Samsung Galaxy Notes 2 vs iPhone 5

admin Avatar

Saya telah menggunakan iPhone 3Gs, dan iPhone 4. Sehinggalah smartphone saya yang tak berapa smart digunakan tu mengalami sedikit masalah (call tak dengar), lalu memikirkan saya sering menggunakan fasiliti itu, saya putuskan untuk dapatkan telefon baru.

Saya tak pernah memikirkan tentang Samsung, sehinggalah suami saya menggunakannya. Rasa macam menarik juga Galaxy Notes ni.

galaxy notes 2

Akhirnya saya putuskan untuk mendapatkan Galaxy Notes tu. Sedikit nipis berbanding yang sebelumnya.

Sedikit reviu yang boleh saya buat untuk kedua-dua smartphone ini:

iPhone lebih sesuai untuk one-handed operation
Saya masih belum mahir menggunakan Samsung Galaxy Notes dengan sebelah tangan, termasuk jawab call!

Apps iBook dalam iPhone lebih menarik
Apps untuk membaca buku tidak begitu menarik, dan buku2nya juga tak menarik 🙁 (yang free ler of course)

Dari segi saiz, iPhone boleh masuk poket, kecil je.
Galaxy Notes tak selesa bawak dalam poket, lebar.

Antara Android dan Apps Store, macam lagi best Apps Store

Tapi saya lebih suka pada Samsung Galaxy Notes sebab ada stylus yang boleh conteng2. Saya ni suka menconteng walaupun macam cakar ayam.

Tapi benda2 teknologi ni cepat je obsolete. Kalau ada rezeki boleh cuba-cuba, lepas obsolete, tukar brand lain pula 😉

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Samsung Galaxy Notes 2 vs iPhone 5”

  1. sid Avatar

    entahlah..
    beli sbb budak2 ni antu gadget..
    so far
    yg terer lukis
    yg terer buat kartun
    yg reti edit video guna note aku ni
    si aqil la..
    so far
    jtuh dah byk kali dgn cover dia
    so far ok je.
    takdelah plak ade masalah klu jtuh mati tak hidup2.
    and the reason amik note ni nak bagi aku ni cermat.
    tak gopoh and huru hara
    klu tak.
    lama dah berderai tepon2 lain
    tapi benda2 mcm ni mcm ko ckp la.
    klu bosan
    tukar………………

  2. irfa Avatar

    nk jugak ..cuma blog mmpu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge