Restoran Makanan Halal di Paris

admin Avatar

Bila melancong ke negara orang, terutama yang agama rasminya bukan agama Islam, antara concern kita adalah makanannya – halal. Maklumlah, sedangkan dinegara kita yang Islam ni pun kadang2 susah juga nak cari yang benar2 halal dan tidak syubhah.

Alhamdulillah, di keliling hotel kami di St Michel, Hotel Eugenie terdapat banyak kedai menjual makanan halal. Kebanyakannya memang restoran makanan timur tengah.

Memang tak susah sebenarnya nak cari restoran halal. Mereka biasanya paparkan sijil halal, dan boleh tanya “Do you serve halal food?” Kena hati-hati juga walaupun menjual kebab, tapi tak semua halal.

Ini kisah hari terakhir kami di Paris. Pagi-pagi keluar cari sarapan. Jauh juga kami berjalan dari Saint Michel, tak jumpa kafe yang meyakinkan. Hehe, tak de la jauh pun sebenarnya, tapi standard Malaysia memang jauh jarak macam tu.

Dah jalan sampai dekat area Eiffel Tower, hati bagai ditarik nak masik dalam kafe ni.

Kat sini cuma reti makan croissant dan Panini tomato & cheese.. hehe. Itu je yang rasa tak diragui.  Kafe ni sangat friendly. Rata2 orang Perancis friendly, tapi masalahnya bahasa berbeza. yang boleh cakap Inggeris tu bolehlah kita faham 🙂

Mereka ni adalah owner kedai dan kawan-kawan. Mereka menegur kami,

“Where are you from?”

Saya menjawab “We’re from Malaysia”

“Oh, Malasie.. Assalamualaikum!”

Saya menjawab salam tapi dalam hati tertanya “Adakah mereka ni Muslim atau sekadar menyapa?”

Rupa-rupanya mereka adalah saudara seIslam kita yang berasal dari Algeria. Umum tahu yang masyarat Islam di Perancis ditekan.. dan kata mereka “We wish to go to Malaysia someday, so we could wear scarf like you” ^^

Bila bersolat di Masjid Besar Paris, barulah ‘nampak’, ramai rupanya orang Islam di Paris. Cuma mungkin kerana tekanan yang dihadapi, kebanyakan mereka tak mengenakan tudung kepala, masuk masjid baru keluarkan tudung dari dalam handbag.

Oh, saya harap saya dapat mengunjungi Paris lagi. Saya pasti akan datang lagi ke kafe ini, menikmati semua hidangannya dan bertemu semula dengan saudara-saudara saya ini!
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136

~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~

insya-Allah, biidznillah

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Restoran Makanan Halal di Paris”

  1. ros Avatar

    Yang halal itu yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge