Rahsia Tapak Tangan dan Anggota Badan

by Mommy Lyna on August 25, 2009 · 41 comments

Masa sekolah menengah dulu, memang banyak aktiviti mengarut yang dilakukan bersama kawan-kawan. Yang paling best ialah ‘tengok masa depan’. Suka2 aje, tapi memang kelakar bila ingat-ingatkan. Walaupun sekolah agama tapi kepala sorang2 memang kureng. Yang paling teruja untuk ‘ditengok’ ialah “siapakah suamiku di masa depan?” LOL. Budak-budak memang macam tu lah. Hormon remaja katakan.

Antara benda merapu untuk “melihat siapakah jodohku” ialah dengan menggunakan rantai emas dan cincin yang dihayun2 di atas sekeping kertas yang bertulisan A-Z. Tang mana cincin tu stop, itula pangkal nama ‘bakal suami’ kita.  Kalau nak extreme lagi, lakukan untuk huruf2 seterusnya sampailah boleh dicantum menjadi nama…

Lagi satu ialah dengan perlahan2 meluruskan ibu jari kiri, huruf yang terbentuk itulah pangkal nama ‘bakal suami’. Huruf apa ya yang pernah muncul? Hehe. Lupa sudah. Z kot. Dan-dan Z :P

Lagi satu yang agak popular adalah ‘menilik tapak tangan’. Yang biasa kawan2 saya cakap ialah “Sesiapa yang bila kedua tapak tangannya dirapatkan, garisan yang bertemu tu kalau membentuk U atau mangkuk, maka hensem lah suaminya nanti. Sayangnya… garisan tapak tangan saya langsung tak ada bentu U atau parabola sekalipun. Garis lurus saja merentangi tangan kanan dan kiri.

“So, apa jadi dgn bakal laki aku ni?”
“Hodohlah tu”

Hodohkah suami saya ni??? Hahaha. Laki mak hensem OK! Tak percaya belek2 gambar2 beliau, ada ke huduh macam tu? :D

Lepas tu ada kawan saya cakap “Garis di tapak tangan kita ni bentuk IV dengan VI (no 18 dan 81 dalam angka Arab), Asmaul-Husna, 99 nama Allah tau. Ni la yang ‘tolong’ kita masuk syurga nanti, tanda Allah sayang pada kita”.

Lepas tu saya tunjuk tapak tangan saya. Tiada IV mahupun VI, yang ada cuma dua bentuk V terbalik aje.

“Abis tu aku ni apa?”

“Err… takkk masuuuukkk syuuurrgaaa…(?)”Jawab beliau dengan teragak2 :D

Hampeh kan?

Sejujurnya saya tidak ambil pusing/percaya pada benda2 fizikal yang permanent, konon2 menggambarkan sikap, perangai, masa depan, jodoh, anak dan sebagainya. Kalaulah boleh dipakai, tak payah susah2 nak berusaha kan. Tengok je tapak tangan.

Rajah di atas antara ‘rahsia’ tapak tangan yang popular jugaklah. Garis2 bernombor mewakili:

  1. Kehidupan
  2. Kecergasan
  3. Cinta
  4. Kejayaan
  5. Matahari
  6. Kesihatan
  7. Perkahwinan
  8. Bilangan anak
  9. Perjalanan
  10. Kewangan
  11. Mewakili 25 tahun usia

Hehe. Malangnya saya cuma ada 3 garis saja di tapak tangan iaitu garis no 1, no 9 dan satu lagi tiada dalam senarai. Wah, susah juga macam ni ya. Hehe.

Merapulah!

Macam tu tak payah susah payah fikirkan/plan/merancang masa depan sebab semua dah tertulis di tapak tangan. Kan? Kan? Adakah tapak tangan tu lebih powerful daripada qada’ dan qadar?

Sebenarnya, memang ada ilmu ‘melihat’ tapak tangan, tapi ia tidak meilibatkan ilmu2 pelik seperti ilmu batin ke, ilmu hitam ke mahupun ilmu hisab. Ia cuma berdasarkan perubahan fizikal pada tapak tangan. Islam juga menyarankan agar lelaki yang meminang wanita supaya melihat tapak tangannya. Kenapa? Sebab dari tapak tangan itu macam2 boleh ditafsir. Dan tak perlu guna ilmu firasat, cukup dengan pemerhatian. Tapi orang sekarang sah2 tak tahu/tak ambil pusing pasal benda ni.

Memang ada ilmu ‘membaca’ orang dari ciri fizikalnya, tapi nyata ia hanyalah dari pemerhatian. Seperti imam2 zaman silam dan orang2 sekarang yang pandai mentafsir peribadi seseorang, tak ada ilmu pelik2. Dari perubahan fizikal seseorang itu mereka dapat membacanya.

Ala-ala macam Detektif Conan, dari melihat rupa fizikal, bentuk badan, air muka, mereka dapat ‘membaca’ yang tersirat di sebaliknya tubuh itu.

Saya pun ada seorang teman yang bijak mentafsir orang. Beliau mempelajarinya di sekolah pondok. Saya pernah bertanya dari mana dapat penafsiran tu? Betul ke? Dia kata memang betul, nampak dari perubahan pada ciri fizikalnya.

Mak bidan pun pandai ‘membaca’ seseorang. Sekilas dia dah tahu ini anak dara ke bukan. :D

Di ofis lama Abiy dulu, ada seorang Uncle Chinese yang pandai ‘tengok’ orang. Dia kata Abiy bakal jadi orang besar, CEO ke GM ke (Aminnnkan ajeeee) dan saya akan jadi macam Tun Siti Hasmah yang menjadi isteri orang besar (amiiinkan jugaaaaak). Tapi taknaklah jadi CEO company besar kang 23 jam sehari duduk ofis ajer, CEO SOHO sendiri suddaaahh~. Kata dia, bukan perlu ilmu pelik pun, cuma buat projection. Engineer la sangat. Beliau percayakan feng shui dan kata dia jugak, feng shui adalah benda yang logik saja. Cuma orang tak tahu mungkin nampak macam merapu.

Seorang kawan sekolah saya (lelaki yang alom2 alim2 gitu) pernah menasihati kami budak2 perempuan vogue the vass ni supaya menutup aurat dan atur langkah baik2, nanti ada je yang suka2 nak tafsir kita ni macamana. Sah2 la dia ni kaki ‘tengok’ orang jugak ni. Tapi kami sebagai budak perempuan vogue memang takkan benarkan diri kami diperkotak katikkan oleh budak2 lelaki yang katik tersebut.

Kalau ada peluang, saya pun nak belajar juga ilmu mentafsir orang ni. Bukan ape, nak pilih menantu besok2 senang LOL.

Adakah anda antara orang yang pandai ‘melihat’ orang?

PERINGATAN : Menilik nasib adalah haram dan berdosa besar di sisi agama Islam.

{ 41 comments… read them below or add one }

Hanz August 25, 2009 at 2:17 pm

Me lebih suka guna numerology & astrology tapi berdosa, kan percaya benda2 ni? tapak tangan bolehlah sikit2 based pada buku2 yg ada ni.tapi..berbahaya..boleh terpesong akidah..me kalau buat benda2 ni, mostly akui perawakan manusia ni bayak relate ngan nombor yang diwakili dalam personality. Bila ‘kena’ tafsiran tu rasa seronok just untuk tengok perwatakan bukan masa depan, rezeki atau takdir..

How about chakras? Rasanya itu lebih meyakinkan sebab alam pun ada ‘colour’ yang tersendiri & pandai2lah manusia nak menguasainya :smile:
.-= Hanz´s last blog ..Bad Customer Service from Online Business(es) =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:18 am

ilmu ‘baca orang’ tak salah as long as tak melanggar syariat yang dah ditetapkan, iaitu rahsia alam ghaib yang tak ade dalam Quran/hadis.

i pun nak jugak ‘tengok’ karakter orang dari benda2 macma tu kan. tapi (sebab tak pernah belajar) takut tersalah belajar & buat kita jadi bias pulak hehe. nak kene cari tok guru dulu kot :razz:

Reply

UmmiKhayra August 25, 2009 at 3:16 pm

Hehehe kalau teringat zaman-zaman kecik2 dulu memang macam2 bende yang dibuat. Bab tilik2 ni sampai ke matrik pun ada. Paling ingat nak kira anak dapat berapa. Macam yang Lyna tulis guna rantai dan cincin emas di angkat dari tapak tangan. Kalau berpusing, anak pompuan kalau berayun anak lelaki. ke terbalik. dah tak ingat.. :grin: Bende2 yg budak2 la katakan.. memang mengarut sebab tu more kepada rekaan dan mainan je.

Cuma setahu saya, memang ada yang pandai dalam hal tengok dari segi perwatakan dan fizikal badan especially tengok perempuan nih. And biasanya yang tau ni, yang belajar di sekolah2 pondok or sekolah agama dan lelaki. Diorang boleh tengok sama ada perempuan tu masih dara lagi ke dll. Sebab tu perempuan disuruh untuk menutup auratnya sebab dengan melihat dari perwatakan dan fizikal, diorg boleh tahu sape kita. Ni based on yang saya tau la.. :P

p/s: kalau dulu2 suka konon nak tau kawin dengan sape, bila dll.. bila kenang2 balik, macam kelakar je.. macam tak sabar nk kawin je… Hahahhahahha
.-= UmmiKhayra´s last blog ..~ Selamat Hari Lahir Sayang ~ =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:19 am

hahahah memang sungguh! gatal nak kawen kan. takde pulak nak tilik besok2 kerja apa ke, masuk u mana ke. jodoh jugaaaak nak ditengok :mrgreen:

Reply

MamaQaseh August 25, 2009 at 3:29 pm

yang luruskan ibu jari dan carik huruf ape yg nampak pon sy ade le men2 dulu time budak2..yg 99nama Allah pon pernah gak dengar org ckp..masa tu tgkp x kisah sbb mmg kt tgn ade..

lagik satu genggam tgn and picit tang tepi tapak tgn dekat ngn pergelangan tgn tu..akan kuar ketul2..itu bilangan anak kita nanti..hahaha..fikir2 cam lawak je kan..
.-= MamaQaseh´s last blog ..Dried Longan for Milk Booster!! =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:21 am

kalau anak 16 orang cemana la agaknya ketul2 dia tu hehehe.

Reply

sya August 25, 2009 at 3:38 pm

pernah lah dulu main syiling yang konon ada hantu tu.. err, apa namanya? spirit coin? eh, yang tu bukan ramalan ek.. yang tu tanya sama roh.. :P

hmm, tapi, bab2 ramal/tafsir sama ada tangan, atau apa2 anggota badan ni, memang tak pernah lah nak ambik tau.. walaupun ramai kata budak laki sekolah agama pandai tilik2 dara orang melalui tumit nih.. isk, tipu je tu.. sebab kitorang (budak perempuan sekolah agama) kena pakai stokin, camne dia nak belajar tengok? :P saje je nak glamer kan budak laki sekolah agama tu.. hehehe…

tapi, memang ada sorang ustaz yang pernah tegur saya, “sakit telinga ye?” kebetulan masa tu memang sakit telinga.. dan bila terserempak lagi, dia tanya pulak, “belum pegi klinik ye?” isk… camne dia tau yek?
.-= sya´s last blog ..deraan + rilekskan minda =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:22 am

oo main spirit eh. tak penah berani nak main, dgn citer kawan2 macam horror je huhu.

tapi kan, ramai jugak kawan2 dulu kena tegur dgn ustaz/ustazah. itu la kata kan. dulu2 tak berani nak cakap dengan orang2 yang nampak ala2 beriman nih, takut kene tafsir. hahahaha.

Reply

anasfadilah August 25, 2009 at 3:50 pm

kalau saya pegi tukang tilik tapak tangan sekalpun dia akan gagal meramal nasib saya kerana tapak tangan saya banyak garis-garis halus

hahahha,padan muka tak dapat baca..

saya ada collegue,dia india muslim,dan tahu membaca tapak tangan dan tarikh lahir

dia kata saya berkahwen lambat,dalam 30 an gitu

elehhhh tipu,saya kawen umo 24

tapi bab tafsir orang dari tarikh lahir tu memang kena lah juga

saya suruh dia tafsir tarikh lahir bakal husband dulu..hehehe <—gatai nak tahu bukan apa,saja

tapi collegue india muslim saya pun kata,

"jangan percaya tau,ni men-men (main-main) saja,sat gi hang percaya susah plak"
.-= anasfadilah´s last blog ..*and so i thought* =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:24 am

cuba cek balik betul ke tarikh lahir 1983? ntah2 1973 kehkehkeh.

sekarang ada orang buat course ttg tarikh lahir, mahal bayar tuuu.

org Jawa pun ada tafsir tarikh lahir ni. ehe. seronok la bila kea yg best kahkahkah.

Reply

anasfadilah August 25, 2009 at 3:52 pm

cop..melihat dara dari tapak kaki ek

konon kalau tak merah tu tak dara kan?

saya punya merah lagi yuuuu..how?hahahah
.-= anasfadilah´s last blog ..*and so i thought* =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:35 am

hahahaha

haa haaa tak tahu!

Reply

liana August 25, 2009 at 3:56 pm

seronokkan zaman sekolah dulu…mcm2 permainan bleh main…tp kalau org yg betul pandai dr air muka kite pun dia bleh baca something kan…
.-= liana´s last blog ..Dugaan bulan puasa =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:39 am

that’s why… saya pernah test somebody yg konon claim pandai baca isi hati orang.

esoknya orang tu bgtau kawan saya ape yg saya fikirkan masa borak2 dengan dia semalam. exactly what i tot, even tho tak bagitau dia pun.

magik tak?

Reply

isabelle August 25, 2009 at 4:17 pm

wahahaha…
dulu2 apa yg kita buat tu, mesti selagi boleh nak relate dgn apa yg kita nak.
e.g :kalo huruf nama bakal suami tu, dan-dan la kita bagi kena huruf yg sama. hahaha

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:40 am

hahahhaha

kalo nama boifren M tibe2 nampak C, nak jugak meng-M kan C tu kahkahkah.

Reply

farah August 25, 2009 at 9:50 pm

teringat husband saya pernah cerita ustaz skolah die baca tapak tangan husband saya..cakap die akan berkahwin lebih dari satu hahahaha..perlu ke saya percaya?
.-= farah´s last blog ..Afif’s first book! =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:41 am

haaaaaaaaaa haaaaaa tak tahu (sambil goyang2 jari telunjuk)

Reply

aishah August 25, 2009 at 10:45 pm

hehehe..betul tuh…dulu time sekolah, ada jek benda2 yang dilakukan..kadang2 teringat2 zaman tuh…
.-= aishah´s last blog ..::Tabung Haji:: =-.

Reply

Mommy Lyna August 26, 2009 at 12:45 am

agaknya tak ada benda lain nak dipikir selain belajar.. exam… tu yg penuh otak dengan benda2 merapu :mrgreen:

Reply

salzahari August 26, 2009 at 8:34 am

hhheee…….mengimbau kenangan ‘permainan’ di zaman muda rumaja ye??!! mmg kelakar…errkk…betul..betul..betul….mula2 dl zmn skolah main mmg ada huruf Z (ye je..) pastu bila time U kwn dgn org lain, alih2 nmpk huruf H la konon…kah…kah..kah…saje je…..telek urat tangan tgk kaya ke tak…hmm..hampeh…hahhahaa…..

Reply

Mommy Lyna August 27, 2009 at 6:37 am

kalau leh tgk kaya ke tak kang bole apply nak pilih menantu

kah kah kah

Reply

ida.z August 26, 2009 at 8:46 am

Kecik2 dulu pun selalu gak main2 gini. Ada satu tu macam tampar2 tapak tgn pastu genggam kuat2 then press kat area lengan tu tgk ada berapa bijik urat naik.Konon2 tu bilangan anak la..

A few months back, ada ceramah dr DR Fadilah Kamsah. Dia buat tafsiran personaliti based on tarikh lahir , susunan adik beradik semua tuh..mmg byk gak yg tepat. Tapi bab tilik nasib tu mmg takde lah..

Reply

Mommy Lyna August 27, 2009 at 6:54 am

hehe cenggitu tau dah jumlah anak, takyah planning2 dah kan :mrgreen:

Reply

Mynie August 26, 2009 at 10:08 am

datuk suami pernah cerita, boleh tengok personaliti (bukan nasib) cth orang ni jenis degil ke, garang ke, berdasarkan some facial features, contohnya bentuk telinga, bulu kening, bibir etc.. tak taulah betul ke tak..
.-= Mynie´s last blog ..ART for children =-.

Reply

Mommy Lyna August 27, 2009 at 6:54 am

nasiblah i bila bercakap tunduk ke bawah je

hahaha

Reply

afrinabatrisyia August 26, 2009 at 1:15 pm

hahaha, bila teringat balik zaman2 lampau dulu, mmg lawak..Yela, main mainan yg ntah hape2..nak kata mencabar minda, xde ponnn…Tp, sonok la bila layan bab2 cenggini, atleast boleh release cket tension study masa tu….Dah biol study, game yg tercipta tu pun mcm bengong jek…hahahaha…
.-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Let’s Exercise with me, Afrina :: =-.

Reply

Mommy Lyna August 27, 2009 at 6:55 am

mungkin jugak kan
dah belaja penat2, cara ni la release tension :mrgreen:

Reply

fid August 26, 2009 at 1:34 pm

tapak tgn ku takleh tafsir wahahahaaaa
.-= fid´s last blog ..TAK sedap =-.

Reply

Mommy Lyna August 27, 2009 at 6:55 am

apsal? tadak urat kaaaaaa hehehe

Reply

yong August 26, 2009 at 11:34 pm

hehe..siapakah lelaki katik itu?
.-= yong´s last blog ..Kaftan Bonia: KB-03 =-.

Reply

Mommy Lyna August 27, 2009 at 6:56 am

tiada kaitan dengan yg telah hidup atau yang masih meninggal dunia :smile:

Reply

aidie August 28, 2009 at 4:31 pm

teringat kat cerita “The Mentalist” and “Psych”. pasal ‘membaca’ org ni..takut gak kalau org stare lama2 (perasan) manalah tau tgh ‘membaca’ kita kann…oh tak rela

Reply

akuuujujur March 5, 2010 at 12:36 am

ko ni mmg jahat kot…vogue da vass ea?tak tutup aurat nak elak laki main2…ahahahha….kelakar tul la makhluk cam ko ni…..ahahaaha..tu ade v terbalik tu….ahahaa

Reply

statikhong November 11, 2010 at 12:55 am

ajar saya menilik nasib saya

Reply

statikhong November 11, 2010 at 12:57 am

ajar saya tentang masa depan saya dengan tengok nasib tapak saya

Reply

amira izati February 22, 2011 at 10:59 am

knpe tak de garis kat tngn pon ???

Reply

Mat July 29, 2011 at 7:01 pm

kalau anda perasan kan, setiap garis itu berubah mengikut apa yg kita lakukan..

Reply

cap.tangan October 4, 2011 at 3:43 pm

hanya allah yang mengetahui segala-galanya

Reply

mohd fahim bin saman June 24, 2012 at 12:57 pm

please tilip aka

Reply

Abdalhlim May 5, 2014 at 5:24 pm

Awesome you should think of sotehming like that

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: