Pemeriksaan Payu Dara

Sejak tahun lepas, saya memulakan routine check untuk payudara, khusus untuk breast cancer setiap tahun di Prince Court. Tadi baru jumpa Dr. Harjit (PCMC Breast Specialist) untuk tahun ni punya check up.

Tapi since I’m still breastfeeding, tak dapat finding apa-apa lah. Sebab bila BF, milk duct tu dia menutup tisu payudara, so tak dapat nak beza kalau ada lump ke apa ke.

My appoinment was at 12.30pm, pegi naik taxi je dari office. Alhamdulillah kali ni abang teksi memang bagus sebab terus ikut Jalan Kia Peng. Kalau tak, pakcik taxi akan bawak jalan2 Bukit Bintang dulu. Klinik Dr Harjit kat tingkat 2.

Kat Prince Court ni servis memang tip top. Dulu memang lembab dan lambat gilak. Sekarang kejap je tunggu dari registration sampai settle. Buat test BP… low la my BP 85/48 masa first time sampai error kat mesin tu. Check lagi, 85/51. Which is better :D Mine mmg selalu rendah pun. Low BP yang selalu membuatkan saya pening2…

Sambil2 tunggu Dr Harjit panggil, borak2 dengan Yeo, nurse kat klinik tu yang pernah buat demo breast self check up (BSE) kat ofis tuhari.

Antara tips untuk mengawal risiko/mengelakkan kanser payudara:
– kurangkan makan daging merah (lembu, kambing, etc) dan banyakkan daging putih (ayam, ikan, etc.)
– kurangkan fast food
– kurangkan makanan bergoreng
– banyakkan makan sayur dan buah
– BREASTFEED YOUR CHILDREN

BSE ni penting untuk kita selalu buat, sebab dari sini kita akan kenal buah dada kita. Stiap wanita tu mempunyai payudara atau buah dada atau breast yang berbeza2 dari segi saiz, bentuk, rupa, warna, etc. Jadi, BSE adalah untuk kita kenal breast kita cemana.. ada lump kat mana, ada bijik kat mana… so that bila ada benda yang abnormal, contohnya tiba2 kita rasa ada bijik kat tempat yang biasanya takde, kita boleh agak la ada something wrong somewhere. So bole buat pemeriksaan awal cepat2.

Paling ideal buat BSE masa nak mandi kat bilik air depan cermin. So boleh tengok rupanya cik B tu cemana. Sambil2 sabun boleh check jugak. Jangan compare dengan orang sebab kita punya semua unik :)
Talking about breastfeeding, I asked Dr Harjit how breasfeeding can reduce the risk of getting breast cancer.

Dia cakap (in English, eh boleh pulak aku cakap English :D )”Bila kita menyusu anak, hormon proegsteron akan melebihi hormon estrogen. Ini adalah keadaan yang ‘selamat’ bagi wanita kerana bila hormon estrogen tinggi, kita akan terdedah kepada kanser.

That’s why umur2 antara 20-40 tahun mempunyai risiko tinggi untuk dapat kanser payudara. Dah lepas menopos, hormon estrogen pun down, and the risk pun down.

Tapi tak semestinya juga.

Ada yang berpendapat, kanser disebabkan oleh jin, jadi kena tingkatkan amalan dan kekuatan spiritual untuk mengelakkan segala mak nenek kanser.

Apa-apa pun setiap penyakit tu datangnya dari Allah, dan hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan. Namun kita manusia wajib mencari penawar untuk kesembuhan, tapi hal-hal selepasnya berbalik pada keizinan Allah juga.

So, my next appoinment is on 21/3/2011 and Dr harjit pesan “Make sure you don’t breastfeed ek”.

Hehe, nak kontrol tak pregnant tu boleh, tapi nak kontrol Dik Fahry dengan Bang Hafiy nak berenti menyusu ke tidak tu… hai.. susah sikit tu. Tapi untuk keamanan sejagat, ada baiknya berhenti kan. Fahry pun dah 2 tahun lebih masa tu.

Hm.. dah buat ke pemeriksaan rutin payudara? At least BSE la..

13 thoughts on “Pemeriksaan Payu Dara”

  1. pernah dulu, dua kali buat pemeriksaan kat private, dua2 doktor kata ada lump… lepas tu, tak puas hati, pergi buat pemeriksaan kat hospital gomen pulak, dua kali juga, dua2 tempat kata tak ada pulak.. lepas tu, buat sendiri aje lah… :P
    .-= sya´s last blog ..darwisy cuci! =-.

  2. Teringin nak buat breast exam kat hospital tapi takut la…takut sakit time nak exam tu. My mom kata sakit beranak lagiiiii sakit (since dia pernah jugak buat mammogram) tapi ntah la….hmmm..maybe kena pi ngan member2 kot, biar kurang takut sket.
    .-= Along´s last blog ..Wanna Be Quick..Use LEKAS =-.

  3. plz…akak2 kt sini bg alamat kt ner nk cek area klang or s.alam,.
    dkt breast sy mcm jd bisul..tk sakit,mearh.ade nanah skit..takot sangt..plz……:”(

    1. meen bole pegi mana2 klinik atau hospital. diorang boleh refer kepada pakar. jangan dibiar kalo ada yang tak kena dengan anggota badan kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge