Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 Tahun 2009

admin Avatar

Setiap tahun bercakap tentang merdeka… erti kemerdekaanlah, roh kemerdekaanlah, semangat kemerdekaanlah. Tapi yang PALING bermakna bila hari Kemerdekaan 31 Ogos ni ialah CUTI. Tahun ni sekali lagi National Day jatuh pada hari yang berhumpit dengan cuti hujung minggu, jadilah cuti selama 3 hari. Jangan tipulah, memang ramai yang dah plan nak balik kampung minggu ni, tambah2 lagi dengan bulan puasa, bolehlah buka puasa dengan keluarga dan balik sekejap sebelum raya.

Tiap-tiap tahun bila datang hari MERDEKA ni, benda yang sama dilaung-laungkan. Slogan-slogan biasa : ‘kita masih belum merdeka secara total’, ‘kita masih dijajah minda’, ‘kita masih belum merdeka dengan gejala sosial’, dan sebagainya. Tunggu je lah sampai zaman Hafiy Fahry dah besar pun gamaknya belum habis2 lagi.

Kita tak merdeka lagi dari segi pemikiran. So what? Sampai bila2 pun kita takkan merdeka dengan pemikiran yang 2 inci ni. Tapi kenapa bila tiba 31 Ogos, perkara2 macam ni yang nak diheboh2 kan, nak dihibakan. Adakah 31 Ogos ni untuk mengingati tarikh kemerdekaan negara atau menangisi betapa tidak merdekanya minda kita?

Kami tidak pernah joincountdown 5,4,3,2,1… MERDEKA!!! Pada jam 12 tengah malam. Kadang2 tunggu juga kalau keadaan mengizinkan dan bersyukurlah sebab dilahirkan dalam negara yang permai ni dan masih bernafas hingga 31 Ogos tahun ni.

Masa di Miri kami ada belikan (beli ke? Ke orang kasi) bendera Malaysia kecil untuk Hafiy dan kibar2 pada 31 Ogos. Tahun ni Hafiy tak sihat so Mommy cuma bercerita tentang merdeka sambil baring saja. Tak perlu cemarkan minda suci ni dengan ulasan2 negatif tentang kemerdekaan. Ceritakan tentang perjuangan orang2 terdahulu sampailah kita menikmati segalanya hari ni.

Kalau tak pasti tahun ni ulang tahun kemerdekaan ke berapa tu boleh dimaafkan lagi. Mungkin dia terlepas pandang poster2 dan promosi merdeka tahun ni. Tapi heran juga sebab ada yang tak tahu bila tarikh kemerdekaan negara, dan tahun bila Malaysia merdeka!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-52! 1Malaysia!

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 Tahun 2009”

  1. zuhaini Avatar

    selamat hari merdeka! 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Better You Better World Contest!!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      selamat untukmu jua!

  2. daliabahudin Avatar
    daliabahudin

    😐 abg saye dilahir kan pada 31 hari kemerdekaan . ..
    now sampai sekrang suah tidak ketemu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge