Masa sekolah menengah dulu, memang banyak aktiviti mengarut yang dilakukan bersama kawan-kawan. Yang paling best ialah ‘tengok masa depan’. Suka2 aje, tapi memang kelakar bila ingat-ingatkan. Walaupun sekolah agama tapi kepala sorang2 memang kureng. Yang paling teruja untuk ‘ditengok’ ialah “siapakah suamiku di masa depan?” LOL. Budak-budak memang macam tu lah. Hormon remaja katakan.
Antara benda merapu untuk “melihat siapakah jodohku” ialah dengan menggunakan rantai emas dan cincin yang dihayun2 di atas sekeping kertas yang bertulisan A-Z. Tang mana cincin tu stop, itula pangkal nama ‘bakal suami’ kita. Kalau nak extreme lagi, lakukan untuk huruf2 seterusnya sampailah boleh dicantum menjadi nama…
Lagi satu ialah dengan perlahan2 meluruskan ibu jari kiri, huruf yang terbentuk itulah pangkal nama ‘bakal suami’. Huruf apa ya yang pernah muncul? Hehe. Lupa sudah. Z kot. Dan-dan Z 😛
Lagi satu yang agak popular adalah ‘menilik tapak tangan’. Yang biasa kawan2 saya cakap ialah “Sesiapa yang bila kedua tapak tangannya dirapatkan, garisan yang bertemu tu kalau membentuk U atau mangkuk, maka hensem lah suaminya nanti. Sayangnya… garisan tapak tangan saya langsung tak ada bentu U atau parabola sekalipun. Garis lurus saja merentangi tangan kanan dan kiri.
“So, apa jadi dgn bakal laki aku ni?”
“Hodohlah tu”
Hodohkah suami saya ni??? Hahaha. Laki mak hensem OK! Tak percaya belek2 gambar2 beliau, ada ke huduh macam tu? 😀
Lepas tu ada kawan saya cakap “Garis di tapak tangan kita ni bentuk IV dengan VI (no 18 dan 81 dalam angka Arab), Asmaul-Husna, 99 nama Allah tau. Ni la yang ‘tolong’ kita masuk syurga nanti, tanda Allah sayang pada kita”.
Lepas tu saya tunjuk tapak tangan saya. Tiada IV mahupun VI, yang ada cuma dua bentuk V terbalik aje.
“Abis tu aku ni apa?”
“Err… takkk masuuuukkk syuuurrgaaa…(?)”Jawab beliau dengan teragak2 😀
Hampeh kan?
Sejujurnya saya tidak ambil pusing/percaya pada benda2 fizikal yang permanent, konon2 menggambarkan sikap, perangai, masa depan, jodoh, anak dan sebagainya. Kalaulah boleh dipakai, tak payah susah2 nak berusaha kan. Tengok je tapak tangan.
Rajah di atas antara ‘rahsia’ tapak tangan yang popular jugaklah. Garis2 bernombor mewakili:
- Kehidupan
- Kecergasan
- Cinta
- Kejayaan
- Matahari
- Kesihatan
- Perkahwinan
- Bilangan anak
- Perjalanan
- Kewangan
- Mewakili 25 tahun usia
Hehe. Malangnya saya cuma ada 3 garis saja di tapak tangan iaitu garis no 1, no 9 dan satu lagi tiada dalam senarai. Wah, susah juga macam ni ya. Hehe.
Merapulah!
Macam tu tak payah susah payah fikirkan/plan/merancang masa depan sebab semua dah tertulis di tapak tangan. Kan? Kan? Adakah tapak tangan tu lebih powerful daripada qada’ dan qadar?
Sebenarnya, memang ada ilmu ‘melihat’ tapak tangan, tapi ia tidak meilibatkan ilmu2 pelik seperti ilmu batin ke, ilmu hitam ke mahupun ilmu hisab. Ia cuma berdasarkan perubahan fizikal pada tapak tangan. Islam juga menyarankan agar lelaki yang meminang wanita supaya melihat tapak tangannya. Kenapa? Sebab dari tapak tangan itu macam2 boleh ditafsir. Dan tak perlu guna ilmu firasat, cukup dengan pemerhatian. Tapi orang sekarang sah2 tak tahu/tak ambil pusing pasal benda ni.
Memang ada ilmu ‘membaca’ orang dari ciri fizikalnya, tapi nyata ia hanyalah dari pemerhatian. Seperti imam2 zaman silam dan orang2 sekarang yang pandai mentafsir peribadi seseorang, tak ada ilmu pelik2. Dari perubahan fizikal seseorang itu mereka dapat membacanya.
Ala-ala macam Detektif Conan, dari melihat rupa fizikal, bentuk badan, air muka, mereka dapat ‘membaca’ yang tersirat di sebaliknya tubuh itu.
Saya pun ada seorang teman yang bijak mentafsir orang. Beliau mempelajarinya di sekolah pondok. Saya pernah bertanya dari mana dapat penafsiran tu? Betul ke? Dia kata memang betul, nampak dari perubahan pada ciri fizikalnya.
Mak bidan pun pandai ‘membaca’ seseorang. Sekilas dia dah tahu ini anak dara ke bukan. 😀
Di ofis lama Abiy dulu, ada seorang Uncle Chinese yang pandai ‘tengok’ orang. Dia kata Abiy bakal jadi orang besar, CEO ke GM ke (Aminnnkan ajeeee) dan saya akan jadi macam Tun Siti Hasmah yang menjadi isteri orang besar (amiiinkan jugaaaaak). Tapi taknaklah jadi CEO company besar kang 23 jam sehari duduk ofis ajer, CEO SOHO sendiri suddaaahh~. Kata dia, bukan perlu ilmu pelik pun, cuma buat projection. Engineer la sangat. Beliau percayakan feng shui dan kata dia jugak, feng shui adalah benda yang logik saja. Cuma orang tak tahu mungkin nampak macam merapu.
Seorang kawan sekolah saya (lelaki yang alom2 alim2 gitu) pernah menasihati kami budak2 perempuan vogue the vass ni supaya menutup aurat dan atur langkah baik2, nanti ada je yang suka2 nak tafsir kita ni macamana. Sah2 la dia ni kaki ‘tengok’ orang jugak ni. Tapi kami sebagai budak perempuan vogue memang takkan benarkan diri kami diperkotak katikkan oleh budak2 lelaki yang katik tersebut.
Kalau ada peluang, saya pun nak belajar juga ilmu mentafsir orang ni. Bukan ape, nak pilih menantu besok2 senang LOL.
Adakah anda antara orang yang pandai ‘melihat’ orang?
PERINGATAN : Menilik nasib adalah haram dan berdosa besar di sisi agama Islam.
Leave a Reply