Setakat ni saya masih belum pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC. Yang saya pergi cuma MPH Boom Frenzy di One Utama, itupun tak beli apa2 kat sana. Bagaimana ya agaknya rupa Pesta Buku Antarabangsa tu? Orang ramai itu satu.. dan buku2 yang dijual kat situ yang hebat2 beserta penulisnya sekali?
Oh saya rasa tak mungkin saya pergi bersama anak2 yang masih “Mommy, nak mam please…” dan “Ma ma ma! Nak! Nak! Nak!”.
Masa kecik2, bila dapat ke pesta buku Kelantan di Gelanggang Seni adalah satu perkara yang sangat heaven. Biasanya saya pergi 2 kali, satu dengan rombongan sekolah (itu pun kalo ada banyak organisasi buat rombongan yang berbeza2, mesti nak pegi jugak), satu dengan parents.
Bila tengok buku banyak2, adalah sangat heaven.
Sekarang saya hanya membaca bersama anak-anak saja. Di ofis kadang sambil pam susu sambil baca buku. Dalam kereta saya tak boleh membaca, lagipun saya tak galakkan anak2 belek buku dalam kereta. Peluang belajar lebih banyak bila kita pandang ke luar tingkap kereta. Boleh tengok pemandangan, jenis2 kenderaan, bangunan, alam semulajadi dan sebagainya.
Tapi disebabkan membaca, mata saya jadi semakin teruk. Kerana saya suka baca sambil baring (ini di rumahlah). Sungguh tidak elok. Lalu saya tukar kepada posisi meniarap pula 😀
Tapi hairan bertahun2 baca buku Bahasa Inggeris kenapa saya masih belum pandai Bahasa Inggeris?
Leave a Reply