Ramadhan adalah bulan yang paling dimuliakan oleh setiap umat Islam. Pada bulan Ramadhan kita boleh tengok orang yang tak pernah ke masjid, pergi ke masjid (terawih). Orang yang tak pernah solat malam, bangun solat malam (mencari LailatulQadar). Orang yang tak pernah solat pun mengerjakan puasa.
Apakah yang memuliakan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain? Sabda Rasulullah SAW lagi “Apabila tiba bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dirantai semuanya”.
Pada bulan Ramadhan, kita tak disibukkan sangat dengan urusan kerja.Mungkin 5/6 dari warga pejabat akan balik awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Malam-malam ramai yang mengunjungi masjid daripada melepek di depan TV. Kalau macam di kampung saya, setiap malam diadakan moreh mengikut giliran, secara tak langsung menggalakkan ahli keluarga yang terkena giliran tu turut sama bekerjasama menyediakan moreh dan sama-sama ke masjid juga.
Pada bulan Ramadhan ni lah masjid hidup hingga ke pagi. Banyak masjid yang menganjurkan iktikaf dan menyediakan sahur untuk jemaah yang beriktikaf di masjid sepanjang malam.
Perbuatan pun lebih banyak yang dijaga, memandangkan ‘taknak kurang pahala puasa’ 🙂
Antara perkara lain yang dianjurkan dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Masa ni lah kita tengok umat Islam berpusu-pusu melunaskan zakat, samada zakat fitrah atau zakat-zakat lain. Begitu juga dengan fidyah puasa (bagi wanita yang meninggalkan puasa kerana hamil & menyusui; serta orang sakit yang tiada harapan sembuh meninggalkan puasa;etc) yang dilunaskan pada bulan ini.
Sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan (HR Tirmizi)
Namun begitu masih ada yang ragu-ragu untuk mengeluarkan sedekah, antara sebabnya:
- Bimbang wang sedekahnya digunakan untuk tujuan yang tidak elok/tidak berfaedah.
- Bimbang wang sedekahnya tidak sampai kepada yang berhak, mungkin kena songlap si pemungut derma.
- Bimbang si penerima sedekah tidak sudi menerima wang/barang sedekahnya.
- Bimbang hati tidak ikhlas semasa bersedekah.
Keikhlasan adalah sesuatu yang amat sukar untuk diukur. Malah diri sendiri pun kadangkala tak dapat nak selidik samada kita betul2 ikhlas atau tidak.
Antara tanda-tanda ikhlas yang boleh kita cuba selidik ialah, tidak tergugat dengan kejian orang, dan tidak terpengaruh dengan pujian orang, kerana apa yang dilakukan adalah kerana Allah Taala.
Namun sebagai insan biasa, agak sukar untuk kita berasa di dalam state tersebut, biasanya kita ni mudah kecil hati. Bila orang kata kita “nak tunjuk baik” terus kita berhenti membuat amalan tertentu, bila orang puji amalan kita, menambahkan motivasi untuk kita terus melakukan dan memperbaikinya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk mengatasi semua di atas. Antaranya kerana ‘radio percuma’ kurang berbunyi kerana menjaga pahala puasanya. Ramai yang memilih untuk ‘bersangka baik’ di dalam bulan ini. Kalau yang masih belum berhenti tu rugilah kan, nak dapat kebaikan berganda2 pun taknak.
Antara cara-cara bersedekah di bulan Ramadhan serba sedikit tanpa perlu ragu-ragu:
- Melebihkan pemberian zakat seperti zakat pendapatan, zakat harta, zakat perniagaan, zakat saham, etc. Minimum pemberian zakat ialah 2.5% dari nett tapi tak ada masalah jika nak lebihkan.
- Menggunakan medium2 seperti Maybank2U untuk menderma kepada badan-badan yang tersenarai.
- Menyertai program-program sedekah yang dianjurkan oleh beberapa badan contohnya untuk membeli pakaian raya anak yatim, warga tua dan sebagainya.
- Mewakafkan al-Quran untuk kegunaan di surau, masjid, pusat pengajian dan sebagainya.
- Menganjurkan majlis berbuka puasa samada di rumah sendiri, restoran atau masjid. Sabda Rasulullah “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan mendapat pahala seperti mana pahala orang yang berpuasa itu tanpa pahala orang itu dikurangi sedikit pun”.
- Memberi lebih duit poket kepada ibu bapa kita, terutama jika ibu bapa kita bukan dari golongan berada.
- Menyertai program-program ihya’ Ramadhan, atau program2 seperti melawat ke rumah orang tua, anak yatim, wad hospital dan sebagainya.
- Paling senang bersedekah ialah dengan memperbanyakkan tasbih, takbir dan tahmid.
Ramadhan merupakan bulan tarbiah, terutama untuk spiritual kita. Antara petua yang saya belajar masa sekolah dulu, bulan Ramadhan akan menunjukkan tanda samada taubat kita diterima oleh Allah SAW atau tidak. Sekiranya ada sedikit perubahan dalam pelayaran hidup, insya-Allah kita selamat. Sekiranya perangai masih sama je macam biasanya, masih suka mengumpat, masih suka buat maksiat, masih suka buat benda2 tak elok… faham-faham sajalah. Perbanyakkan taubat kerana pintu taubat tetap terbuka selagi kita belum nazak.
Ada 3 hari lagi bulan Ramadhan ni, masih sempat lagi untuk merebut kebaikan berganda yang ada di dalamnya. Rebutlah kebaikan yang ada dalam hari-hari terakhir Ramadhan ni.
Sabda Rasulullah SAW “Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan”.
2-3 hari sebelum raya, ada baiknya kita menulis walau satu entry yang boleh memberi kebaikan dan faedah kepada orang lain, semoga masa yang kita luangkan untuk menulisnya itu dibayar oleh Allah berganda-ganda dan berterusan, sebagai ilmu bermanfaat yang pahalanya terus mengalir walau kita dah tiada di mukabumi ini.
***lakukan apasaja amalan untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah bukan kumpul pahala, itulah jaminan untuk cuba meraih syurga-Nya..
Leave a Reply