Pembantu Rumah @ Maid Indonesia Tuntut Gaji Minimum RM800

by admin on September 7, 2009 · 66 comments

Sekarang, pegawai dari Kementerian Sumber Manusia  (Nota: Menteri Sumber Manusia ialah Dato’ S. Subramaniam) sedang bermesyuarat dengan pegawai2 dari Indonesia membincangkan hal pembantu rumah.

Antara tuntutan mereka ialah, GAJI MINIMUM RM 800 SEBAGAI PEMBANTU RUMAH.

Nice!

Gaji seorang cashier di stesen minyak ialah RM 500. Mereka kena bayar sewa rumah, transport, makan, minum, anak, enjoi, simpan, etc.

Maid ni pulak nak gaji RM 800, makan tanggung, rumah free, enjoi majikan belanja, barang2 kadang2 majikan beli, shopping join sekali.

Saya cadangkan pekerja cashier Petronas, marilah anda menjadi pembantu rumah.

Antara sebab mereka menuntut sedemikian ialah kerana sensasi yang dibawakan media bahawa maid Indonesia di Malaysia mendapat layanan buruk, ditindas, didera, dan sebagainya.

Nice!

Berapa ramai majikan yang kehilangan barang2 akibat dicuri maid? Berapa ramai anak majikan yang ditinggal sendirian sebab maid keluar entah ke mana2? Berapa ramai anak majikan kena pukul dera dengan maid? Berapa ramai majikan yang terpinga2 bila maid tiba2 lari? Berapa ramai majikan yang rasa diorang pulak yang jadi maid kepada maid? Etc. Tapi sayangnya tak ada yang mengetengahkan hal ni. Encik TB3 (bukan nama sebenar) pun tak cerita pasal benda ni. Blah la!

Saya harap kementerian tersebut cukup kuat untuk bertegas.

Semalam dalam Buletin Utama, seorang penghantar email menyatakan, boleh kalau nak consider gaji RM 800, TAPI maidnya kena lah ada kelayakan setaraf SPM, kena bayar sewa bilik, bil api, bil air, tolak duit makan, dan sebagainya. Masuk akal juga.

*Adik-adik tak ada yang nak jadi maid ke? Gaji RM800 okeh! Adik tak payah beli baju lawa, mekap, kereta pun tak payah beli.

Share Button

{ 66 comments… read them below or add one }