Kisah Sebenar di Sebalik Surat Mah Kepada Abang

By | November 18, 2014

Meletup blog dan mailbox saya harini. Siap ada yang tanya – kisah Cik Mah tu kisah hidup saya ke?

Tak kurang juga yang bertanya kebenaran kisah yang disiarkan oleh Sinar Harian. Ada juga spekulasi yang kisah dalam Sinar Harian pun sumbernya dari saya.

Mah tu tentulah bukan saya.. dan saya pun tak tahu betul atau rekaan cerita tu. Tapi takpe, itu tak penting, yang penting… apa pengajaran yang kita boleh perolehi dari kisah ini.

Sedar atau tidak, kita para isteri mungkin ada menyimpan identiti ‘Mah’ tanpa kita sedari. Hanya bersiap bila keluar, selekeh di rumah, tidak menjaga penampilan kerana sibuk menguruskan rumahtangga…sehingga tanpa disedari ada jiwa yang terguris.

Di pihak suami pula, kalau rasa isteri ada buat silap (terasa macam diabaikan ke) silalah tegur dengan baik. Kalau takut isteri sentap, kasi lah hint. Misalnya beri hadiah minyak wangi, baju baru, alat mekap ke,.. cakap jelah “Abang nak sayang pakai ni bila bersama abang”. Kan senang. Isteri pun bukannya pekak atau tak faham bahasa kan? Kalau pekak sekalipun, gunalah cara komunikasi yang biasa dengan dia…

Pendekata, komunikasi berkesan amat penting dalam sesebuah rumahtangga. Bukan sekadar “Faham-faham sendirilah”.Tak boleh, pasangan kita bukan superman boleh nak tilik dalam hati kita… cakap saja… bukannya orang lain pun.

Rumahtangga biarlah berteraskan agama. Kasih sayang kerana-Nya, bukan kerana cantik atau handsome. Insya-Allah, bila berkasih sayang kerana-Nya, walau pasangan kita dan kerepot pun tetap semarak perasaannya.

Category: Relationship

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

18 thoughts on “Kisah Sebenar di Sebalik Surat Mah Kepada Abang

  1. Khadeejah Hasmad

    Sedang improve diri ^_^

    Eh, kalau nak tahu, bini orang arab kan, kat luar pakai semua hitam bertutup bagai, tapi dalam rumah, mak aiiii, kalah model dalam tv!

    Ai know sebab adik ai kawen dgn orang arab >___< *tutup mata nih!*

    Ikut apa yang Allah suruh, berhias bercantik berwangi semua dalam rumah untuk tatapan suami 😉

    Dan suami pun ada lah part dia.
    Khadeejah Hasmad´s menulis tentang ..Cara Merawat Kanser Payudara Supaya Anak-anak Kita Tetap Boleh Bersama IbunyaMy Profile

    Reply
  2. Jazilah Ilyas

    Bnyk kisah camni dlm masyarakat kita. But then camana nak berhias cantik kalo duit xde kat tgn? Shopping sbln skali pun bini takat ambil susu pampers anak je takut suami x cukup duit? So para suami pun kna take part kan? Jgn leee dibuat wife tu cam org gaji je 🙁

    Reply
  3. Ida

    sebelum suami suka suki jadikan ia alasan utk ter, ops or whatever, baik kita tanya diri kita dah ok ke idak. Kalau rasa xok, tanya suami plk. Kalau dia kata tak ok, sila minta sponsor apa yg patut seperti spa treatment, baju seksi dan bling2, perfume, holiday dan up duit shopping!

    Reply
  4. princess

    Lelaki yg sudah berkahwin dan berzina patut direjam sampai mati.kalau saya jadi mah anggap saje suami itu sudah mati…

    Reply
  5. sazlina

    salam…wow..realiti bukan fantasi lagi…
    ini bukan sekadar isu kaum isteri tapi turning point utk both husband n wife…
    suami jlnkn tgungjwb ikut syariat, begitu juga isteri…barulah nampak jelas, Islam itu indah…

    bukan setakat bebas ber is’Three’ +1 jer..
    sazlina´s menulis tentang ..7 Teknik Mudah Galak Penghasilan Susu IbuMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge