Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang

admin Avatar

Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.

Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.

Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.

Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Vitamin Kehamilan, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata nanti baby kita besar. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar suplemen dan jamu-jamu. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.

Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?

Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.

Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.

OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…

Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.

Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.

Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.

yang benar,

Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

Tagged in :

admin Avatar

73 responses to “Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang”

  1. hani Avatar

    Memang bagus jawapan mah kepada suami dia nih…sokong kak mah…sokong kak mah

  2. nurul aziyana Avatar

    serius ni cerita ape sebnarnya?

  3. Hani K Avatar

    Kat mana nak tekan butang like nih?

  4. lydzar Avatar

    Tepat sekali jawapan2 Mah ni. Lelaki yg tahu layan hawa nafsu ni baik kasik bedah je prxxtxx dia. Baru dia tahu. Hihihi

  5. nurul izad Avatar

    Jawapan tembak balik pada suami ye Mah. Baguss. syabas Mah.

  6. Fyda Noh Avatar

    Bravo Kak Mah.. wa caya sama lu

  7. normi Avatar
    normi

    Ala ni cerita yg direka utk promo produk shaklee..sabar je la

    1. diana Avatar
      diana

      sokong !!!!!!!!

    2. ilani Avatar

      sabar kak normi.. sabar.. haha

  8. raihanah Avatar

    Hihih terhibur baca ni

  9. hani Avatar

    hahha.

    tepat sungguh huraian mah.

    boleh jadi pakar nutrisi dah nie

  10. irfa Avatar

    *tepuk tepuk tepuk*
    terbaik, izin share ye

  11. Amyz Avatar

    Terbaik. Tinggalkan saja laki tak guna tu! Eh, tetiba emo.

  12. ros Avatar

    jawapan terbaik. saya suka 🙂

  13. fara hana Avatar

    sungguh panjang cerpen mah ni, tp suka sgt.. sel2 otak berhubung.. luv u mommy.

  14. Hanun Avatar

    Ahahaha.. Terbaik lah mah.. Laki yang hanya tahu memberi alasan tak macho langsung! Hehe

  15. miza Avatar
    miza

    Ape ngarut nak bershaklee bagai puii. Asal xherba life ke. Kak ton nye brg ke dherbs ke.ceh

    1. MommyPutri Avatar

      Blog dia. Dia nk conteng cmne pun x salah kan

      1. jannatannaim Avatar
        jannatannaim

        Hiii mak sape ni x senonoh meludah di “rumah” orang

  16. norlinda Avatar
    norlinda

    Nak share bole?

  17. Zety Zin Avatar

    Well said, Mah! I loike!

  18. arni Avatar

    Lawak2 . klakar giler!

  19. arni Avatar

    Lawak giler! huhu

  20. yong Avatar

    best ^^ mohon share ~

  21. mastura Avatar

    hihi kelakar2… bagus mah..jom kita menjana pendapatan dengan shaklee.. i like!!

  22. Shaedah Shahuddin Avatar

    Hahaha..kelakor jawapan mah..tp best

  23. Laily Avatar

    Hihi.. A good one.. A good reply! Hihi

  24. Myliferia Avatar

    My kak mah, bangga seh ada iras2 nama…muakaka

  25. mamamanis Avatar

    Well said kak mah! suh cik abang baca ni pulak ye.. semoga dihidup kita lebih diberkati 🙂
    http://coretanmamamanis.blogspot.com/2014/11/allah-masih-sayangkan-kita.html

  26. ida Avatar

    bijak sungguh kak mah ni.. fokus kepada solusi bukan masalah. Terbaikkk!

  27. Wardah Aina Avatar

    This is an epic?
    Err sape upline Kak Mah? 😛

  28. Kak yatiadm Avatar

    Ha ha ha… mantap jawapan ni…
    Yati suka sangat2.. jemput blogwalking

  29. MommyPutri Avatar

    haha.. Paling syok kencing berak smbil dukung ank tu!! Haha.. Org lelaki mn tau.. Dia nmpk yg wangi ke…

  30. ira aziz Avatar

    Tahniah alom.. memang sgt kreatif.

  31. ira aziz Avatar

    Alom.. sgt kreatif..
    Thumbs up

  32. Dilla Jalil Avatar

    Hebat kau Mah..ahkak bangga dengan kau!

  33. Aya Chalo Avatar

    Hahaha.. gini rupanya kisah dia… smlm baca gerammm ja.. bila baca “kisah disebaliknya” rasa lawak pula. Tak sabar nak baca episode lepas ni. Hihi.. bg lebih drama ok?

  34. Chrysalis Nurul Avatar

    Kisah suka duka rumah tangga Mah bersama Shaklee…

  35. ena Avatar

    ..blur plak i..ni cerita sambungan ke?.

    walaupun rekaan tapi ‘makan dalam’

    hehe

  36. daya rudy Avatar

    Moga Allah bg hidayah pada suami kak mah

  37. daya rudy Avatar

    Moga kak mah berjaya

  38. Neroecha Avatar
    Neroecha

    Semoga akan menjadi Master Mah suatu hari nanti..like berjuta2

  39. Safiya Avatar

    What can I say, this is extremely creative. Out of the box thinking n act very fast.

  40. Safiya Avatar

    What can I say, this is extremely creative. Out of the box thinking n act very fast.

  41. Puan abby Avatar

    Cayalah surat dari Mah ni….sebab ada brand Shaklee….

    Go Mah…Go Mah…..Go Mah with Shaklee…

    Mah join lah shaklee…buat bisnes utk masa depan

  42. akmal rusydi Avatar

    Haha…terbaiklah..

  43. ryna Avatar
    ryna

    Dah agak…suami mah ni perasan mcm bgus.
    Cari kesalahan isteri..x relevan btul badan berbaulah..kuku rapuhlah…yg haram tu tetap haram…ape daa

  44. jannah ps low Avatar

    Teringat saya dulu, jaga twins sorang2. Barang dapur apa pun harap lori apek yang lalu depan rumah…. 2,3 tahun juga mandi + berak kencing tak tutup pintu bilik air….

  45. Irene Kass Avatar

    Memang terbaik ko Mah.. hahaha.. kalau lah in realiti dia boleh jawab macam ni pada husband dia, memang saya tabik spring pada Mah..

  46. Mummy Dina Avatar

    Cayalah Mah..:)

    suami mah,sila baca dan hadamkan ye..

    Btw,cuba fikir balik kenapa agaknya zulaikha tu bercerai ye

  47. linslyspysli Avatar

    Cayalah Mah…SID yang ko pilih Mah. Elok lah tu. Jadi wahm mmg pilihan terbaik abad ini. Sambil jaga anak kat rumah, boleh jana pendapatan sekali.

  48. min ibudoakan Avatar

    Mah terus mengorak langkah ke depan..xpayah pikir tentang lelaki curang..teruskan jd sid yg byk tips rumahtangga..heheh..
    terbaik nenny lyna..

  49. ummu hasni Avatar

    Dah boleh jadi novel gini…hihi..

  50. anis Avatar

    Saya suka..saya suka..hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge