Semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Orang gila lagi-lagi lah nakkan bahagia, malah mereka diberi bahagia bila dihantar ke Hospital Bahagia.
Bila seseorang itu bernikah, biasanya dia akan dapat ucapan “Selamat Berbahagia” daripada bekas teman lelaki/wanita, kerana perkahwinan itu membahagiakan.
Tapi, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.
Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?
Oh, ia simple saja.
Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”
Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.
Namun kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?
Allah telah berfirman dalam surah ke-3 ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”
Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.
Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:
1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.
2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.
3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.
5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.
6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.
7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.
8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta dikerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada dijiwa mahkota di singgah sana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang
Kebahagian itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
~Hakikat Bahagia, UNIC~
Leave a Reply