Sabun Herba Amoorea – Baru Nak Cuba Nanti Kita Tengok Hasilnya Macamana

Hafiy mengalami masalah kulit sensitif dan alergik entah apa-apa, baru ni kasi dia mandi pakai Lifebuoy, dah OK tapi kadang2 ada balik. So sebab kesian tengok dia asik tergaru2 je, saya nak cuba lah pakai benda lain pula. Bawa ke Paed pun Paed kate, alergik. Tapi alergik apa tak tau. Nak buat blood test tak sempat2 lagi. Lagipun Paed kata tak perlu.

Sementara tu saya order ini sabun Amoorea dari Ucu E-Shop. Kedai ni milik kawan baik saya. Dan2 aku mengaku kawan baik hahaha. Beliau mula membuka e-kedai ni, seingat saya, bulan lepas lah. Tagline nya – “barang2 yang kau nampak dalam majalah Mingguan Wanita tu, ada le kat kedai aku”

Sabun ni memang kelakar sebab dia mahal gilak tapi kecik cenonet aje. Kalau Ucu bukan kawan saya, sure saya cakap dia menipu. Sabun sebesar sabun hotel pun sampai RM80! Beli sabun Dettol pun sebijik singgit lebih je. Besar lagi.

amoorea

Amoorea yang cenonet tapi POWER katanya.

Saya ni sebenarnya tak pernah berhabis untuk beli barang kecantikan. Inilah objek paling mahal saya beli tapi demi anak dan suami, tak ape lah. Ye, Abiy pun ada sikit problem yang memerlukan sesuatu tindakan susulan.

Kenapa saya memilih ntuk mencuba Amoorea? Sebab..

AMOOREA sesuai untuk semua jenis kulit: Kulit Berminyak , sensitif , kering, normal , jerawat , bersisik , berparut dan sebagainya. Malah sangat sesuai untuk kulit bayi terutamanya yang mempunyai masalah eczema.

AMOOREA juga berkesan untuk menghilangkan kehitaman dicelah peha dan ketiak. Kelemumur dan rambut gugur pasti dapat diatasi. Ini adalah kerana Amoorea ini bertindak menyahtoksik , membersih , mengawal pH , mencerah secara semulajadi , menghalus dan mengurangkan parut. Kulit anda akan kelihatan berseri-seri selepas mengamalkannya.

Kami tok, mengalami masalah macam dalam bold. Sebab dah buhsan menggunakan barang2 kilang ubat yang banyak drug, kita cuba cara tradisional moden pulak. Katanya sabun ni mengandungi bahan2 semulajadi seperti heilmoor claiy, tea tree leaf extract, freashwater micro algae, licorice extract dan syndate. Semuanya diimport dari Eropah.

Katanya ia takde kaitan dengan Mior ataupun Eumora. Saya pun tak pasti sebab saya diapproach oleh Ucu dengan Amoorea :D

Sebenarnya ada lagi 2-3 orang kawan saya yang menjual produk ni, tapi disebabkan Ucu Noor yang approach dulu, kira rezeki Ucu la kan :D

Btw, sila la jengah Ucu E-Shop. Barang2 yang dijual lebih rendah dari harga pasaran. Tak caya cuba pegi ke UCU E-SHOP. Macam-macam ada~

Sekarang ni baru je start pakai Amoorea ni. Kita kasik masa dalam seminggu tengok performance dia macamana…

27 thoughts on “Sabun Herba Amoorea – Baru Nak Cuba Nanti Kita Tengok Hasilnya Macamana”

    1. si penjual tu kata dulu nama eumora, sekarang tuka amoorea.

      hehe ntah la kita sebagai pembeli cuma menerima saja :mrgreen:

      igt nak amik gambar bontot hafiy yg dahsyat tu. nanti la dia balik karang kita snap kehkehkeh

      1. salam..saya baru jer guna sabun ni awl bln ni…ok..blh thn wlpun x bg kesan jangka pendek utk tjuk kberkesanan…cm nk ty pdapat mama..kalu guna sbun ni then time nk g kj guna toner n krim jenama lain n foundation..xda kesan smpingan ker?tkt jer x sesuai memandgkan saya mgunakan sbun ni sb nk kasi parut n bekas jerawat ilang…arap dpt feedback cpt dr u

  1. haaa nanti jgn lupa tunjukkan resultnya k!

    btw, imran pun kulitnya sensitif. nak tak nak kena la guna sebamed tu. Alhamdulillah so far ok. ada gak guna cetaphyl (eja?) tapi sebab dia takde bau so mcm tak berapa best lah bagi saya. hihi.

    yg penting kena selalu ber-losyen dan takleh terlalu kering atau berpeluh sangat.
    .-= zety´s last blog ..Terlepas! =-.

  2. nk gak cuba la.. lately ni kulit mmg sensitif sgt2..
    sila bg review selepas seminggu yer.. lebih afdal kalo ada gambar sokongan.. huhu

  3. oh alahai. kecitnya.. tapi mahal ya amat! :sad:

    anyway, demi hafiy.. good luck ya! hopefully semua nya ok.. dan bertambah baik..

    *alia dulu peads kata ada dermatitis, so suh mandikan pakai sabun Oilatum. so far ok, sabun pun x la mahal sangat.. hahaha :lol:

    :smile: take care..
    .-= zuhaini´s last blog ..Lagu raya =-.

  4. lyna,
    damia anakandaku pun mengalami mslh eczema. teruk tu taklah teruk sangat.. tp setiap malam damia akan bangun dan meraung2 sehinggalah disapukan calamine lotion. baru diam. calamine lotion itu kering… melalak lagi. huhuuh… nti nk tunggu review ttg sabun ni… kalao ok utk hafiy.. sy sure akan cuba jugak… dah bermacam2 sy cuba utk hilangkan eczema damia.. tp tak berjaya….
    .-= laila´s last blog ..Biskut raya oh biskut raya =-.

  5. sy pun tgh pkai amoorea ni..dh hmpr 2 bln..utk mengurangkan mslh jerawat ni..Alhamdulillah so far…x brni nk cite lbh2 sbb msh dlm proses…kalo akak rasa k..akak update la ye..leh la kte share result penggunaan sabun tu…insyaAllh
    .-= atiqah´s last blog ..Sleepless in UKM =-.

  6. owh. aww! saya baru perasan ttg ini. terimakasih bebanyakssss kat mommy lyna kerana mempomot e-kedai saya kat sini. dia mmg kawan baik sy. hikhik. lagi mommylyna beli, lagi sy berkawan baik dgn dia. :mrgreen:

    btw, silalah berkunjung ke e-kedai saya itu ya. harga utk semua produk, iAllah lagi best dari market price yang biasa tu.

    skali lg, trimasssss mommy lyna. muahh! (x batal posa kan? hihih)
    .-= ucueshop´s last blog ..Sticky Note: Price List as to-date 3 Sept. 2009 =-.

  7. haah saya pun ade beli… kunun nak pakaikan kat anak yg teruk kene eczema… tp last2 ibu dia yg pakai! so far… nmpk oklaa… kulit muka rasa lain dah sket… baru pakai half bar! aritu sy beli 1bar laa… tp pakai sket2, potongkan kecik2. jimat sket nak guna… tp sy beli eumora… makcik sy jual eumora gak… dia kata takde kait dgn amoorea tu?!! mana yg betul ek? tp yg tau sblm ni ade eumora & mior jer… amoorea ni baru kan??
    .-= nadiea´s last blog ..Sticky Mode : ~Promosi Kueh Raya 2009 & Kek Lapis Serawak~ =-.

  8. salam
    ni cuma nk bgtau jer tensen giler ni,aritu ada guna produk bru sabun succi,hbis muka i hancusssss,naik jrawat pasir merah2 ,pedih perrrgh.ingat ok.skrg ni pun tkut nk guna produk lain

    1. sy dah gune pencuci muka succi …dlm 2mgu jer….abis muka penuh jerawat n merah2…..xtau nk teruskan or stop jer….tp akk yg jual tu kata teruskan….aduiii…..bencinye muka berpasir ni…nk tgok cermin pun takut….

  9. tak tau mana satu sabun yg sesuai untuk muka saya ni, ada try pencuci muka succi.. habis rosak muka, keluar jerawat banyak n merah2, pedih woo..

    1. Salam

      Saya rs bergantung pd penggunaan. Sy ni sabun kecil tu dipotong2 lg supaya tahan lama , hehe. So far sy pakai 2 bln leh thn.

  10. Mommy Lina sabun Amoorea ni saya pakai sudah 6 bulan tapi bintik hitam di muka masih ada saya juga ahli Amoorea tapi susah sikit nak jual sebab mahal orang kata. Saya boleh rekomen Mommy satu bisnes yang senang tak payah jual produk cuma pakai talian prabayar Tunetalk anda akan dapat pendapatan yang lumayan dan mendapat insuran peribadi 100K percuma hanya menjadi subscriber Tunetalk sahaja. Jika Mommy minat boleh hubungi saya talipon no. 010-5054045 program ini akan di lancarkan pada 28 April bulan ini ataupun boleh email saya. Terima Kasih

  11. Salam pada penguna sabun ajaib amoorea, anda jangan bimbang barang yang berkualiti mesti mahal, sabun yang murah ada, cap tebal 2 inci lebar 3 inci panjang 1 kaki, sangat besar dan murah amat sesuai buat cuci tayar kereta. Jika sudah mengunakan sabun amoorea ini, kesannya amat ketara anda pasti puas hati, saya adalah penjual, setakat ini maklumbalas kata bagus, apa tidak sapu dekat kudis kencing manis boleh baik tapak kaki licin, muka licin hilang geragat, jerawat. jika sayang duit jangan harap muka nak cantik dan berseri. Satu bar amoorea boleh tahan 90 hari jika digunakan cara biasa. Selamat mencuba. Jika nak tahu lebih lanjut talipon saya 013 9285192.

  12. Saya sekarang berada di Johor Malaysia, sesiapa nak beli Amoorea dengan harga murah, boleh email saya, seketul (25gram) hany RM30. Saya jamin ini produk original, saya jual murah sikit sebab I beli banyak dan dapat diskaun. terima ksih. Email saya, rafikind@gmail.com

  13. sebelum ni saya buat facial kat new york..masalah jerawat saya sudah sembuh selepas 6 bln rawatan..tapi mahal giler,overall kos termasuk dengan produk2 dia sampai nak dekat rm 10000..masalahnya sekarang ni parut jerawat pulak timbul..pihak new york cakap kalau nak hilangkan parut kena buat satu lagi treatment dalam rm10000.giler ke??mak saya dah x mampu nak bayar lagi..dengan adanya perut kat muka saya ni,saya rasa kurang confident untuk ke sekolah..nak buat cemane,saya dah x mampu..mcm2 produk telah saya gunakan tapi semuanya tidak mendatangkan hasil..tlg yakinkan saya pasal sabun ni ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge