Susu Ibu vs Susu Kambing vs Madu Lebah

admin Avatar

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak. Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif (tanpa sebarang makanan tambahan lain atau susu lain) selama 6 bulan sebelum bayi diberi permulaan kepada makanan pejal pada usia 6 bulan.

Menjadi persoalan apabila bayi kecil diserang sakit seperti jaundis, selesema, cirit birit dan sebagainya. Ramai yang menyarankan agar bayi diberi susu kambing sebagai penawar jaundis dan madu lebah sebagai penawar selesema.

Menurut kajian moden, susu kambing tidak sesuai untuk bayi di bawah usia 1 tahun kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Begitu juga dengan madu lebah kerana mengandungi bakteria botulism yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Namun, terdapat beberapa argument tentang ini kerana:
1) Susu kambing adalah minuman kegemaran Nabi dan dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.
2) Madu lebah merupakan ramuan makanan yang disebut dalam al-Quran dan khasiatnya tidak terbanding.

Walau bagaimana pun, berbalik kepada yang asas… Anak manusia disyaratkan meminum susu, secara eksklusif selama 6 bulan. Ada sebab kenapa Allah menyarankan agar seorang anak disusukan dengan susu ibu selama usianya 2 tahun.

1) Nabi SAW dihantar ke desa untuk disusukan oleh ibu susuan, Halimatus-Saadiah, meskipun berlambak2 susu kambing ada di KOta Mekah.
2) Di India, pemberian madu kepada bayi baru lahir adalah penyebab utama kematian bayi di sana.

Kenapa bayi baru lahir tidak boleh diberi minum madu? Kerana perut bayi baru lahir hanyalah sebesar sudu teh. Kalau kita beri madu satu sudu, dah penuh perut dia. Mana nak masuk susu lagi? Kalaupun minum lagi tapi dah tepu madu dalam perut dia.

Walaupun madu tu bagus, tapi belum masanya seorang bayi diberi madu. Macam kita belajar membaca bukan terus baca eksaiklopedia, mula dengan kenal huruf, kenal perkataan… Masa mula perkenalkan makanan pejal kepada anak pun kita tak terus beri nasi. Kita mula dengan makanan separa pejal, bubur, puree, sebelum beri makanan pejal betul2.

Jadi bukan mengarut kalau kata bayi kecil tidak sesuai diberi madu dan makanan lain. Bukan gila kalau ada ibu yang tak berikan anaknya madu lebah makanan al-Quran, kerana bayinya terlalu kecil dan sesuai minum susu ibu sahaja.

Saya rasa kita tak perlu argue lagi tentang pemberian benda2 lain kepada bayi sebagaimana kita tak perlu argue seseorang tu nak beri bayinya susu ibu atau susu formula, sedangkan pemberian susu ibu jelas dinyatakan dalam al-Quran!

admin Avatar

19 responses to “Susu Ibu vs Susu Kambing vs Madu Lebah”

  1. Wan Anie Avatar

    utk anak yg sudah diberi makanan pejal, rasanya takde masalah…. better 1 tahun ke atas. memang tak dpt dinafikan susu ibu yg terbaik utk baby di bawah 6 bln, tiada makanan lain selain susu ibu dan susu ibu sahaja.

    utk baby yg jaundis, ibunya yg minum susu kambing bukan bayinya… itu saya lah dulu…
    .-= Wan Anie´s last blog ..Menu Berbuka =-.

  2. Neroecha Avatar

    Tang madu tu aku setuju sgt..bab susu ibu dari azali lg aku dah sokong

  3. ApasH Avatar

    Dulu masa di dalam wad lepas bersalin, akak yg depan katil tu pon minum susu kambing byk2..then pump susu utk anak dia yg kena jaundice.
    Saya xde pengalaman anak kena jaundice..tapi MIL dulu titikan beberapa titik susu kambing kt Qaseh as precaution. X tau le dr segi kesihatan baik ke tidak.
    .-= ApasH´s last blog ..Terasa Hati =-.

  4. sya Avatar

    ye…
    saya sokong sangat…
    sangat pening nak jelaskan bila orang sibuk nak sudukan madu untuk anak kita waktu baru lahir dengan sibuk suruh bagi susu kambing waktu jaundis….

    1. Wan Anie Avatar

      sya,
      calitkan sket madu atau kurma masa baby baru lahir itu sunat yg dinamakan tahnik.
      .-= Wan Anie´s last blog ..Menu Berbuka =-.

  5. faznfaz Avatar

    salam….
    setuju! setuju!!!! oooo pasal susu kambing tue, baru tau, patutlaaa waktu duduk kat UK dulu, susu kambing memang diharamkan utk baby… rupanya ada sebab…. hehehhe!!! pasal madu n kurma tue, yup, calit skek kat mulut baby, kalu boleh dari org yg beriman/ berilmu, namanya tahnik or belah mulut, sunat katanya, atau ambik berkat supaya anak pun beriman or berilmu….

    anyway, thanks for the info…. kadang2 susah nak terangkan pada orang… bila dah ada ‘dalil’ macam nih, senang sikit nak mempertahankan diri…. hahahha!!!!
    .-= faznfaz´s last blog ..Model Terkenal Pojaan Hati Kami Sekeluarga Part 1 =-.

  6. MamaEmma Avatar

    lyna, camne lak kalau ada suara2 yg suruh kasi air zam2.. bukan takat buat belah mulut tu, suruh kasi air zam2 dlm 1 sudu gitu.. nak follow ke x… nie utk budak 4bln..

    harap balas comment ni.. masyeh….
    .-= MamaEmma´s last blog ..-SORRY RYMI- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalu ikut sejarah Hajar & Nabi Ismail, Hajar yg minum air zam2, kemudian susunya jd banyak & Nabi Ismail dapat minum susu ibunyanya, bukan berikan air zam-zam kepada anaknya. Hehe. Akak jela yg hantam air zam2 tu. Hehe.

      Walaupun air zam2 air penuh barokah, tapi konsep susu kambing & madu lebah boleh dipakai kerana semuanya sama je statusnya.

      1. MamaEmma Avatar

        masyeh sbb sudi reply komen akak.. ahaks!!!

        amik napehhhhhhh… nak tepis nasihat2 mak2 ni memerlukan1 kekuatan.. hehe..

        wokeh.. nak pakai ideologi mak minum air zam2 p kat susu, then nnt p kat baby… huhu
        .-= MamaEmma´s last blog ..-SORRY RYMI- =-.

  7. durex Avatar
    durex

    saya tidak setuju… coretan di atas adalah kajian orang barat….barat ni memang selalu terbalikan apa yang baik dalam islam….
    cuba cari ikut kaedah perubatan dalam islam plak….

    salam

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam durex

      Dlm Islam mmg susu kambing & madu tak terbanding khasiatnya. Di sini ttg kesesuaian terhadap bayi, where dlm Quran ada mnyebut ttg penyusuan susu ibu 2 thn penuh & najis bayi lelaki yg minum susu ibu shj is najis mukhaffafah.

      Apa kata durex tolong kami cr info ttg kesesuaian kedua2 di atas terhadap bayi?

  8. durex Avatar
    durex

    adakah kita ada ambil tahu kandungan ubatan di hospital atau klinik?????ada tak tanda halal????tahu apa fungsi baby dicucuk pertama kelahiran dia??mari sama2 kita bersihkan diri dari benda haram….

    insyaallah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mungkin durex bole bagi penjelasan yg lebih detail tentang hal ini 😀

  9. akoi Avatar
    akoi

    Durex : apa maksud kamu dengan halal haram ?… kamu ada penjelasan nya ka?… kami masih tak paham lagi sebab kamu tak terangkan… Kamu ada anak atau tidak?… so kalau tak ada tidak apa lah… tapi kalau ada saya nak tanya juga adakah anak kamu di beri suntikan BCG ?.. so kami tidak pasti halal haramnya cuba terangkan … sebab kebanyakkan orang islam yang bersalin @ melahirkan anak akan di suntik anak itu dengan BCG…

  10. himawari Avatar
    himawari

    salam..

    sy pun nak bagi komen..tang susu kambing tu memang mengurangkan jaundis baby (pengalaman sy dah ada anak 2)..tp bukan diberi pada bayi (ibu yang minum susu kambing tu)..protein yang tinggi dlm susu kambing tu menggalakkan penghasilan susu ibu..(baby yg jaundis tu sebenarnya kekurangan susu ibu)..bila susu ibu yang diminum oleh anak tu banyak (senang hati/limpa memproses untuk memecahkan bilirubin dlm drh bayi yag baru lahir tu)

    tang madu tu…rasionalnya carila madu yg asli..kalau madu x asli memang x baik utk bayi

    kajian barat memang selalunya bertentangan dengan islam

  11. MAMA AISY Avatar

    MOHON SHARE YE MOMMY LYNA..:-) INFO YANG BAGUS…:-)

  12. abus Avatar
    abus

    maaf mungkin ada pembetulan info mngenai madu, apa yg sy prnh trbaca bhw rasulullah prnah mmberi madu pd baby/infant dgn mngunakn jari bliau dgn memasukn k dlm mulut bayi trsebut, so yg sy yakin ialah, bkn stakat kt mngikuti sunnah nya, juga mnunjukn bhw madu mmg d galakn utk baby/infant…..(brhati2 dgn dakyah/info yg d bawa n d ajarkn oleh para doktor2 zionis2 ni, dlm masa yg sama mereka mmpraktikn smua yg nabi ajar/sunnahnya. cthnya kes daging kambing, doktor2 zionis mndakwa high clestrol, padahal colestrol daging kmbing jauh lbih rendah brbanding dgn daging ayam, lembu dll (dok. fadhilah kamsah mngesahkn)?!! cth lain nya para dok. zionis mngatakn mkn hati ayam/lembu mnambah darah, nabi 1400 thn dulu sdh mngatakn makruh memakan organ dalaman binatang (itu lh slh 1 punca sakit kuning dsnya mngikut info yg sy dpt lh)?!! pendek critanya ikut je apa yg alquran n sunnah ckp insyallah kt x akan trtipu/trpedaya/trsesat)…..wallahualam….

  13. amirul Avatar
    amirul

    setuju SGT2 dgn abus & himawari….
    dah sahih lar susu ibu tu terbaik, xleh nak tukar r ganti dah fakta tu..suruh bg susu ibu…persoalanya adakan susu kambing n madu lebah tu sesuai utk baby?..
    APE2 JER SUNNAH NABI TENTUAN ILLAHI…IKUT JE LAR….
    1. “Kenapa bayi baru lahir tidak boleh diberi minum madu? Kerana perut bayi baru lahir hanyalah sebesar sudu teh. Kalau kita beri madu satu sudu, dah penuh perut dia. Mana nak masuk susu lagi? Kalaupun minum lagi tapi dah tepu madu dalam perut dia.”………..ayat 2ND dah betul..ayt 3rd ni xbetul nih..lau nak bg madu pon ikut lar cara nabi bg..nabi calit jer madu kt lelangit baby..bukan bg 1 sudu..agak2 lar 1 sudu..
    BABY BOLEH JER TIME MADU LEBAH..CALIT LAR MADU LEBAH KT LELANGIT BABY SUPAYA DPT KEBERKATAN AMALAN SUNNAH..

    2. “Nabi SAW dihantar ke desa untuk disusukan oleh ibu susuan, Halimatus-Saadiah, meskipun berlambak2 susu kambing ada di KOta Mekah.”…
    XDER LAR AMBIK susu kambing JDI PENGANTI TERUS kpd susu ibu..ambik dlm kuantiti skit jer, setitik dua (utk ubat juandis)…nak bagi dalil pon agak2 lar…(anak sy turun jer kuning dlm najis bile ibu die minum susu kambing, xder pon kena tahan bawah cahaya foto)…
    ..XPERNAH TAHU PLAK NABI KITE MINUM SUSU KAMBING WAKTU BABY..MCM HIMAWARI CKP…BABY KUNING SBB KURANG SUSU IBU…NAK TAMBAH SUSU IBU YANG MINUM SUSU KAMBING…

  14. Tinh Avatar

    You’ve really captured all the esnlitsaes in this subject area, haven’t you?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge