sumber : www.eslam.de
Comel kan? Kanak-kanak di atas tu ialah seorang budak (sekarang dah besar) dari Iran, namanya Dr. Sayyid Muhammad Husain Tabataba’i, yang hafal 30 juzuk al-Quran dengan makna sekali dan pandai menggunakannya dalam percakapan seharian… semasa umurnya 5 tahun! Bukan tu saja, dia ni tahu satu2 ayat tu terletak kat mukasurat mana, baris mana… Masya-Allah.
Malah gelaran Doktor diperolehi masa umur 7 tahun dari Universiti Islam Hijjaz, selepas melepasi ujian yang bersabit dengan al-Quran.
Bila dah glamour, beliau dijemput untuk talk dan interview di serata Iran dan yang menariknya, jawapan2 yang diberikan kepada soalan2 ialah.. dipetik dari ayat2 Quran.
Hebat kan?
Adakah memang budak ni lahir2 terus jadi genius macam tu? Tentulah tidak. Waqi’ (keadaan) keluarganya merangsang pertumbuhan beliau untuk menjadi pengamal al-Quran. Ibu dan ayahnya giat menghafal al-Quran semasa beliau masih dalam kandungan. Kemudian amalan2 hafiz ini terus diamalkan dalam keluarga mereka, hinggalah anaknya terikut2 apa yang dibuat oleh ibu bapanya. Seperti kata orang, budak2 ni macam sponge, maka tak hairanlah kalau dalam usia budak2 macam tu dia dah boleh hafal seluruh al-Quran.
Bila dikatakan anaknya itu istimewa, ayah kepada Sayyid Husain berkata, setiap anak boleh dididik menjadi sedemikian, dengan syarat ibu dan bapanya mestilah bermula dahulu. Iya lah, Sayyid Husain ni sejak belum lahir dah dengar al-Quran, lahir2 dengan al-Quran aje. Kita? Kalau nak compare tu mungkin tak dapat nak bandingkan.
Boleh kah anak-anak kita jadi macam gitu?
Setiap anak tu ada rezeki dan bahagiannya masing2, tapi tak ada siapa tahu takdir sesiapa. Sebagai ibu bapa, adalah tugas kita untuk mengasah anak-anak kita, dan sentiasa mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik. Memang tak salah langsung untuk mengimpikan anak yang bijak dan pintar, kerana Islam pun suka dengan umatnya yang bijak dan pintar.
Bagaimana nak mendidik seorang anak menjadi bijak dan pintar?
Leave a Reply