Restoran Indonesia Paling Sedap di Kuala Lumpur

by admin on September 28, 2010 · 13 comments

Saya bukan biasa sangat dengan masakan Indonesia. Cuma sejak ada Bibik dari Indonesia dulu, kadangkala beliau memasak masakan Indonesia, membuatkan kami terasa juga nak mencuba makanan lain.

Saya pernah mencuba beberapa restoran masakan Indonesia di Kuala Lumpur. Kalau booth Nasi Padang di food court tidak boleh diharap sangat. Bendanya sama saja macam nasi campur tempat lain.

Antara restoran2 Indonesia yang pernah saya cuba:

1. Restoran Sari Ratu, Kota Damansara

2. Wong Solo, Ampang

3. Restoran Puti Bungsu Batam, Jln Yap Kwang Seng, KL

4. Bumbu Desa, The Curve, Mutiara Damansara, PJ

5. Restoran2 berasaskan masakan penyet seperti Ayam Penyet, Waroeng Penyet, etc.

Dalam senarai di atas, pada saya Restoran Sari Ratu paling best. Tapi bagi Abiy pula, Puti Bungsu Batam paling best. Saya masih terbayang-bayang rasa telur itik masak lemak di Restoran Sari Ratu. Yumm yumm sunggguhhhh sedappppp!

Saya tak pasti sebenarnya resepi mana yang dibawa oleh restoran2 di atas. Maklumlah Indonesia ada banyak rumpun jugakan. Kalau macam kita di Malaysia ada 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan), masakannya lain2. Walaupun generally masakan Malaysia lebih kurang sama, tapi setiap negeri ada specialty masing2.

Seperti Indonesia mungkin tidak sama masakan Jawa dengan Banjar, dengan Sunda dan sebagainya. Di luar bidang saya pula untuk membuat kesimpulan tentang perkara itu, ini dikatakan hanya tahu makan saja :) Tapi Bumbu Desa masakan Sunda.

Tapi di setiap restoran2 di atas ada signature dish tersendiri lah. Itu dah pasti.

Kalau nak senang, makan saja di restoran2 yang mempunyai set hidangan seperti Waroeng Penyet dan Wong Solo. Harganya lebih murah dah boleh agak budget, berbanding di restoran2 buffet seperti Sari Ratu, Bumbu Desa dan Puti Bungsu Batam tu. Kami makan berdua (dua dewasa, dua budak kecik hanya buat kecah saja) di Sari Ratu harga keseluruhannya hampir RM100! (ke lebih? saya pun dah lupa), akibat lupa daratan pilih dishes ikut sedap mata :) Nak buat macamana satu lauk harganya dalam RM6++ ke atas. Kalau ambil 10 lauk? Bukannya banyak pun cuma seketul setiap jenis nak rasa-rasa.. ambik dia nak rasa sangat :)

Tapi puas hati sebab memang sedap.

Bumbu Desa tak puas sangat makan sebab saya dalam episod tolong-saya-rasa-loya semasa menikmati ayam bakar (apa namanya saya lupa sudah). Tapi Bumbu Desa best kerana staffnya sangat peramah. Atau mungkin time tu tak ramai orang jadi senang nak mengada2 minta itu ini :)

Puti Bungsu Batam kami pergi dinner, dah agak lewat. Ayam goreng pun dah agak keras. Tapi sayurnya sedap. Nasinya pun sedap, lembut dan wangi. Mungkin kena cuba lagi sewaktu makan tengah hari untuk hasil yang lebih optimum :)

Ada banyak lagi restoran Indonesia di Kuala Lumpur ni, tapi saya tak pernah makan di sana. Mungkin ada yang boleh berkongsi?

*Syukur kita di Malaysia dapat menikmati macam2 jenis makanan. Nak makan apa, macam2 ada. Kalau tak sedap, boleh buang2 lagi. Lebihan itu pula menjadi rezeki mereka yang tidak bernasib baik, yang terpaksa mengorek tong sampah untuk sesuap makanan. Apa kata kalo makanan tak sedap kita bungkus elok2, letak dekat2 tong sampah dan tulis ‘SILA AMBIL SAYA. SAYA LEBIH BERSIH DARI MAKANAN DALAM TONG’.

{ 13 comments… read them below or add one }

neeza September 28, 2010 at 9:25 am

kalau nk makan ayam penyet dan pecal lele yg best,kami suka makan dekat MITC,ayer keroh.ade satu kedai berhampiran dgn mydin melaka.kat situ set ayam penyet dihidangkan dgn nasi uduk,dan portion ayam/ikan.tempe dan tauhu mmg lebih byk berbanding dengan kedai2 yang lain,cuma minuman kat situ kureng sikit
neeza´s menulis tentang ..balik kampung cara kamiMy Profile

Reply

mama tisya September 28, 2010 at 9:37 am

suka mkn kt waroeng penyet….mmg sedap…sari ratu tk sempt try lg..ingt nk try jugak nanti
mama tisya´s menulis tentang ..bkn senang nk dpt 5 JUTA -My Profile

Reply

Yaati Nor September 28, 2010 at 9:41 am

saya mkn ayam penyet kat bandar puteri puchong & kat sunway piramid..dua2 tu sedap..alamak teringat2 rasa sambal dia yang sgt pedas tu..tah mcmn dorg buat tu yek..huuii kena mkn nie..repeat lg..
Yaati Nor´s menulis tentang ..fadilah wedding 26-9-2010My Profile

Reply

june September 28, 2010 at 10:08 am

sari ratu & puti bungsu masakan minang (padang).. memang feveret anak2 saya.. terutama sekali gulai ayam & ikan bakar. yg ummi abahnya suka mkn dendeng (di puti bungsu). bumbu desa & wong solo lebih kpd jawa/sunda rasanya.. kitorang kurang minat mkn ayam so xde la nak terai ayam penyet.. kat wangsa walk ada ayam penyet-ap. adik kata sedap.
june´s menulis tentang ..cuti-cuti bandungMy Profile

Reply

eliss September 28, 2010 at 11:16 am

aku suka makan ayam penyet kat wong solo di shah alam ni..ayam penyet ap pun tak kena dengan tekak.tempat lain blom cuba!
eliss´s menulis tentang ..Mama-Balqis 2nd GiveAwayMy Profile

Reply

mrsnik@meah September 28, 2010 at 11:55 am

sy jarang makan makanan indon..x sesuai dgn tekak sy rasenyer..sy lebih suka makanan thai, tp ada satu kali pernah mak member sy(mmg mak dia pure indon-jawa) wat soto makassar..nasi impit, kuah lemak putih(kacang tanah mentah diblend n campur dlm kuah) n makan dgn organ dlam seperti paru, hati etc yg dicelur..amatlah pelik rasenyer..tp member sy punyer promo sebelum nih mmg dasat..xtau ler…tp megikut komen2 kawan2 yg lain pon diorg pun x rase benda tuh best..tak tau ler…
mrsnik@meah´s menulis tentang ..Kes Terpencil yg Mengganggu EmosiMy Profile

Reply

z@m September 28, 2010 at 1:54 pm

nasi pdd indon x sama lgsg dgn nasi pdg yg ada kat msia ni. lain sgt2.

Reply

Mama Murai September 28, 2010 at 10:22 pm

Setuju sangat! memang jauh berbeza terutamanya mereka yang pernah merasa nasi padang di bukit tinggi kecamatan lintau.. memang sedap…

Reply

Putramama September 28, 2010 at 4:39 pm

sy penah try mkn kat Resto Surabaya dkt ngan aym penyet ria sunway.. aslnye nak bebuka puasa kat aym penyet ria tp dah xde tmpt, blasah jer la mana restoran yg kosong.. order empal penyet.. sgt sedap n lembut.. ditambah ngan jus avocado yg sgt pekat.. perghh..;p
Putramama´s menulis tentang ..Salam Lebaran 2010My Profile

Reply

Lovely Emy September 29, 2010 at 11:04 am

Restoran Sari Ratu masakan Padang, lauk penyet lak masakan Surabaya, suka gilerr makan ayam penyet, hee~!! suka sambal nya yang pedas sangat tu..

Reply

Januar Parluangan Siregar April 17, 2011 at 2:51 pm

Saya adalah pemilik restoran Ayam Goreng Fatmawati yang terletak di Damansara Perdana di Kuala Lumpur. Saya membawa masuk francais ini dari Bogor di Indonesia ke Malaysia. Restoran ini makanan asli sunda.
Datang ya ke restoran Ayam Goreng Fatmawati di G-18, Jalan Pju 8/3 Bandar Damansara Perdana 4782, Petaling Jaya, Selangor-Malaysia. Tel: 03-77109158 .
Bumbu nya asli dari Indonesia dan rasanya asli seperti di indonesia. harganya juga terjangkau.
Pak Januar Siregar,
Pemilik

Reply

Nadia @ ShahAlamCity June 16, 2011 at 12:47 am

waah! rasa mcm nak try gi tempat yg di sebut di atas tu… =)
Nadia @ ShahAlamCity´s menulis tentang ..i-City Plans To Be The Most Happening Place In Shah AlamMy Profile

Reply

Rizal October 11, 2012 at 6:55 pm

Satu rangkaian restoran terkenal di bandung dengan masakan sundanya iaiatu Rumah Makan Cibiuk telah membuka cawangan di Tmn Putra Kajang. I just love the Nasi Liwet nya. Ade set untuk beberapa orang so budget sikit. Cubalah try makan situ untuk kelainan. website nya
http://www.cibiuk.my

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: