Something I Think I Can Get For Him

admin Avatar

Sangat susah nak pakaikan socks pada kaki Fahry, sebab sock tu tak boleh nak padan dengan betis kanan dia (Tak perlu cakap banyak kali tentang keadaan kaki dia). Kalau pakai socks rasa macam kesian (kesian dekat socks) sebab hanya sebelah je yang boleh pakai. Tu pun asik tercabut je. Maybe sebab ‘design’ kaki dia yang begitu istimewa tu memerlukan sesuatu yang luar biasa. HeHeHe.

Lalu Mommy terfikir-fikir macamana nak handle kaki Fahry ni. Kalau berkaki gondol macam tu, nampak tak kemas pula. Lagi-lagi Fahry suka pakai romper (Fahry pulak yang kena..). Budak biasa pun kalau pakai romper nak ada socks or kaus kaki baru nampak kemas dan comel. Kalau Fahry terbolen-bolen macam tu, tak ke nampak macam one legged soldier… (One Legged Soldier was my favourite bedtime story).

Fikir punya fikir, akhirnya bertemu jawapan.

Baby tight!

Menda ni orang lain dah pakai lama dah. Tapi disebabkan kami sep mengamalkan hidup sedehana maka itu tidak menjadi keperluan bagi Hafiy dulu.

Nak cakap pun tak reti sebab tak penah tengok/pakai. Tapi dia macam socks panjang sampai ke peha.. Atau ada yang memang jenis macam seluar sarung terus. Kiranya takdelah masalah untuk disangkut ke pergelangan kaki atau betis fahry sebab dia memegang pada paha atau pinggang terus.

Kegunaan untuk budak biasa Mommy tak pasti. Maybe sebab taknak bagi sejuk or sebab benda tu comel. Tapi untuk Fahry memang satu keperluan nampak gayanya.

Sekarang Fahry kalau keluar mana-mana, kakinya bolen je, sebab socks yang ada tak sesuai dengan kaki dia. Bukan sebab Mommy taknak pakaikan socks, tapi harus tercabut jua.

Fahry dah makin sihat sekarang, dan boleh dibawa keluar dah. Nak keluar, kena la hensem. Nak hensem, kena lah ada sesuatu yang boleh tutup kaki.

Bukannya nak sorok kaki Fahry, cuma properla.. pakai sock kan.

Lagipun Fahry tak tahan sejuk. Walaupun malam-malam kat sini tetap panasssss, tapi asal malam je, Fahry akan menangis tak berenti. Sehinggalah Mommy membungkusnya dengan kain tebal, barulah dapat tido dengan selesa.

Lately makin kuat pulak tangisnya. Mungkin sedih sebab ada lagi 2 minggu je kat Miri ni… Sayu nak tinggalkan tanah tumpah darahnya. Sejak lahir tak pernag hirup udara tempat lain. Daerah lain  pun tak penah. Memang anak Sarawak yang sejati.

Best jugak balik KL. Harus kita bodek Tok Ma ni 😀

“Nak baby tight satu~”

*Sbenarnya sebab hari ni internet slow lagi, jalan2 blog terjumpa satu contest yang menawarkan baby tight sebagai hadiah. OK tak kalo masuk? Fahry ni kira comel ke? Comel tu kira muka je ke seluruh badan?

admin Avatar

29 responses to “Something I Think I Can Get For Him”

  1. baizurah Avatar

    Fahry is indeed very cute. among the cutest i’ve seen so far. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oh TQ dear. rasa bangga tak tentu pasal pulak mak nye ni 😀

  2. baizurah Avatar

    and yes! baby tights are indeed sooo cute! fahry should wear it often. 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      i pun rasa camtu. he shuld wear it sokmo2 😉

  3. sya Avatar
    sya

    salam…
    mommylina,pakaikanla baby tights untk fahry..mesti cute..baby saya dr kecik samoai skrg kalu kuar(pakai skirt) sy pakaikan tights tu,so angin tak masuk n nampak smart.biasenya kat oversea murah ngat.kami duk kat mesir ni pun murah je..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam sya,

      saya kan tak tau harga berapa kat sini. tak sempat nak jeguk2 lagi online stores yg ada.

      kalo ada rezki nanti ber-tight jugak si fahry 😉

  4. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    masuk je…go for it mommy lyna!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hihi. nak masuk tp takde gamba comel2 lagi la.. mamat ni tak suka begamba.. huhu

  5. Fid Avatar

    yang paling geram kat mommyLyna..dia kata fahry yang suka itu ini hahahahahahaa

    ngan salahkan sock hahahaa

    oh fahry tak tahan sejuk ya…..alahai…abang akif plak asyik panas 24 jam….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      u geram kat i ya~~ hehe..

      bukan je abg akif asyik panas. bang hafiy pun dah beruam2 ni dek kerana panas.

  6. zuhaini Avatar

    ala, masuk je contest tu! kalau ada rezeki, leh dapat sepasang free! 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ahaks. nak masuk ni hehe.

  7. kakyong Avatar

    salam Lyna
    masuk jer.. mana tahu rezeki Fahry… 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam kak Yong. 😀 tengah mencari gambar… ala.. dia ni tak suka begamba la..

  8. kakyong Avatar

    salam Lyna,
    kakyong terperasan kat sidebar u.. foto Anis in black & white.. tak dpt copy code amik foto itu pun jadik lah yer.. hehh..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ops saya tersilap la!

  9. ummuahmads Avatar
    ummuahmads

    Mommy lyna… baby tight is very cheap here… kalau awak dekat, dah lama saya hantar ke rumah awak…;) Err… apa kata saya pos ke msia?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oh yaka. haa, macam tu saya bole kirim kat my fren kat UK yg nak balik Ogos ni hehe. jimat.. 😀

      TQ ummuahmads!

  10. Nor Faizah Avatar
    Nor Faizah

    Salam,

    both your kids comel2 belaka….. no doubt about it (bodek nampak? kah,kah,kah)…. x kira la muka ke, tangan ke… kita kalau dpt tgk jari yg halus kecik gebu tu pun dah rasa comel sesgt…

    psssst, ade ke baby yg x comel? for me, they all are like clean cloth, free from any sin… so, until they are baligh, kita nak categorykan comel jugak, boleh?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      😀 ya mereka dan semua kanak2 sangat comel!

  11. Nor Faizah Avatar
    Nor Faizah

    Salam,

    both your kids comel2 belaka….. no doubt about it (bodek nampak? kah,kah,kah)…. x kira la muka ke, tangan ke… kita kalau dpt tgk jari yg halus kecik gebu tu pun dah rasa comel sesgt…

    psssst, ade ke baby yg x comel? for me, they all are like clean cloth, free from any sin… so, until they are baligh, kita nak categorykan comel jugak, boleh?

    bile nak pindah KL?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      insya-Allah hujung bulan ni ada di KL dah 🙂

  12. Fid Avatar

    aik…baru cat???

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tengah renovate lagi nih. uhuhuh.

  13. sya Avatar

    hehehe,
    ish, saya kalau bawak darwisy jalan2, jarang pakaikan dia socks..
    sebabnya, dia suka gigit2 socks tu sampai basah… hehehe

    lyna, comel biasanya dikira dari segi muka kan? cuba lah masuk.. nanti makin glamer fahry yang cumel tuh… 🙂

  14. p-na mama oja Avatar
    p-na mama oja

    Comei2 belaka… try la mana tau rezeki fahry laks kali nie.. go lyna..
    wah, dah nak balik KL, nnti2 bole la wat mysuperkids gathering…jgn lupe roger p-na gak tau!!

    oja pun asyik panas je, tido mlm x leh pakai long sleeve… klu bgun pagi harus bau peluh je.. Masyamm..huhu!

  15. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    fahry kacak,walaupun tade stoken tu

    🙂

    tapi mungkin mak dia nak tambah ke kacak kan Fahry jadi harus pakai stoken tu

    Ziyyad ada stoken tu tapi dia tak tahan panas,jadi sekarang dah tak pakai..apelah ZIyyad,mahal tau ke mama beli tu..ceh!ahahaha

  16. QueeNin Murni Avatar
    QueeNin Murni

    ala… jahat mummy kata kesian kat stokin… upset dgn ayat itu~~ 🙁

  17. mama emma Avatar

    nnt tempek gambar fahry pakai baby tight aaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge