Anak-anak saya peminat Lego, jadi bila bawa ke Legoland, mereka memang teruja betul. Masa mula dilancarkan dulu kami ambil annual pass… jimat sangat-sangat sebab kos untuk annual pass tu sama macam harga tiket 2 kali masuk ke sini. Bila ada annual pass, bila-bila masa boleh masuk.
Bila hotel Legoland di buka, kami janji dengan Hafiy nak bawa semua tidur di sini, sempena dia masuk darjah 1. Bila Hafiy dah darjah 1, terhad sikit pergerakan… biasanya hari Sabtu ada aktiviti di sekolah… Cuti sekolah jelah masa yang ada untuk bawa budak-budak ni berjalan.
Hotel Legoland ni sangat convenience kalau nak ke Legoland. Maklumlah, keluar pintu hotel, terus masuk pintu theme park. Tapi harganya pun boleh tahan jugak. Masa kami datang sini memang semata-mata nak reward (reward masuk sekolah?) budak-budak tidur hotel sini je, tak masuk theme park pun.
Lobi pun dah ada macam-macam, sambil bapaknya check-in, anaknya takdelah boring.. boleh main-main di sini.
Kerusi bentuk bongkah lego.
Memang budak2 ni suka sekali kalau dah dapat masuk ke kolam Lego ni.
Kami ambil bilik yang bertemakan – Pirates. Pilihan Hafiy. Ada 3 tema untuk bilik-biliknya : Pirates, Adventure & Kingdom.
Cak! Sambutan di pintu lif.
Dalam lif.
Welcome to the world of Pirates!
Katil untuk budak-budak. Cukup sorang satu.
Ini untuk mak ayahnya hehe.
Breakfast buffet di Brick’s Family Restaurant ni.. tapi kalau nak lunch atau dinner… satu kepala RM80+! Mat saleh je mampu >_< Kami lunch & dinner di Medini tu je.. banyak restoran... KFC ada, Burger King ada, Absolute Thai ada, kopitiam ada....
Kalau time breakfast tu… dah hotel attraction budak-budak kan.. memang bising dan gamat dengan budak-budak. Siap ada makanan yang jatuh ke lantai dikutip balik masuk tray. Hehe, budak2.. tapi sebenarnya kutip makanan yang jatuh itu sunnah Rasulullah, tak haram pun makanan tu takat jatuh di lantai. Itulah hikmah kita buka selipar sebelum masuk ke dalam rumah.
Dari restoran kita tengok balik decoration dalam bilik..
Ada satu kotak Lego Duplo. Haa mainlah korang.
Oh ye, toiletnya ada 2 sinki, satu yang tinggi, satu yang lebih rendah. Child friendly gitu, budak2 boleh guna sink sendiri.
Walkway yang luas. Rasanya antara yang terluas. 2-3 family boleh berselisih tanpa rasa ragu-ragu.. Hehe.
Pintu masuk ke bilik. Memang angker betul.
Salah satu aktiviti kegemaran anak-anak ialah berenang, tengah-tengah panas pun OK lah.
Rate hotel ni… RM600 ke atas. Rasanya memang target dia orang-orang putih dan Singapore la kot. Baru 250 Dollar Singapore je. Sekali-sekala buat reward anak boleh lah. Kalau asal datang nak duk sini, bengkok bapaknya. Lagipun, nanti akan banyak lagi hotel akan naik di sekitar LegoLand ni.
Kalau nak bagi rating…. Entahlah tak pandai nak rating2 hotel ni. ASalkan budak-budak happy tu kira OK sangat lah 🙂
Posted using BlogPress from my iPad
Leave a Reply