Dunia emak-emak yang mempraktik kehidupan sihat sekarang ni dilanda demam overnight oats. Hehe. Sana sini pakat buat overnight oats. Tidak ketinggalan jugalah emak ini nak mencuba.
Tapi…… Memang style saya… Bukan nak tengok resepi sebelum shopping barang, tapi bila terasa nak buat barulah terkial-kial cari resepi… Dan gunakan sajalah apa yang ada…
Dan inilah bahan terbaik yang ada di dapur untuk percubaan Overnight Oats Akacan Style!
Dari kiri : Meal Shakes, Instant Oat, Wheatgerm, Chia Seed, dan susu segar. Abaikan penampilan Performance Drink dan Basic-H itu. Mereka tiada kena mengena.
Cara nak buat dia (selepas refer beberapa blog, rasa blur, blank, dan akhirnya…..) belasah campur saja semua sekali.
Tapi by layer.
Bawah sekali, Meal Shakes (yang dah dibancuh), oat, wheatgerm, chia seed, susu segar.
Tutup dan masukkan dalam peti.
Harap-harap menjadilah ni.
Kita tengok apa akan jadi esok 😀
– Posted using BlogPress from my iPhone
Leave a Reply