Sekolah Dah Tak Relevan Lagi?

admin Avatar

Membaca blog my friend, Aida tentang Unschooling (salah satu cabang dalam pendidikan sekolah di rumah – homeschool). Rasa tertarik dengan apa yang Aida tulis:

We spent many many years at school and university, but how much of that ‘education’ did we retain? I was a straight A student, a first class student and yet….can I pass any of the tests I took if I take it now? More importantly, are we using the subjects we learnt at school in our real daily lives, or in our jobs even? We always say ‘ Our degree certificate is merely our ticket for a job’. What is implied is that we hardly even use what we learnt and took exams for, even if we work in the specific area that we studied for. Now for me, I have had a job as a Chemical Engineer and now I am a housewife. I am not using any chemical engineering at all in my life. And yet I have taught myself many things that had nothing to do with what others have told me to learn. I learnt sewing, knitting and parenting with a passion and joy that I have not known any other time in my life. I seek these knowledge myself and I found them infinitely rewarding. My husband is the same with photography and football. We never had any classes in these subjects and don’t even think of them as subjects.

SUMMARY:

Aida & husband dia pelajar straight A’s, studi overseas bagai, balik2 jadi engineer, tapi sekarang Aida adalah SURIRUMAH yang suka menjahit, mengait, dan mengasuh anak2.. suaminya bakal Doctorate yang suka bola & ambil gambar. Benda2 yang derang tak belajar pun kat sekolah/U dulu…

Kelulusan adalah tiket untuk dapat kerja? Mungkin ya.

Seseorang pernah fikir saya pelajar jurusan IT, padahal saya buta IT.  Saya cuma amik satu saja subject Finance masa di Universiti, itu pun Intro to Finance aje. Business Studies? Memang tak ambil langsung.

Jurusan kejuruteraan yang saya ambil tu hanya apply untuk pekerjaan saya je. Kat rumah usahkan nak cakap tentang struktur rumah, saya cuma kira build-up dengan tengok harga rumah je, tak kuasa nak kira force2 bagai. So, apa relevannya benda yang saya belajar dengan kehidupan saya? Kecuali untuk karier saja.

Tapi macam Aida, dan biz partner saya, Kay… sekarang mereka dah tak buat satu benda pun yang berkaitan dengan jurusan yang mereka ambil semasa di sekolah dan universiti. Rasa macam buang masa dan duit tak lama2 belajar, last2 buat benda lain?

Tapi bagi saya.. sekolah, universiti dan sebagainya… selain tempat menuntut ilmu (ambik sijil) adalah tempat2 untuk kita membina jaringan, networking kata orang. Lebih2 lagi bila kita belajar di sekolah orang pandai2, universiti terkemuka.. dalam ramai2 tu pasti ada yang kerja profesional macam doktor, peguam, majistret, PTD bagai… senang untuk kita berurusan kan?

Kadang2 saya rasa.. sekolah itu perlu… dan bukan masalah nak belajar jurusan APA, tapi belajar DI MANA, so that dapat bina network bagus2 😀

Tagged in :

admin Avatar

17 responses to “Sekolah Dah Tak Relevan Lagi?”

  1. knv Avatar
    knv

    amik degree semua tu is a process. for me process tu yang penting, not the end result. process tu yang akan banyak mengajar kita erti hidup. soft and hard skills.

    pasal tu orang yang hanya pass SPM tak sama pemikiran dengan orang yang pass degree. not because of that piece of paper, tapi because of the experience learned.

    engineering. walaupun tak apply tapi that knowledge we acquire will still be with us as long as we allow them too. banyak benda yang kita belajar tapi tak apply. so what? adakah itu sebab untuk tidak belajar?

    2 cents.

    1. fid Avatar

      setuju dgn knv

      1. sue Avatar

        mantap! setuju sangat!

  2. SAHROM Avatar

    assalamualaikum..

    belajar di institusi yang formal adalah suatu proses sosialisasi sebenarnya…bukan tidak boleh belajar di rumah tetapi kita tak disosialisasikan untuk hidup secara berjamaah sebagai sebuah dalam komuniti..

    anggaplah pembelajaran dalam institusi ini sebagai salah satu cara kita berkomunikasi dan bukannya tiket untuk menjadikan kita pandai dalam sesuatu bidang…

  3. Fara Avatar

    Termasuklah saya yang lari jauh dari apa yang saya pernah belajar dulu…

  4. Abuya Hayat Avatar

    I think academic qualifications are important, but not the uttermost important thing…
    The main criteria employers look for when hiring people are actually communication skills…
    As according to Dale Carnegie, 70% of work scope require communication/soft skills, only 30% are technical skills…
    Tapi ada gak pokcik2 gomen yang memang pandang tinggi kat sijil lebih dari benda2 laen…

  5. Nur Avatar

    lyna, akak rasa education (whether formal or not) membentuk corak pemikiran kita unconsciously or to make us think out of ordinary..tp tak dpt deny, tanpa segulung ijazah yg berkualiti, susah betul nk dpt keje, esp gomen & company besar…

  6. farihan Avatar

    alhamdulillah…saya belajar dalam bidang perniagaan…..dan sekarang saya juga buat business…apa yang saya belajar dulu memang banyak membantu…disamping itu membina networking adalah paling penting jika kita hendak berbussines….tak kira la…kalau belajar lain…kerja lain…xper…yang penting networking ada…jika kita ada masa2 terdesak..:)

  7. tutyrahiza Avatar

    Ape yg sy wat skang mmg tak apply pun ape yg blajar dulu..amik mechatronic engineering siap wat master lagi tu..tp tak nyesal sbb skang banyak gunakan ilmu kemasyarakatan yg sy blajar masa kat jepun dulu..

    senang cakap, banyak guna kelebihan bahsa banding ngan master sy tu..lgpun sy mmg letak target utk dapatkan at least master utk education level sy..hehehhe

  8. juanita Avatar

    Salam,

    Setuju sangat dgn pendapat2 diatas, apa2 pun kene la sekolahkan. Sebab itu yg dipupuk & dididik sejak zaman penjajahan british lagik. Tapikan saya sangat teruja & kagum dengan parent sofea budak pintar yang parent dia siap resign keje coz nak didik anak2 dia kat rumah.

  9. khadeejah Avatar

    skolah membantu tambah networking, socializing. kalau dpt grad first class tu – kira bonus. huhuhu. last2 mmg org yg dpt first class ke, 3rd class ke, study dlm negara ke, oversea ke – kdg dlm ofis duk sebelah2 je. haha. yg membezakan – attitude dan cara pemikiran

    tp homeschool bagus jugak ape. pengalaman saye ms skolah menengah, sume kawan pi tuisyen after skool. saye sorang je yg xpi tusyen, sebab mak ajar kat umah. resultnye- alhamdulillah study saye faaar better dari kwn2 yg pi tusyen, sy xmudah terpengaruh dgn pengaruh buruk sbb dulu skolah kat kl- byk pengaruh tak elok even on the way ke pusat tusyen~,

    and most importantly – bonding dgn mak… sbb tu kadang kwn2 univ pelik, bile tgk sy on the phone ngan mak, mcm sy on the phone ngan kawan. huhu. lpas kawen, tak merase la nk kena marah ngan mak ke, nak kena tegur itu ini ngan mak ke..eh, out of topic ke 😛

  10. MammaSun Avatar

    Saya bersyukur dgn diri saya yg sekarang. Kerana pendidikan yg diterima secara formal dan tidak formal dahulu lah meletakkan saya sbg saya yg sekarang. Mungkin yg masa belajar asik nak kejar cemerlang dlm sijil dan nak kejar kerja besar akan berasa proses pembelajaran dahulu adalah merugikan masa kerana tak di apply masa dah bekerja.

  11. Bibi Avatar

    Bagi pendapat bibi, -unschooling is not the best option apatah lagi dgn mengatakan sesi pembelajaran di sekolah atau di universiti merugikan. Ya betol, tak semua benda yg dibelajar masa di sekolah diprakktikan masa zaman kerja, banyak yg cakap mcmtu di msia kerana tiada peluang bekerja di bidang yang betol (totally my opinion). Cthnya: ambil jurusan mech eng, kerja di kilang yg kurang R&D sebagai maintenance/mech eng. Pemikiran pelajar/pekerja jurusan mech eng tersebut perlu terbuka utk melihat sekeliling, sentiasa berfikir bagaimana nk menambah baik sistem yang ada, bukannya hanya dtg kerja, ambil data dan siapkan report. Proses pembelajaran di universiti, adalah memperkenalkan teori2 supaya pelajar2 dpt gunakan segala teori yang ada (guna,tambah teori baru atau perbaharui teori lama) utk penambahbaikan dalam sistem sedia ada. Masalahnya skrang sistem pembelajaran kita adalah bersifat lebih kepada academically rating and grades-menyebabkan ramai yang pentingkan grade A lebih dpd memikirkan praktikaliti pembelajaran yg diterima masa di zaman sekolah/universiti. Sebagai pesanan kpd diri saya sendiri juga yg akan balik mengajar di universiti semula: tanamkan sikap sentiasa berfikir dan tahu bagaimana nk apply ilmu yg dibelajar pada setiap student. 😉

  12. nisa Avatar

    saya insan yang tak pandai dan degree pun dapat 2nd class sahaja. tapi di sek & u saya belajar tentang sesuatu yang tak dapat di rumah atau dalam masyarakat di luar sekolah. kerana di sek & u saya belajar menghormati guru, bekerja dalam kumpulan & belajar berdikari bila berjauhan dengan keluarga. ilmu Allah itu luas dan tak semestinya semua ilmu yg kita pelajari akan menjadi amalan dlm hidup. Sebab Allah mahukan kita belajar dalam semua benda. Contohnya dalam Al-Quran Allah sebut tentang peperangan, di sekolah kita belajar cara sembahyang dalam peperangan. tapi sekarang kita tidak berperang kan?

  13. sue Avatar

    masa bertahun-tahun kat universiti tu akan jadi rugi kalau asyik ngadap buku jek. Join la apa2 aktiviti universiti sebab melalui aktiviti tu la kita bleh develop macam-macam skill especially soft skill.

  14. NUR Avatar

    MEMBUKA MINDA.
    SETUJU DENGAN ML.
    DAN KNV DAN SHAHROM.

    ADAKAH SOFT SKILL ITU GIFTED?.. ATAU KENA DIASAH BARU BERKEMAHIRAN?.. (TANYA PENDAPAT ML)

  15. Coffee Mama Avatar

    In my opinion schools is still relevant. But, we need to revamp our education system in Malaysia to be more flexible and less exam-oriented. The world is moving in a fast pace. Our education system should be able to keep up with the current environment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge