Sperma Lemah Akibatkan Wanita Tidak Efektif

admin Avatar

Sekarang ramai yang memperkatakan tentang kenyataan Encik S/U Agung CUEPACS tentang jawatan awam yang semakin ramai dipegang oleh wanita, menjadikan sektor tersebut kurang efektif, silap buat keputusan, birokrasi, etc.

Kenyataan beliau telah meletakkan WANITA sebagai fokus utama. Topik2 perbincangan dibuka tentang WANITA sampaikan Hot Chat pun berbicara tentang ‘Betul ke wanita tak tahu buat keputusan?’. Oh my… please please please… Sampai korek semua bab2 hak pekerja wanita… maternity leave segala…

Saya rasa Encik S/U Agung kena tuka sikit ayat tu kepada KETIADAAN LELAKI. Itulah fokus sebenarnya. Mana pegi semua lelaki2 ni?

Mari kita lihat:

  • Lebih suka masuk pusat serenti dari masuk universiti.
  • Lebih suka mengkaji tentang anatomi anak dara orang dari belajar biologi.
  • Lebih suka membuat banci pengunjung shopping complex dari membuat latihan matematik.
  • Lebih suka jadi lembu (meragut) dari bela lembu.
  • Lebih suka merempit dari berlumba2 belajar dapat nombor satu.
  • Lebih suka hisap dadah dari memenuhkan ilmu di dada.

See? Perempuan tak buat semua tu. Malah segelintir aje budak2 yang sanggup menjadi guinea pig untuk kajian anatomi kaum lelaki ni, hingga ada di antara mereka yang berjaya menghasilkan baby-baby yang dibuang merata-rata (mode sedih tengok gambar baby kena buang).

Tapi saya TAK PERNAH dengar any topik yang menyentuh tentang lelaki. Mungkin ada..cuma saya yang tak dengar je. Rata2 bercakap soal wanita. WAnita tak efektif, bos wanita emosional, wanita banyak songeh, etc, etc. Tapi kenapa wanita2 ni berada di situ? Ada yang kata “Wanita2 ni berada di situ (jawatan tinggi) sebab tak ada lelaki”. So??? Mana pergi lelaki itu?

Ini pun.. banyak chances yang diberi kepada lelaki… Masa saya masuk SBP dulu, semua girls adalah yang dapat total A dalam PMR. 8A ke, 9A ke.. but not for boys. 6A 7A pun ada. Tengoklah betapa tak berkualitinya majoriti kaum lelaki. Agaknya tu sebab kuota nak jugak kena ada lelaki, kalau tak memang kat semua SBP dan universiti dipenuhi perempuan ajelah.

Menyebut soal gender ni… Memang rumitnya. Yang kelakarnya bila timbul soal gini, ada lelaki yang kata “Tengok tu, perempuan mana boleh jadi pemimpin” padahal dia sendiri adalah pekerja kepada Lady Boss. Apekah? Macamana nak bagi kepimpinan kepada orang yang tak berkaliber hanya sebab dia BUKAN PEREMPUAN? Piirah! Ini macam kes dah nak pencen lagi 2 tahun tapi tak pernah rasa naik pangkat so bos kasik can merasa naik pangkat sebab seniority.

Saya rasa ia bermula dari pangkal lagi. Orang kata jaga anak perempuan lagi susah dari jaga sekandang lembu. So, orang akan lebih fokus kepada jaga anak perempuan. lelaki takpe, sebab dia lelaki… Takdelah rumit nak menjaganya. Memangler tak rumit sebab lelaki tak mengandung, tapi buat orang mengandung je.

Anak lelaki, anak perempuan.. sama je perhatian yang kita kena beri.

Mana lagi nak cari lelaki berkualiti? Saya dah dapat 😀 kat rumah saya ada tiga LOL.

admin Avatar

12 responses to “Sperma Lemah Akibatkan Wanita Tidak Efektif”

  1. dbalkis Avatar

    ye la tgk je kat cni or kat rumah uols semua..mummy ke daddy yang sangat beriya berblog, berfb segala..hehe…
    .-= dbalkis´s last blog ..Tips to revive yourself after a long & tiring day at work =-.

  2. nadnye Avatar

    Lyna.. saya 100% setuju..
    Yang lelaki semua gi mana.. bila wanita yg byk memenuhi Universiti, lelaki banyak ke pusat serenti…
    Kat dept nie semua perempuan kecuali 2 org jea lelaki, mana yang datang semua cabut sebab tak tahan pressure.. Takan nak salahkan perempuan kalu lelaki yg x reti buat keje ..
    me pun ada 3 org lelaki berkualiti di umah 😛
    .-= nadnye´s last blog ..Pekan.. my 2nd hometown, Apam balik our feveret dish… I miss old times =-.

  3. nadiea Avatar

    owh… saya pun sokong 200% dgn moony lyna… cemanalaaa tak pmpuan yg conquer byk post beso.. kalo laki dah tak qualified… lagipun kan… kalo nak kira pompuan yg dah dok ranking atas2 tu… nak amik maternity leave? hmm… rasanyer dah takde kot… yerlaa.. org2 level atas tu… mestilaa yg dah senior2… and umur pun mestilaa dah over 40 selalu nyerr kan? and kes maternity leave nie jaranglaaa akan timbul … as time cam ni… susah dah kot wanita nak peknen lagi kan?? ish… mmg isu nie tak patutlaaa ditimbulkan…. tak dipikir secara mendalam betul!!!!

    lelaki berkualiti?? ade 2org kat umah tu… and sorg je yg available ek? tapi baru nak 2 tahun… kene tggu lagi 20 tahun kut baru available… hehe bulelaaa usha2 dr skrg! hehe
    .-= nadiea´s last blog ..~Sentuhan Jemari Ummi : Lycra Hairband Giveaway~ =-.

  4. ayu Avatar

    salam…
    nak mencelah sikit..
    rasanya takde soal laki ke pmpuan monopoli ke tak..
    maybe teh reason dia mention tu sbb dia rasa jawatn – jawatn tertinggi byk dikuasai wanita sedangkan ramai jugak lelaki.
    lagipun..
    ade jer staff lelaki kat gomen ni tpi dari segi pngkat yg tggi tu sebenarnya silap depa sendiri.
    klu nak naik..kenalah amik ptk,rajin berkursus.tpi klu dah mmg dasar pemalas..salah sendiri ler klu top management sume pmpuan – puan.
    bukan soal tamak ker kita yg pmpuan ni tpi lebih pada soal sikap lelaki tu sendiri.
    lagipun..takde munasabah sikit pun kebimbangan president cuepacs tu sbb sume ni atas inisiatif kendiri memasing.
    ko lmbt..ko melepas..ko yg rugi.
    lagi satu..jgn ingt bile dah berusaha sikit tpi nak arap pulangan besar dlm masa singkat.
    pikirlah sendiri.
    .-= ayu´s last blog ..blogger’s famili day =-.

  5. ayu Avatar

    tambahan lagi mommy lina
    kuat lepak,kuat nyembang,kuat ngumpat,kuat gossip pun depa skunk.
    keje sikit..rehat sampai petang.
    bukan setakat kat gomen jer..ni haa..
    klu keje pomen/mekanik..
    klu mmg dah terbese keje menangguh..tu mmg tak sahlah.
    kuat merungut,bersungut,complaint sana sini pun depa..
    suke cari salah org pun depa.
    tu sbb S/U cuepacs tu ade masa nak cari issue salahkan pmpuan.
    mmg sengal!!
    speaking of lelaki berquality?
    ade sorang ni..
    laki den
    tpi ank yg kecik ni tak thulah
    proaktif buat sepah bolehlah!!
    .-= ayu´s last blog ..blogger’s famili day =-.

  6. mamadanish&arissa Avatar

    Salam,
    Kat opis saya pula,byk nye lelaki2 berkualiti serta bijak pandai dan ok ok je..

    Mebbi ini jua pilihan lelaki,diorang tak nak join goverment kut,byk kawan2 lelaki saya di sini,isteri2 diaorang keje goverment untuk stability.
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Ingin Menjadi Pengedar =-.

  7. zuhaini Avatar

    yup. saya setuju…. semua blame perempuan… sian kita kan..? huhu 🙁
    .-= zuhaini´s last blog ..Today… is the last day! and 3 things.. =-.

  8. salzahari Avatar
    salzahari

    memalukan je statement S/U cuepacs tu ..sbnrnya dia maybe nak cover lelaki2 skrg yg gagal jwtn post tinggi. dia kena sedar, lelaki tmbh yg keja gomen.kalau x dpt jadi boss, dpt boss pmpuan takmo support..tjuk perangai, tjuk malas pdhal ilmu byk di dada. sbb apa? sbb ego..pastu bila x dpt appraisal tinggi, x dpt naik pangkat ke ape ke, mcmana org lain x rebut peluang? sendiri yg takmo guna peluang utk prove..pandai ckp je.

  9. Asiah Abd Jalil Avatar

    Mungkin sebab lelaki zaman sekarang ni dah kurang menghasilkan kromosom Y kot? So kita tengok ajelah sekeliling kita, kawan-kawan kita, mostly asyik beranak anak perempuan aje. Kalau anak 4, 3 daripadanya perempuan. Ada yang langsung takde anak lelaki pun. Bukankah anak lelaki atau perempuan, sperma suami yang tentukan? Isteri tadah aje…

    Dahlah bilangan makin sikit. Yang ada pun tak berkualiti. Lepas tu jangka hayat pun pendek, sebab tak jaga kesihatan, merokok, mati muda sebab accident, etc.

    Wahh… berani mati punya pandangan ni. Ada lelaki-lelaki kat luar tu yang berani jawab?! 🙂
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Haid =-.

  10. afrinabatrisyia Avatar

    > setuju3..(waaahhh, dah lama giler xkomen, slalu jd silent reader jek! ni tetibe lak tgn gatal nk komen, heheheheh..)
    > ala, sbnrnya kalo ikutkan lelaki sbnrnya agak tergugat dgn kehadiran ramai wanita kat sektor awam, tu psl la dorg menyuarakn rase ketakpuasan hati sbb ramai wanita yg pndai2, rbut jawatan tggi…
    > ikut hati = MATI, ikut rasa = BINASA, ikut nafsu = LESU..
    > renung2kan dan slamat beramal…(bak kata prof Izi HJ Ali)
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Nak update psl Preggy la pulak… :: =-.

  11. Masayu Avatar

    Mari kita lahirkan lebih ramai generasi lelaki ‘berkualiti’.
    .-= Masayu´s last blog ..Buku Inspirasi Contest 2010 =-.

  12. aidie Avatar

    No further comment..u got it all 🙂
    .-= aidie´s last blog ..Kiss Me =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge