Hari ini saja ada beratus2 anak yang tiada ibu bapa dilahirkan, dan dibuang di merata-rata tempat.. tong sampah, depan rumah orang, masjid, bahu jalan…. Mungkin ada yang meninggal, dan ada yang selamat. Katakan bayi yang dapat diselamatkan ialah sebulan 2 orang (contoh tanpa mengikut statistik).
12×2= setahun adalah 24 orang bayi diselamatkan.
Dalam masa 30 tahun = 24×30=720 orang bayi.
Katakan 10% daripada anak2 ini nasibnya baik, diambil orang sebagai anak angkat, dan dibesarkan seperti budak2 bertuah lain.
72 orang akan menjadi orang yang berjaya dan berguna.
Mungkinkah pemimpin negara kita dari golongan ini?
Bila kita bertanya tentang zina, anak zina, penzina dan sebagainya… tidak ada hukum yang jelas untuk mereka ni. Sebabnya zina itu sendiri mengikut Islam adalah dosa besar yang hukumannya : sebat 100 kali bagi yang belum nikah, dan rejam sampai mati bagi yang sudah nikah.
Islam amat menjaga susur galur keturunan. Walaupun iman dan kejahilan tak dapat diwarisi, tapi penjagaan keturunan adalah penting bukan kerana keluarga ustaz itu mulia atau keluarga pencuri itu hina, tapi ini adalah untuk menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Anak yang dilahirkan dengan tiada bapa, dan tiada ibu, sudah pasti2 hasil dari hubungan luar nikah. Dan hubungan ini amatlah unik kerana ia tidak terjadi dengan kerlipan mata atau berbalas senyum saja. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlu membuat sesuatu yang amat2 sulit untuk menghasilkan seorang anak. Bukan takat pegang2 tangan je tau!
Amat menyedihkan bila perkara sulit itu kini dilakukan tanpa malu2 lagi.
Dan sangat sedih bila ramai anak yang lahir hasil dari hubungan ini.
Anak-anak hasil zina ini, walaupun ramai yang kasihan, ramai yang nak jaga, tapi betul ke macam tu? Betul ke nasib mereka terbela sampai bila2?
Katakan satu masa nanti anak anda bawa balik seorang calon menantu, dan bila diperkenalkan, rupa2nya anak hasil zina. Agak2 nak terima ke? Walaupun sekarang kita rasa ‘tak pe aku sanggup’ tapi kalau betul2 terjadi macamana? Tipulah kalau kata boleh terima terus tanpa fikir2. Anak orang yang ada parents pun, kalau tiba2 diketahui parents dia tu pernah masuk jel, atau bekas pelacur ke, mungkin dah rasa tak sedap hati.
Walaupun mereka ni suci dari dosa2 mak bapak diorang, tapi hakikatnya masyarakat payah nak terima. Dan bagi saya, kalau masyarakat tu dapat terima golongan ni dengan senang hati, memang bala. Bala kenapa? Sebab bila hasilnya dapat diterima, maknanya masyarakat dapat terima perbuatan zina! Tapi bukan bermakna kita kena abaikan mereka, sisihkan mereka, mereka juga manusia, malah mereka lebih mulia dari kita yang hanya tau tengok kesalahan orang aje ni.
Secara peribadi saya dapati hal zina ni hanya boleh dielakkan dengan sifat selfish, iaitu pentingkan diri sendiri. Pentingkan maruah diri, kesucian diri… kerana bila kita kata pendidikan agama, ramai juga mereka yang berpendidikan agama, malah berstatus ustaz/ustazah juga kecundang di tangan nafsu. Bila kita mementingkan diri, pentingkan masa depan, pentingkan kesucian diri, kita akan jaga diri kita baik2, bukan untuk sesiapa tapi kerana itulah diri kita.
Tapi ramai yang mementingkan nafsu dan cinta. Itulah bila perasaan cinta itu tidak berlandaskan syariat, lebai pun terbang serbannya. Syaitan memang sentiasa menggoda, tapi depa dah bagitau yang depa tak boleh nak goda orang yang ikhlas (ikhlas mencintai kekasih hati tidak dikira ya!).
Sekarang ni amalan tinggal bersama kekasih yang belum dinikahi dah jadi benda biasa. Kisahnya, bila keluar paper anak2 umur 2-3 tahun mati didera boya-fren ibunya, dilaporkan mereka tu tinggal serumah. WTH la macam tu kan. Yang lagi best si ibu akan buat cerita anak dia kena dera dengan maid la, jatuh bangunan la… So apa nak pelik kalau orang sanggup buang anak zina sana-sini. Anak yang bukan hasil zina pun jatuh nombor 2 berbanding boya-fren yang kaki pukul, penganggur, etc.
Apa yang kita boleh buat? Hentam2, kutuk2 pun sama jugak berlaku.
Mungkin sapa2 yang ada free time boleh pegi jalan2 ke rumah keluarga yang macam ada potensi untuk mendapat cucu instant dan tolong2 apa yang patut?
Leave a Reply