Saya bukan biasa sangat dengan masakan Indonesia. Cuma sejak ada Bibik dari Indonesia dulu, kadangkala beliau memasak masakan Indonesia, membuatkan kami terasa juga nak mencuba makanan lain.
Saya pernah mencuba beberapa restoran masakan Indonesia di Kuala Lumpur. Kalau booth Nasi Padang di food court tidak boleh diharap sangat. Bendanya sama saja macam nasi campur tempat lain.
Antara restoran2 Indonesia yang pernah saya cuba:
1. Restoran Sari Ratu, Kota Damansara
2. Wong Solo, Ampang
3. Restoran Puti Bungsu Batam, Jln Yap Kwang Seng, KL
4. Bumbu Desa, The Curve, Mutiara Damansara, PJ
5. Restoran2 berasaskan masakan penyet seperti Ayam Penyet, Waroeng Penyet, etc.
Dalam senarai di atas, pada saya Restoran Sari Ratu paling best. Tapi bagi Abiy pula, Puti Bungsu Batam paling best. Saya masih terbayang-bayang rasa telur itik masak lemak di Restoran Sari Ratu. Yumm yumm sunggguhhhh sedappppp!
Saya tak pasti sebenarnya resepi mana yang dibawa oleh restoran2 di atas. Maklumlah Indonesia ada banyak rumpun jugakan. Kalau macam kita di Malaysia ada 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan), masakannya lain2. Walaupun generally masakan Malaysia lebih kurang sama, tapi setiap negeri ada specialty masing2.
Seperti Indonesia mungkin tidak sama masakan Jawa dengan Banjar, dengan Sunda dan sebagainya. Di luar bidang saya pula untuk membuat kesimpulan tentang perkara itu, ini dikatakan hanya tahu makan saja 🙂 Tapi Bumbu Desa masakan Sunda.
Tapi di setiap restoran2 di atas ada signature dish tersendiri lah. Itu dah pasti.
Kalau nak senang, makan saja di restoran2 yang mempunyai set hidangan seperti Waroeng Penyet dan Wong Solo. Harganya lebih murah dah boleh agak budget, berbanding di restoran2 buffet seperti Sari Ratu, Bumbu Desa dan Puti Bungsu Batam tu. Kami makan berdua (dua dewasa, dua budak kecik hanya buat kecah saja) di Sari Ratu harga keseluruhannya hampir RM100! (ke lebih? saya pun dah lupa), akibat lupa daratan pilih dishes ikut sedap mata 🙂 Nak buat macamana satu lauk harganya dalam RM6++ ke atas. Kalau ambil 10 lauk? Bukannya banyak pun cuma seketul setiap jenis nak rasa-rasa.. ambik dia nak rasa sangat 🙂
Tapi puas hati sebab memang sedap.
Bumbu Desa tak puas sangat makan sebab saya dalam episod tolong-saya-rasa-loya semasa menikmati ayam bakar (apa namanya saya lupa sudah). Tapi Bumbu Desa best kerana staffnya sangat peramah. Atau mungkin time tu tak ramai orang jadi senang nak mengada2 minta itu ini 🙂
Puti Bungsu Batam kami pergi dinner, dah agak lewat. Ayam goreng pun dah agak keras. Tapi sayurnya sedap. Nasinya pun sedap, lembut dan wangi. Mungkin kena cuba lagi sewaktu makan tengah hari untuk hasil yang lebih optimum 🙂
Ada banyak lagi restoran Indonesia di Kuala Lumpur ni, tapi saya tak pernah makan di sana. Mungkin ada yang boleh berkongsi?
*Syukur kita di Malaysia dapat menikmati macam2 jenis makanan. Nak makan apa, macam2 ada. Kalau tak sedap, boleh buang2 lagi. Lebihan itu pula menjadi rezeki mereka yang tidak bernasib baik, yang terpaksa mengorek tong sampah untuk sesuap makanan. Apa kata kalo makanan tak sedap kita bungkus elok2, letak dekat2 tong sampah dan tulis ‘SILA AMBIL SAYA. SAYA LEBIH BERSIH DARI MAKANAN DALAM TONG’.
Leave a Reply