Smartphone adalah satu device atau alat yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menelefon dan SMS, tapi juga menggunakan email, melayari internet, ber-FaceBook, ber-Twitter, set appointment dan macam-macam lagi. Pendekata, kegunaan sebuah komputer dipermudahkan ke dalam sebuah alat yang hanya sebesar telefon bimbit.
Telefon tangan pertama saya ialah berjenama Sagem, hadiah dari Mak dan Ayah kerana kejayaan (if it’s can be called as such, haha) saya dalam SPM. Kemudian saya telah menukar handphone Sagem itu kepada Nokia 3310 menggunakan duit biasiswa (tindakan mahasiswa yang begitu bijak dalam upgrading handphone, bukan upgrade pointer, wakaka). Hinggalah kepada Nokia N95, kemudian balik kepada Nokia entahapanamanya yang boleh telefon orang dengan SMS saja.
Kemudian saya merungut kepada suami yang saya hadapi masalah untuk memeriksa email dan order yang diterima. Apa lagi untuk update apa yang patut. Lalu kami membuat survey ke atas beberapa syarikat Telco yang menawarkan perkhidmatan mobile broadband. Tapi macam tidak memuaskan hati.
Lalu suami saya mencadangkan “Apa kata you pakai iPhone? You boleh check email dari iPhone saja, malah boleh buat internet teethering untuk connect laptop dengan network. So boleh pakai dua dalam satu”.
Tetapi sebelum itu (tiru ayat Jay HotFM), ramai sebenarnya yang eager nak pakai smartphone tapi end up “tak berbaloi betul beli mahal2 tapi hanya untuk call & SMS saja”.
Sebelum memiliki sesuatu gajet, terutama bagi yang mempunyai budget sederhana (kalau orang kaya lantak dia lah, mungkin harga smartphone sama dengan harga berus gigi dia saja), kita mesti timbang2 apa yang boleh kita buat dengan gajet itu, dan opportunity gain & loss sekiranya kita memiliki smartphone tersebut atau tidak.
Sekiranya kita cuma akan menggunakan smartphone untuk buat panggilan dan SMS sahaja, rasanya telefon tangan biasa sudah memadai. Mungkin kita akan rasa bangga memiliki gajet terkini dan tercanggih, tapi kalau tak utilize, apa gunanya?
Fikirkan…
- Upgrade telefon VS upgrade penampilan – mungkin dengan kos beli smartphone kita boleh beli pakaian baru yang lebih menyerlah personaliti kita.
- Upgrade telefon VS upgrade wang simpanan – harga sebuah smartphone dalam lingkuran RM2000 ke atas, berbaloikah untuk ‘berlagak’ dengan gajet baru? Mungkin lebih significant kalau dimasukkan ke dalam tabung.
- Upgrade telefon VS sedekah/derma/bayar zakat/charity/you name it – biasanya kita tak kisah ‘derma’ banyak duit kepada tokei kedai (sebab kita dapat barang) daripada bersedekah sedikit kepada yang memerlukan (sebab tak nampak pahala). Mungkin kita boleh tukar perspektif dari tukar telefon tapi tak guna, kepada beri sedekah/derma dan akan digunakan oleh orang berkenaan.
- Upgrade telefon VS upgrade pengetahuan – bila tengok harga sebiji buku RM100.oo kita kata, mahalnyaaaa, sedangkan kita rasa macam perlu nak baca isi dalam buku tu. So kita akan cari buku yang similar tapi lebih murah. Tapi untuk sebuah smartphone kita nak yang paling canggih, paling terkini, walaupun harganya mahal kita tak kisah as long as it’s a smartphone. Sedangkan bila memilikinya, bukan saja tak ada value added, malah cuma guna basic features saja.
- Upgrade telefon VS upgrade sikap dan pemikiran – orang yang berkesan dapat menghasilkan baja dari tahi binatang, tapi bagi orang yang kurang berkesan, tahi binatang is tahi binatang, worthless. Bila dapat smartphone, rasa dah cukup pandai dan canggih, sedangkan tokei Teskoh cuma pakai telefon jenama cikai yang cuma boleh buat panggilan saja. SMS pun tak berapa pandai sebab orang lama la katakan.
Itu sekadar pandangan saya, mungkin cadangan bagi mereka (yang sekapal dengan saya) yang sedang berkira2 nak upgrade telefon, dan berkira2 nak angkat smartphone atau tidak. Prinsip saya senang saja, utilize. Kalau rasa telefon tangan yang biasa dah cukup dengan urusan harian kita, buat apa nak guna smartphone? Kat situ dah ada banyak opportunity loss hanya sebab kita nak kejar gadjet terkini. Sedangkan kita boleh buat banyak benda lain lagi.
Tapi kalau memang betul2 nak pakai (all the applications), smartphone adalah pilihan yang tepat. Ia lebih mudah lagi memudahkan, dan menjimatkan masa. Sambil2 beratur beli nasi lemak sarapan, boleh baca online newspaper. Atau tengok perkembangan stock terkini. Setidak2nya layan FaceBook, hehe.
Leave a Reply