Ibu bapa yang mempunyai anak pramatang pastinya merasa kegusaran yang berbeza.. lebih-lebih lagi kerana anak pramatang ni perkembangannya lain dari anak-anak yang lahir cukup bulan.
Kami, ibu-ibu yang memiliki anak pramatang, telah bersatu menubuhkan sebuah persatuan.. OK bukan persatuan sebenarnya, sebuah group di FaceBook untuk ibubapa yang mempunyai anak pramatang.
Ibu-ibu dan bapa yang ada mempunyai anak pramatang, marilah sertai kami di Group Jewel, tempat kita berkongsi segala rasa, petua, tips dan segalanya tentang anak-anak kita.
Untuk menyertai, sila hantar maklumat di bawah kepada ADMIN JEWEL, atau email kepada sauberlina@gmail.com.
Nama Ibu/Bapa:
Nama dan URL FaceBook :
Nama Anak Pramatang :
Tarikh Lahir :
Minggu Dilahirkan:
Negeri Tempat Tinggal :
Sama-sama kita saling menyokong antara satu sama lain OK!
Leave a Reply