Datuk Sosilawati Lawiya Hilang

admin Avatar

Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, pengasas kosmetik Nouvelles Visages dilaporkan dalam Buletin Utama kejap tadi.

Memetik artikel dari on-da-scene.blogspot.com

—-REPORT BEGIN—-

Kuala Lumpur

5 Sept, 2010

Pengasas syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Care Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Laporan dibuat keluarganya setelah Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting atas urusan perniagaan, bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam.

Bekas isteri penyanyi kumpulan rock Lefhanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu dan peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.

Sejak itu, mereka gagal dihubungi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammed Sabtu Osman mengesahkan laporan terbabit.

Seorang anak Sosilawati membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi Khamis lalu.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes sebagai orang hilang kerana setakat ini tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

Mereka dikatakan menaiki dua kereta termasuk sebuah Mercedes Benz milik Sosilawati.

Usaha menjejaki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Polis juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

Menurut Mohammed Sabtu, polis amat memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.

Sosilawati mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) mempunyai enam anak melalui perkahwinan pertamanya.

Berkahwin dengan Nash pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Setelah bercerai , dia sekali lagi berkahwin namun identiti suami terbarunya dirahsiakan sehingga kini dan pasangan terbabit pernah menimbulkan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat gara-gara bernikah di negara jiran.

—–END REPORT—-

Agak menghairankan bila seorang dewasa tidak dapat dikesan, kerana di zaman teknologi ni macam2 alat telekomunikasi yang ada. Maknanya kalau ada orang dewasa hilang tu, kemungkinan dia sesat adalah 0%, kecuali kalau ada masalah dengan mental.

Biasanya kalau ada kes tidak dapat dihubungi, kemungkinan adalah:
– diculik (oleh manusia atau makhluk halus).
– kemalangan jalanraya di tempat terpencil hingga tiada orang tahu misalnya jatuh gaung.
– menjadi mangsa pembunuh upahan
– terperangkap dalam sesuatu keadaan yang melibatkan pihak luar hingga tak dapat hubungi ahli keluarga, misalnya terperangkap dalam kejadian amuk atau zombie kampung pisang.
– memang niat nak melarikan diri.

Apa-apa pun kita doakan Datuk Sosilawati baik2 saja… Sementelah hari raya Aidilfitri hampir tiba ni.

Memikirkan tentang perilaku jenayah sekarang ni membuatkan kita tak lari dari fikir bukan2, semoga Allah memelihara Datuk Sosilawati dan mereka yang bersama dengan beliau. Beliau merupakan salah seorang icon wanita Melayu yang berjaya dalam membina empayar perniagaan. Wajar dijadikan contoh wanita2 di luar sana.

admin Avatar

6 responses to “Datuk Sosilawati Lawiya Hilang”

  1. transformed housewife Avatar

    tak tengok berita tadi. baru lg la ni ye?
    .-= transformed housewife´s last blog ..Apa makna Merdeka- Mama BM entry =-.

  2. transformed housewife Avatar

    tak tengok berita tadi. baru lg la ni ye?

  3. Mama Zharfan Avatar

    moga2 belaiau selamat…me pun kagum dgn kejayaan beliau 🙂
    .-= Mama Zharfan´s last blog ..Ramadhan Giveaway @Cuteykids =-.

  4. fid Avatar

    tak tgk berita
    ohh ohh
    jd kaya pun susah juga kan

  5. iqa Avatar

    semoga Allah memelihara beliau n mereka yg terlibat…

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    dah arwah…kaya miskin skerg semua leh jadi mangsa. semoga kita dan keluarga kita dipelihara dari kejadian2 spt ini.Al Fatihah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge