Siapa PM Malaysia 2040?

admin Avatar

Hari ini saja ada beratus2 anak yang tiada ibu bapa dilahirkan, dan dibuang di merata-rata tempat.. tong sampah, depan rumah orang, masjid, bahu jalan…. Mungkin ada yang meninggal, dan ada yang selamat. Katakan bayi yang dapat diselamatkan ialah sebulan 2 orang (contoh tanpa mengikut statistik).

12×2= setahun adalah 24 orang bayi diselamatkan.

Dalam masa 30 tahun = 24×30=720 orang bayi.

Katakan 10% daripada anak2 ini nasibnya baik, diambil orang sebagai anak angkat, dan dibesarkan seperti budak2 bertuah lain.

72 orang akan menjadi orang yang berjaya dan berguna.

Mungkinkah pemimpin negara kita dari golongan ini?

Bila kita bertanya tentang zina, anak zina, penzina dan sebagainya… tidak ada hukum yang jelas untuk mereka ni. Sebabnya zina itu sendiri mengikut Islam adalah dosa besar yang hukumannya : sebat 100 kali bagi yang belum nikah, dan rejam sampai mati bagi yang sudah nikah.

Islam amat menjaga susur galur keturunan. Walaupun iman dan kejahilan tak dapat diwarisi, tapi penjagaan keturunan adalah penting bukan kerana keluarga ustaz itu mulia atau keluarga pencuri itu hina, tapi ini adalah untuk menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Anak yang dilahirkan dengan tiada bapa, dan tiada ibu, sudah pasti2 hasil dari hubungan luar nikah. Dan hubungan ini amatlah unik kerana ia tidak terjadi dengan kerlipan mata atau berbalas senyum saja. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlu membuat sesuatu yang amat2 sulit untuk menghasilkan seorang anak. Bukan takat pegang2 tangan je tau!

Amat menyedihkan bila perkara sulit itu kini dilakukan tanpa malu2 lagi.

Dan sangat sedih bila ramai anak yang lahir hasil dari hubungan ini.

Anak-anak hasil zina ini, walaupun ramai yang kasihan, ramai yang nak jaga, tapi betul ke macam tu? Betul ke nasib mereka terbela sampai bila2?

Katakan satu masa nanti anak anda bawa balik seorang calon menantu, dan bila diperkenalkan, rupa2nya anak hasil zina. Agak2 nak terima ke? Walaupun sekarang kita rasa ‘tak pe aku sanggup’ tapi kalau betul2 terjadi macamana? Tipulah kalau kata boleh terima terus tanpa fikir2. Anak orang yang ada parents pun, kalau tiba2 diketahui parents dia tu pernah masuk jel, atau bekas pelacur ke, mungkin dah rasa tak sedap hati.

Walaupun mereka ni suci dari dosa2 mak bapak diorang, tapi hakikatnya masyarakat payah nak terima. Dan bagi saya, kalau masyarakat tu dapat terima golongan ni dengan senang hati, memang bala. Bala kenapa? Sebab bila hasilnya dapat diterima, maknanya masyarakat dapat terima perbuatan zina! Tapi bukan bermakna kita kena abaikan mereka, sisihkan mereka, mereka juga manusia, malah mereka lebih mulia dari kita yang hanya tau tengok kesalahan orang aje ni.

Secara peribadi saya dapati hal zina ni hanya boleh dielakkan dengan sifat selfish, iaitu pentingkan diri sendiri. Pentingkan maruah diri, kesucian diri… kerana bila kita kata pendidikan agama, ramai juga mereka yang berpendidikan agama, malah berstatus ustaz/ustazah juga kecundang di tangan nafsu. Bila kita mementingkan diri, pentingkan masa depan, pentingkan kesucian diri, kita akan jaga diri kita baik2, bukan untuk sesiapa tapi kerana itulah diri kita.

Tapi ramai yang mementingkan nafsu dan cinta. Itulah bila perasaan cinta itu tidak berlandaskan syariat, lebai pun terbang serbannya. Syaitan memang sentiasa menggoda, tapi depa dah bagitau yang depa tak boleh nak goda orang yang ikhlas (ikhlas mencintai kekasih hati tidak dikira ya!).

Sekarang ni amalan tinggal bersama kekasih yang belum dinikahi dah jadi benda biasa. Kisahnya, bila keluar paper anak2 umur 2-3 tahun mati didera boya-fren ibunya, dilaporkan mereka tu tinggal serumah. WTH la macam tu kan. Yang lagi best si ibu akan buat cerita anak dia kena dera dengan maid la, jatuh bangunan la… So apa nak pelik kalau orang sanggup buang anak zina sana-sini. Anak yang bukan hasil zina pun jatuh nombor 2 berbanding boya-fren yang kaki pukul, penganggur, etc.

Apa yang kita boleh buat? Hentam2, kutuk2 pun sama jugak berlaku.

Mungkin sapa2 yang ada free time boleh pegi jalan2 ke rumah keluarga yang macam ada potensi untuk mendapat cucu instant dan tolong2 apa yang patut?

admin Avatar

12 responses to “Siapa PM Malaysia 2040?”

  1. Tuty Avatar

    Hahh mcm kebetulan pulak tgh fikir pasal ni. Mudah sgt golongan ini mendahulukan cinta, serahkan maruah sbb tak nak kehilangan boifren. Dah la boifren tak boleh pakai, mana la diorg letak fikiran logik kalaupun tak belajar tinggi.

    Saya setuju dgn lyna, anak perempuan biarla diajar jd selfish. Biar la kasar. Dari lemah menyerah sahaja.
    .-= Tuty´s last blog ..Conversation with Adam =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Biar pompuan independent & lambat kawen daripada idup menderita sbb tak sanggup nak tinggal boyafrenggg.

  2. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    pasal duk serumah,kalau jiran sebelah menyebelah tahu hal ini,tolong bagitau pihak berwajib (jabatan agama islam), dgn cara kita mengambil tahu perkara-perkara mcm ni,insyaAllah pembuangan bayi,zina dapat dikurang (kurang bukan hapus) pasal kalau nak buat jahat ni dia akan usaha sehabis daya

    macam tempat saya tinggal ni,the chinese called jais,pasal ada couple islam sebelah rumah dia berasmaradana dalam rumah,dia tahu depa ni tak kawen lagi.

    itu guna jiran,bukan balik dari kerja bua hal sendiri saja.ambil tahu hal jiran tetangga.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Eh jangan tegur, nanti kena belasah sampai mati plak. Jiran2 skg ganas2 tau! Kalo kat Palestin drg mati kene tembak Israel, kat sini mati kene pukul dgn jiran. Tak caya, baca paper.

  3. chekna Avatar

    mmg kadang2 ‘jaga tepi kain orang’ tu perlu jugak.. tp berpada-padalah kan..
    .-= chekna´s last blog ..2nd birthday gift =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jgn jaga tepi kain saya Chekna! Hehe

  4. fid Avatar

    berkesedudukan itu haram
    zina tu gosa besar
    tapi kenapa macam perkara biasa???
    suka kot anak kena dera
    jd hamba nafsu botfren yg entah mana datangnya
    layakkah dia digelar ibu
    zina dan biar anak dibunuh!
    .-= fid´s last blog ..bag telekung dan penggunaan sapu tangan buatan/jahitan sendiri =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bala tak kena terus kat dunia…

  5. Asiah Abd Jalil Avatar

    “Dan bagi saya, kalau masyarakat tu dapat terima golongan ni dengan senang hati, memang bala. Bala kenapa? Sebab bila hasilnya dapat diterima, maknanya masyarakat dapat terima perbuatan zina!” – Sangat setuju! Thanks Along, highlight pasal ni. Saya tempek balik comment saya hari tu kat sini…

    Asiah Abd Jalil June 2, 2010 at 8:17 am
    Saya rasa, kalau pun nak ambil anak angkat, seboleh-bolehnya carilah yang datang dari keturunan yang bersih, benih yang halal. Sebab benih ni banyak mempengaruhi sifat dan akhlak anak itu di kemudian hari. Contohnya, ambil anak angkat dari keluarga miskin, anak yatim, anak saudara, etc. yang kita boleh tahu asal usulnya.

    Anak luar nikah ni banyak hukumnya dalam agama. Contohnya, tak layak mewarisi harta, dibolehkan dan halal berkahwin dengan biological father dia sendiri (percaya tak?!)… Orang nak kata double standard ke, tak adil ke, tak munasabah ke, itu hukum agama dah tetapkan. Kalau agama sendiri memandang anak luar nikah begitu, masyarakat apatah lagi…

    Di Rusia, anak-anak luar nikah ni dikumpulkan di rumah perlindungan. Kemudian dilatih untuk menjadi tentera sejak usia muda. Jiwanya dipupuk untuk menjadi kejam. Lepas tu anak-anak luar nikah nilah yang akan dihantar berperang dengan orang-orang Islam di Chechen.

    Di Palestin, tentera Yahudi merogol wanita-wanita Islam sampai mengandung, kemudian dilepaskan dan dibiarkan melahirkan anak luar nikah. Yahudi tahu, wanita-wanita Islam ni takkan sanggup menggugurkan bayi tu. Yahudi percaya, anak-anak luar nikah yang berdarah separuh Yahudi ni akan membesar menjadi musuh Islam yang hebat, sebab benih Yahudi sudah ada dalam tubuh mereka.

    Saya rasa kalau diberi pilihan, takde anak sanggup berstatuskan anak luar nikah. Saya sokong pengguguran bayi kalau anak itu anak luar nikah. Macam yang Along cakap, ianya adalah mudarat yang lebih kecil dari mudarat yang lebih besar. Lelaki perempuan yang berzina tu, biar Allah hukum mereka, kalau tak lepas kat dunia, tunggulah balasan akhirat!

    Saya rasa bodoh betul pandangan orang yang menganggap, “Dah buat satu dosa, iaitu berzina, jangan tambah satu dosa lagi dengan menggugurkan bayi tu. Berilah peluang untuk bayi tu hidup!” Esok-esok kalau bayi tu membesar dan menjadi beban masyarakat dengan gejala sosial, kegiatan jenayah, etc. masa tu barulah kita nak salahkan asal usul keturunan dia pulak.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Lelaki Lombok =-.

  6. fid Avatar

    Asiah Abd Jalil
    anak luar nikah takleh warisi harta termasuk harta ibu dia a?

    masalah yg timbul la ni depa mengandung lahirkan bunuh dan buang

    saya memang tak sokong pembuangan anak merata rata
    walau sapa pun budak tu
    dan saya tak jamin saya boleh terima anak seumpama….
    kalau si ibu suka suka berzina
    tapi kalau si ibu diperkosa?
    mean kalau diperkosa dan hamil lebih baik digugurkan kandungan itu?
    yg berzina tu pun?
    ke macam mana
    kompiusssss
    .-= fid´s last blog ..bag telekung dan penggunaan sapu tangan buatan/jahitan sendiri =-.

  7. fid Avatar

    oo okkk dah jumap
    harta mak dia dia bleh warisi
    apasal gigih plak den nih?
    .-= fid´s last blog ..bag telekung dan penggunaan sapu tangan buatan/jahitan sendiri =-.

  8. Asiah Abd Jalil Avatar

    Kalau dia kena rogol, ulamak ada keluarkan fatwa, harus digugurkan, tapi hukum harus tu masa trimester pertama aje. Jadi jangan tunggu sampai dah masuk trimester kedua, sampai dah bersalin baru nak bunuh. Sebab ulamak nampak, kalau berleluasanya anak-anak luar nikah dalam masyarakat, mudaratnya besar pada agama dan umat.

    Yang menariknya, undang-undang kat Amerika, anak luar nikah layak mewarisi harta. So kalau ada lelaki kaya yang suka berpoya-poya, tiba-tiba tah mana-mana budak muncul dan buktikan lelaki tu biological father dia, dia boleh tuntut harta dari bapa luar nikahnya tu.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Lelaki Lombok =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge