Makanan Danny mungkin agak canggih berbanding abang-abangnya, LOL.
Samada Maminya bertambah malas (less time cooking) atau bertambah rajin (more time to prepare). Apa-apa pun hanya yang terbaik untuk anak-anak.. makanan dari dapur Mami tentunya.
QUINOA VEGETABLES
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan quinoa**
- 1 inci zucchini
- 3 sudu kacang hijau (yang dah dikupas kulit siap2 oleh pengilang)
- 2 biji kurma
- 1/2 inci celery
- ***kacang hijau boleh diganti dengan carrot
- ***Zucchini boleh ganti dengan labu
**Ini contoh Quinoa. Tapi packaging dia mungkin lain dari yang ni. Ni saya ambik dari website mat saleh. kat sini cuba cari brand ‘Radiant Whole Food’. Di supermarket/kedai yang ada jual barang makanan organik, ada je kot.
Cara nak membuatnya sangat lah mudah.
Mula-mula rendam dulu kacang hijau tu. Rendam kejap je sebab ia dah lembut pun. Lepas tu rebus bersama dengan quinoa. Buat macam nak masak nasi je. Atau pun paling senang ikut je instruction kat packaging quinoa tu.
Sambil-sambil tu potong zucchini, celeri dan kurma lalu stim-kan mereka. Alah, nak masuk sekali dalam periuk tadi pun boleh.. saja gatal2 nak stim.
Saya guna mendalah steam blender ni untuk masak makanan Danny. Canggih noks. Anak-anak sebelum ni kacau dalam periuk blend guna blender dapur je. LOL.
Lepas semua dah masak/empuk, masukkan kesemua bahan yang ditanak tadi (quinoa dan kacang) ke dalam stemer-blender ni dan blend sampai hancur, atau kadar yang sesuai dengan bayi anda.
Taraaa!
Makanan Danny sekarang ni hampir semuanya kurma-based. hehehe, kisahnya nak habiskan stok kurma bulan puasa aritu. Dan foreign-grain based (millet, couscous, quinoa). Maklumlah, maknya tak larat nak masak bubur nasik (alasan je).
Akan tetapi, so far so good. Saya sangatlah suka dengan poo-poo Danny.. satunya sebab dia tak pernah sembelit. Teringat mimpi ngeri Hafiy sembelit sampai berdarah-darah. Danny tak sembelit dan stoolnya pun masih wangi, macam zaman exclusive breastfeeding dulu (sekarang dah makan, dipanggil fully breastfeeding). Seronok cebok sebab tak busuk 😀
Oh ya, ada member saya tanya (Meah @ Mc Akh) tentang baby jar food atau nestum/cerelac. Saya sebenarnya sejak zaman Hafiy lagi menyediakan homemade food untuk anak-anak. Fahry ada lah sekali dua dia makan nestum (cari yang paling mahal konon paling sedap -padahal mak dia yang nak tumpang makan, HeHe) sebab dia taknak makan makanan yang saya masak. So cubalah beri apa2 saja makanan asalkan dia nak makan… Fahry special case sebab dia low birth weight, pastu low weight gain pulak. So dia kena makan extra calorie kasi cepat sikit naik berat. Tapi… sudahnya saya yang perabis cereal tu (hehe, suka sebenarnya, I love baby food!).
Berbalik pada kenapa homemade food? Saya rasa kebanyakan ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu akan terus memilih yang natural untuk pemakanan anak-anak. Namun, ramai je ibu menyusu yang memilih untuk memberi anak makan instat cereal. Pilihan masing-masing. Saya taknak komen lah. Cuma bagi saya inilah yang terbaik saya boleh buat untuk anak-anak saya.
Seronok mencuba resepi baru dan ber-kretif. Maklumlah, tak suka masak bubur sebab lambat 😀
Leave a Reply