Resepi Makanan Bayi – Puri Zucchini

by Mommy Lyna on October 31, 2011 · 1 comment

Saya nak berkongsi resepi ringkas untuk bayi 6-8 bulan (atau lebih), iaitu puri zucchini.

Zucchini atau courgette ni rupa dia macam timun Jepun, jadi ramai yang keliru. Ia tak sama ya… Zucchini isi dia macam terung sikit. Bunga dia pun macam bunga labu.

Caranya memang sangatlah simple, sama saja seperti buat puri-puri lain.

Bahan-bahannya pun hanyalah sebatang zucchini – bergantung pada nak makan semua sekali terus atau simpan buat stok puri zucchini beku. Kalau nak habiskan terus, potong sedikit sahaja lah.

Yang ni saya guna golden zucchini yang berwarna kuning.

1. Potong zucchini ikut keperluan. Tak perlu buang kulitnya.

zucchini

2. Stim zucchini tersebut.

puree zucchini

3. Blend/kisar sehingga menjadi puri

puri zucchini

Puri ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam bubur bayi.

puri bayi

Puri zucchini yang dah siap

millet zucchini

Puri zucchini dimakan bersama sekoi (millet)

zucchini

Zucchini yang dikisar kasar-kasar

Antara lain khasiat zucchini:

  1. Rendah kalori
  2. Tinggi dengan folate atau asid folik serta vitamin B yang lain
  3. Sumber antioksidan terbaik – vitamin C
  4. Sumber potassium
  5. Baik untuk menurunkan kolesterol dan weight loss

Apa lagi, jom cuba zucchini untuk baby :D

{ 1 comment… read it below or add one }

puanbee October 31, 2011 at 11:21 am

salam mommy lyna ,

saya tak pernah pula buat gini untuk ketiga2 anak saya , memang lain , nanti saya cuba lah utk anak ke4 kalau ade.. hehe

p/s : saya dah email puan lyna , pasal kerja blog tu .. dua kali masih tk berbalas..risau masuk SPAM je..
puanbeeĀ“s menulis tentang ..Giveaway Herba Maharani Puanbee & AyujamalMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: