,

Sunnah Memilih Jiran

admin Avatar

Bila kisah seorang ustazah dan anaknya maut dibunuh jiran, sedikit sebanyak memberi rasa cuak kepada penduduk biasa seperti saya. Jiran pun tak boleh nak percaya, siapa lagi kita nak harap? (Banyak sebenarnya kes mati di tangan jiran ni)

Kerana itulah Islam meletakkan jiran dan kejiranan dalam perkara2 yang perlu dipertimbangkan sebelum membina/membeli/menyewa rumah, bukan setakat lokasi, harga, design, feng shui semata2.

Jarang dalam panduan membeli rumah yang menekankan aspek kejiranan.

Rasulullah bersabda “Di antara kebahagiaan seorang Muslim ialah jiran yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna” (HR Ahmad)

Jiran yang soleh bukan bermakna kena berjiran dengan pak imam atau imam muda dan seangkatan dengannya. Maknanya jiran yang boleh memberi manfaat, atau sekurang2nya tidak menyusahkan kita. Dan takrif jiran itu pula bukan saja mencakupi orang sebelah rumah, tapi dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya:

“Jiran ialah empat puluh rumah yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri rumahnya”

Makna kata dalam Islam, tiada beza antara jiran dan kejiranan.

Jadi sebelum mengambil keputusan untuk membeli atau menyewa rumah, haruslah kita survey dulu kawasan kejiranan, terutama rekod jenayah. Kalau kadar jenayahnya sebulan 4 kali rumah kena pecah, 8 kali orang kena ragut, 2 kali budak kena culik, mungkin anda perlu fikir lagi sekali. Tawakal, tawakal juga, tapi usaha kena ada. Kalau tayang rantai depan pencuri sambil bertawakal, itu bukan tawakal namanya.

Jiran2 kalau boleh adalah yang boleh diharap untuk tengok2 rumah semasa kita tak ada. Bukannya tolong kopak rumah masa kita tak ada. Atau masa kita ada pun berani masuk menyamun.

Jiran2 juga umpama kawan2 kita, yang mana jiran yang baik seperti penjual minyak wangi dan jiran yang buruk seperti tukang besi. Sekurang2nya tercium bau wanginya, dan tidaklah kita terkena percikan apinya.

Walaupun zaman sekarang ni hidup berjiran tidaklah penting sangat, ramai yang hidup sendiri2, jiran sebelah rumah pun tak kenal… Tapi sekurang2nya memilih kejiranan yang baik membantu tumbesaran anak2, dan kita pun boleh hidup dengan selesa.

Mungkin juga kita sukar untuk memilih, terutama jika ada limited budget, namun kita masih boleh membuat pilihan dengan:

– Mengelak dari membeli atau menyewa rumah yang mempunyai kepadatan pendatang asing (termasuk yg tanpa izin) yang tinggi. Tapi kalau expatriae area tu baguslah.
– Elakkan dari kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.
– Jika anda nak bina rumah besar, carilah kawasan rumah2 besar juga. Cuba elakkan bina rumah besar di kawasan rumah kecil kerana anda bakal mengundang mata2 yang memandang anda sebagai ‘lebih berharta’ dan banyak benda yang boleh dicuri.
– Beli/ sewa rumah yang penduduknya di kalangan mereka yang setaraf dengan kita, contohnya berpendidikan yang setaraf bagi memudahkan urusan berjiran.
– Memilih kawasan berdekatan pusat komuniti seperi balai polis, balai bomba, sekolah, masjid dan sebagainya.

Semua orang mahu hidup yang harmoni. Kita tidak boleh mengubah perangai jiran2 kita, tapi kita boleh memilih siapa jiran kita supaya perangai mereka tak adalah teruk sangat untuk kita hadapi hari2.

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge