tu ia mestila sesuatu yang nipis. Jadi secara logik memangla dia senang koyak. Selaput dara ni satu membran yang terletak 1-2cm dari veehjayjay yang ada macam2 bentuk pada setiap individu. Ada yang bentuk bulat, ada yang bentuk sabit, ada yang berbentuk gelung.. ada yang elastik, ada yang brittle, dan sebagainya. Ia memang unik.
Seperti yang tersebut di atas, ada gadis yang memang semulajadi takde selaput dara, dan ada yang dah koyak selaput dara akibat aktiviti lasak. Jadi tak semua wanita baru berkahwin tu akan mengalami pecah dara dan mengalami sedikit pendarahan.
Boleh mengandung ke kalau tak pecah dara?
Ya, boleh. Ada wanita yang mempunyai selaput dara elastik, jadi daranya tak pecah semasa hubungan suami isteri. Malah, ada yang boleh mengandung tanpa penetrasi. Kuasa Allah…
…..Apabila satu pasangan baru berkahwin berjumpa saya kerana si isteri lewat datang haid, ujian kehamilan dilakukan ke atas isteri dan keputusannya dia didapati positif mengandung, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan penetratif.
Ini berlaku kerana wanita itu takut untuk melakukan hubungan penetratif. Jadi, mereka keliru bagaimana isteri itu boleh hamil.
Bagaimanapun, selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim dilakukan, baru saya faham dan dapat menjelaskan keadaan yang menyebabkan wanita itu mengandung.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali suami mengakhiri adegan sentuhan intim terhadap isterinya, dia melepaskan air maninya di kelangkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh.
Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara!
Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti seketika dan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu berpantang.
Jangkaan pasangan itu ialah selepas bersalin secara normal, faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan.
Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang apabila wanita itu tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk bersetubuh.
Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama isterinya, walaupun selepas bersalin. Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi.
Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukan zakar.
Dr.Ismail Thamby (pakar sakit tuan)
Walau macamanapun, kesucian seseorang perempuan itu usahlah diukur dengan selaput dara ni. Sebab ape, ada banyak rumahtangga yang bercelaru kerana kekeliruan tentang selaput dara, terutama bila isteri tidak menunjukkan ciri2 hilang dara selepas malam pertama (tak kluar darah dan sebagainya) menyebabkan si suami berasa curiga dengan kesucian isteri dia.
Sebagai anak gadis, jagalah keperawanan dengan menjaga diri di bawah pengaruh agama supaya tak terjebak dengan perkara2 di luar kawalan akal yang waras ni. Nikah dulu baru boleh buat segala hubungan terlarang ni.
Saya tak ada anak perempuan (belum) hmm tapi yang lelaki ni kene jaga lebih juga, sebab lelaki2 la yang boleh buat perempuan mengandung pun. Oh sungguh tak aci OK kalau orang nak jaga anak perempuan je, tapi anak lelaki takde nak risau sangat… memangle dia tak kene rog*l, tapi dia ada alat untuk rog*l orang huhu.
Apepun, bukan masalah ada selaput dara atau tak, tapi kalau nak kahwin tu carilah perempuan yang tahu menjaga kehormatan diri, agama … ikut garis yang dah ditetapkan syaraklah. Jangan hanya menjaga ‘selaput dara’ dari ‘dara’ tu tak jaga pun. Dan jangan sebab ‘tak ada selaput dara’, perempuan suci yang baik2 pun dituduh macam2.
Leave a Reply