Pada malam kami tiba di Pulau Jeju, kami menikmati makan malam di Restoran Halal Raj Mahal. Terletak di Yeon-Dong, Jeju-Si. Dari EJ Hotel cuma jalan keluar dari lorong ke jalan utama. Restoran Raj Mahal cuma di seberang jalan saja.
Pamplet restoran ni ada di Jeju Airport. Segala alamat dan no telefon semua ada.
Tapi memang senang cari sebab ia terletak di area shopping street di Jeju.
Tak ada orang pun di restoran tu. Mungkin sebab dah malam sangat.
Kami pesan hidangan kari dan tandoori. Ada set makanan beserta samosa yanh sangat sedap ni.
Saya jarang suka samosa, tapi samosa di sini memang sedap!
Kari ayamnya sedap sangat. Mungkin sebab tak pernah rasa kari India. Rasa lemak manisnya memang kena.
Budak-budak pun main selera. Maklumlah dah beberapa hari tak jumpa nasi.
Satu lagi restoran halal di Jeju ialah Bagdad Kafe. Yang ini agak sukar nak jumpa sebab dia tak terletak di jalan utama.
Kami parkir kereta di Jeju City Hall, dan kemudian jalan kaki.
Cara nak ke Bagdad Cafe ni:-
– dari City Hall, lintas jalan besar 3-4 lane tu (sebelah kiri bangunan City Hall).
– masuk ke lorong yang di celah-celah bangunan kedai
– lewati satu simpang empat
– di simpang 4 berikutnya, masuk kiri.
– teruskan jalan, Bagdad Cafe di sebelah kanan
Signboard Bagdad Cafez
Suasana yang selesa…
Yummyyy! Ayam!!!
Samosa dan kari di sini kureng sikit dari Raj Mahal.
Di Bagdad ni, harga makanan halal dan tak halal berbeza. Ye, dalam menunya ada bahagian HALAL FOOD which is lebih mahal dari biasa.
Dia punya teh rempah memang sangat sedap!
Lain-lain makanan Jeju (Korea) yang menarik (bukan restoran halal tapi menyediakan makanan yang tiada unsur tidak halal)… Setakat ni, biasanya mereka terus-terang, alhamdulillah. Kalau tak halal, mereka beritahu tak halal. Yang penting, kena bertanya. Macam kebab pun tak semua halal.
Must-try food di Jeju:-
Nasi dalam buluh
Ketam kicap
Campuran herba-herba.. Ada ginko, alfalfa, apa benda entah lagi. Kata pakcik tokei restoran ni, bagus untuk perempuan.
Haemultang! Seafood stew, memang unik dan sedap.
Satu lagi kena cuba hidangan special Pulau Jeju, jeongbok-juk atau bubur nasi abalon. Puas cari merata di Seogwipo, tapi jumpa hari terakhir di Jeju-si.
Haaa ini satu lagi.. Siput sedut siap berlumut.
Insya-Allah, tak susah nak makan walau di negara bukan Islam. Yang penting, selalu check basicnya.
1) Cari tempat makan yang benar-benar halal.
2) Kedai makan yang tidak menghidangkan makanan tidak halal (babi, ayam, daging yang tak disembelih, arak, etc). Nak senang cari restoran seafood.
3) Makanan yang tak dimasak dengan bahan2 yang tak halal (kuah babi, kuah ayam, kuah daging, etc). Restoran seafood pun ada yang masak dengan kuah babi/ayam/daging, jadi kenalah tanya diorang ada guna tak bahan-bahan tersebut.
– Posted using BlogPress from my iPhone
Leave a Reply