Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang?

admin Avatar

“Kalau Allah dah tetapkan rezeki kau banyak ni, kau usaha macamana pun dia tetap banyak ni”

“Kau ni tak habis2 cari duit. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada. Nanti Allah tarik balik semua”

“Jangan tamak, hidup sederhana sudahlah, asal cukup makan..”

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari yang (pada hari itu) bergoncang hati dan penglihatan. Supaya Allah memberikan balasan kepada mereka, lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Dia (Allah) menambahkan kurnia-Nya (Allah) kepada mereka. Dan Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) tanpa perhitungan. (24:37-38).

Ayat yang dipetik dari surah An-Nur tu cukuplah untuk memberi explaination ketiga-tiga statement di atas.

Saya sekarang sedang menghabiskan karya-karya Dr Robert Schuller, seorang paderi Kristian yang membuatkan saya sebagai seorang Islam berasa malu yang amat sangat. Saya ni selama hampir 28 tahun dididik dengan statement2 yang berupaya di atas, dan menjadikan saya reserve, tak berfikiran luas, cuma fikir tentang diri sendiri je, rasa macam bagus tapi sebenarnya hampeh.

Saya teringat kembali satu falsafah Arab, yang saya pun dah lupa ayat sebenar dia, tapi lebih kurang macam ni lah “Orang yang berfikiran sempit bercakap tentang diri sendiri, yang berfikiran sederhana bercakap tentang orang lain, dan berfikiran luas bercakap tentang dunia”. Lama saya fikirkan maksud kata-kata itu, hinggalah sekarang ni baru saya dapat fahami.

Kita ni sebenarnya berfikiran yang amat sempit. Kita cuma fikirkan tentang diri kita sendiri… dari kecil lagi. Besar nak jadi jurutera, buat rumah batu, beli kereta besar. Kita tak diajar supaya berfikir dan merancang sesuatu untuk membantu orang lain. Kalau bercakap tentang orang lain pun bukan untuk bantu tapi lebih kepada mengumpat, mengeji, busy body… Dunia? Toksah cakaplah… bila ada isu baru keluar bab Palestin. Kalau tak, Israel pun kita tak kenal siapa.

Dr. Schuller bercita2 untuk membina sebuah gereja yang besar. Kita ada ke cita2 nak bina masjid? Bina masjid rumahtangga tu toksah cakapla, kalau tanya adik kita yang darjah 5 tu pun tergedik2 nak menikah.

Saya rasa sedih, sebab setiap point yang Dr Schuller utarakan, satu pun saya tak ada. Beliau menegaskan yang kita mesti mengambil tanggungjawab untuk memakmurkan masyarakat. Tapi kita tunggu kerajaan. Mana taknya, mana kita ada apa-apa. Ni pun kalau kena buang kerja mahu jadi sewel. Lagipun kita ni banyak sangat sifat ‘redha’ tak bertempat.

Saya sedih bila orang kata saya tak bersyukur, tamak, etc. Bukan sedih sebab saya kena kutuk, tapi sedih sebab manusia yang cakap macam tu ialah saudara seagama yang langsung tak ada apa-apa nak disumbangkan kepada dunia, tapi reti kutuk orang aje. Mana la diorang tahu saya ni bersyukur ke tidak, tamak yang macamana?

Saya bagi situasi yang macam ni lah… Satu ketika dulu ada masuk suratkhabar satu keluarga Melayu (sorila have to say) yang meminta bantuan untuk something, pembedahan ke apa. The other week, keluar lagi berita that diorang dah dibantu oleh sebuah institusi keagamaan. Semestinya bukan Islam. Tak ke sedih tu? Bukan soal racist atau keagamaan, tapi sepatutnya bila masalah orang Islam, orang Islam lah patut ke depan. tapi tak. Kenapa? Sebab ramai sangat orang Islam yang “Hidup sederhana ajelah, asal cukup makan”, jenis yang ‘bersyukur’ dan ‘tak tamak’.

Hmmm.

Islam suruh kita tamak.

FASTABIQUL KHAIRAT!
Berlumba-lumba lah ke arah kebaikan.

Tamakkan kebaikan. Sebagaimana para sahabat berlumba2 turun ke medan perang, berlumba2 infakkan harta fisabilillah. Kita, ada ke? Kita berlumba2 nak naik pangkat, berlumba2 nak tunjuk sapa bagus tu banyak lah.

Berlumba2 ke kita nak beri bantuan bila ada yang memerlukan? OK la bab doa memang mudahlah. Kalau bab material, kita pun tunggu orang kaya2 yang bantu. Kena pulak orang kaya jenis sebangsa dengan Qarun, kedekut taik idung masin. Pastu apa lagi, kita jugak yang tukang kutuk golongan2 Qarun ni, harta tak berkat la, apa la.. Sedangkan kita tak mampu nak buat apa-apa pun.

Sebab kita tak ada apa-apa.

Rasulullah dan para sahabat, mempunyai kerajaan yang kaya. Dari mana datangnya? Itulah hasil usaha mereka, berdagang dan sebagainya. Tapi hidup mereka sederhana. Takde kereta, takde TV, takde katil empuk. Malah tidur atas daun kurma aje. Namun mereka mampu berhijrah ke tempat jauh, mampu hantar utusan ke negara2 luar bertemu pemerintah, mampu menyediakan kelengkapan perang. Mampu takluk dunia! Kerana semua kekayaan mereka tak disimpan kat rumah masing2 tapi diinfakkan fisabilillah.

Adakah mereka tu berhenti berdagang selepas kedatangan Islam?

Mestilah tidak. Buktinya banyak ayat2 Quran yang menerangkan tentang tatacara perniagaan, termasuklah ayat yang di atas sana tu.

Mereka tu semuanya bercita2 tinggi. Cita2 untuk menakluk dunia. Cita2 untuk mengembangkan perjuangan mereka. Setiap cita2 tu perlukan biaya. Masuk tadika pun kena bayar bai.

Duit bukan segala-galanya? Don’t be so hypocrite.

Kalau malas, mengaku je malas, jangan nak babitkan takdir Tuhan, qadak dan qadar segala.

admin Avatar

15 responses to “Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang?”

  1. knv Avatar
    knv

    oh saya amat setuju. kita ni amat kurang agenda ummah. as i mentioned before, tak yah la nak commit banyak. kalau satu household infaqkan rm10 sebulan untuk ummah pun sudah cukup. berapa ramai umat islam malaysia?

    kalau fikir2 memang singkat betul hidup ini. semoga singkat, tapi bermanfaat.
    .-= knv´s last blog ..pelbagai roti =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      maybe kita kurang awareness. yela Mak kata “belajar betul2 nanti besok2 boleh kerja bagus2, boleh hidup senang”.Mak tak cakap suruh tolong orang.
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  2. LeeN Avatar

    memang. kalau namanya melayu ni kan, banyak yang kerja or cari duit untuk diri sendiri sahaja. bukan tak ramai yang kaya raya, tapi bila ada duit, entah kenapa ya… orang melayu jadi lebih kedekut dari orang yang takde duit? mungkin sebab kurang didikan agama. plus kononnya rasa, bila dia sangat penat cari duit siang malam, dia fikir org susah tu hanya tahu meminta so dia rasa tak berbaloi tolong government ke, orang susah ke, orang yang memerlukan ke. pokoknya dia rasa tak berbaloi. nak bagi duit kat government (tax) pun merungut apsal kene tax sebab dia penat2 kerja pastu kena tax mahal2. orang2 macam ni elok duduk dalam gua je.. tanpa jiran.. tanpa sesiapa. diorang happy macam tu.

    Allah tak pernah kurangkan harta kita kalau kita banyak menolong negara, bangsa atau agama. makin banyak adalah. infact, kalau terasa dalam kesempitan, cuba lebih banyak sedekah. lebih banyak tolong orang. InsyaAllah, lega. itu caranya Allah nak didik hati kita supaya tak terlalu memikirkan dunia. semua rezeki yang datang, atau pergi semua atas ketentuan Allah. tapi, sorry. kalau tak cari.. memang tak dapat! kan?

    inikan pulak nak harapkan rezeki yang secupak tu jadi segantang. adoko patut. orang islam kena usaha bagi semuanya kaya raya. saya nak semua orang islam jadi kaya raya supaya bila ada yang memerlukan kita anytime boleh buat pahala. tolong mereka. kalau nak majukan apa2 teknologi pun no hal.. anytime. duit kan ada berkepuk2. haa. itulah gunanya kaya. hahahahaha 😛
    .-= LeeN´s last blog ..Birth Story: ♥ Muhammad Al-Fateh ♥ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      memang susah jadi manusia. miskin pun susah, kaya pun susah hehe.

      tapi nak taknak kena buat juga, kalau tak lebih baik jadi kambing. koman2 boleh buat aqiqah.
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  3. arnie Avatar

    Yelah Lyna, kebanyakan orang kita, bukan setakat nak keluarkan sedekah (tak wajib pon) tangan jadi berat, nak keluarkan duit untuk zakat (yg wajib!) tue pon belum tentu lagi…

    Walhal dah tau zakat tue membawa keberkatan. Tambah lagi, sekarang boleh bayar zakat melalui IBG ajer, M2U kan ader. Baca ajer doa yg dipaparkan di skrin tue…

    Hey, kita “tamak” buat itu ini bukan sebab nak pulun sorang, Insya Allah untuk membantu ummah juga…
    .-= arnie´s last blog ..Set Penyususan Shaklee =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      orang tak faham konsep menguruskan kekayaan tu.

      dalam Quran kata ‘jangan menumpuk2 kekayaan, jangan bakhil, bukan jangan jadi kaya’. kalau tak ada duit, sapa nak bagi dana untuk membangunkan ummah kan?
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  4. mirah Avatar
    mirah

    Youre right Lyna.
    agenda ummah ni mmg pyh, er liat sket nak buat kan.
    Kalau kata nak tunggu ada duit lebih baru nak sedekah, rasanya sampai bila takkan ada duit lebih, tp bila duit yg ada tu disedekahkan juga walaupun tak pasti cukup ke utk esok hari, itu pasti Allah bantu.
    Soal keyakinan dan kebergantungan pada si Pemberi Rezeki tu kena tinggi, sometimes kita lupa, semua tu Dia yang bagi..

    1. Mommy Lyna Avatar

      manusia mmg senang lupa. that’s why kita digalakkan muhasabah everynight untuk tengok balik apa yang kita buat, apa sumbangan kita hari ni. dan baca ‘manual’ everyday utk revise balik to-do list kita.

      tapi kita tak buat tu. baca ‘,manual’ pun dalam bahasa Arab berlagu2 je, mana nak faham 🙂
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  5. fid Avatar

    sangat betullah apa u kata tu
    .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      cadangan ditutup!
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

      1. masalifah Avatar

        bakpo tutup?
        .-= masalifah´s last blog ..Sukarelawan Malaysia dibebaskan.. =-.

  6. Mama-miya Avatar

    this post betul2 can help some of us buka mata.

    i tak ingat zaman khalifah mana, but zaman tu every1 byr zakat & duit tu diuruskan dgn penuh amanah til one point things change until takde sapa kat situ layak terima duit zakat dah. cukup aman negara kita if that could ever happen kan?

    satu hal i terpikir, antara reason org yahudi sentiasa ada funding utk maju, org dia mmg wajibkan diri utk donate to their temple monthly. dia takde tunggu yearly bonus utk bersedekah or buat makan besar.

    another point, cam kat australia ni, walaupun tax dia tinggi giler….kalau gaji tinggi ribu riban tu, tax mau dekat 40%. tapi kan, rakyat dpt enjoy the tax money. bila branak, goverment bg baby bonus $6K, so mom/ dad can choose to be on parental leave sementara anak below 6months. then kalau katakan kita ke retrench, goverment akan bg duit bulanan utk pay rent & makan. siap tolong cari kerja kalau lepas setahun on that bantuan & still tak dpt kerja. even anak gi daycare & private schooling (public school free), goverment akan bantu fees 50%.

    so u get what i mean, kalau kita betul2 nak tamak demi kebaikan, i can happen kan kan kan?
    .-= Mama-miya´s last blog ..Homeschool Craft- Ulat Gonggok!! =-.

  7. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    di indonesia, tokong buddha pun wat sedekah berbuka puasa tuk sesiapa sahaja. Islam boleh jd kuat andai zakat diperkasakan tp kita sendiri ambil mudah ttg zakat. bukan kita nak mgharapkan bantuan tp sedekah yg dihulur dpt membuka mata byk pihak malah diri kita sendiri. skang masyarakat bkn islam sedang mpertikai bayaran gaji guru agama dan perbelanjaan lain2 di SAR dgn wang kerajaan yg mereka byr malalui HASIL. rezeki tu mmg Dia yg bagi, tp kita yg perlu tahu mnguruskan rezeki kita dan ingat rezeki tu bkn duit semata2.. atau nasi sepinggan..

  8. kakLuna Avatar
    kakLuna

    akak rasa ‘mslh pemikiran’ ni puncanya sbb x byk contoh org kaya kat mesia ni bersifat2 positif seperti ringan utk memberi. sbb kalo smua org kaya kat mesia ni bersedekah rasanya takde dh org miskin org sakit mintak bantuan kat malaysia..rakyat msia bkn ramai pun..tapi org kaya agak ramai..

    bila promosi utk peluang buat duit pun jrg mempromosikan mengumpulkan kekayaan utk membantu org lain atau utk membantu agama…melainkan ‘anda banyak hutang?mslh kereta?teringin melancong tapi takde duit?inginkan banglo 100 bilik?mari join korek hidung dpt RM100!’.smuanya keduniaan..wpun ada juga yg mempromosi peluang perniagaan utk kebahagiaan akhirat,tp..berapa la sangat..

    tapi kalo kita ramai2 mulakan impian kekayaan ini dgn niat dpt membantu org lain terutama yg seagama..insyaAllah definisi utk kaya ini tak lah nampak negatif benar..

  9. Zulfadli Avatar

    Salam Mommy Lyna,

    Saya suka artikel di atas. Kebanyakan orang Islam memang perlu dijentik agar bangun daripada lena. Mereka hanya banyak beralasan dan suka meletak beban di atas bahu orang lain. Umpama lagu “bangau oh bangau”.

    Itu belum lagi sikap suka mengkritik orang yang bekerja kuat padahal mereka yang patut dikritik kerana pemalas.

    Terima kasih.
    .-= Zulfadli´s last blog ..Projek-15 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge