,

Perniagaan Internet Dalam Islam

admin Avatar

Saya telah menulis dalam entry ini tentang kaitan perniagaan online dengan Rasulullah SAW. Jangan terkejut sebenarnya masih ramai yang ragu-ragu tentang perniagaan online atau perniagaan internet, samada ia dibenarkan oleh Islam atau tidak. Daripada pemerhatian saya, pendapat mereka ini adalah:

  1. Barang jualan di internet berunsur samar-samar kerana tidak tentu ada atau tidak.
  2. Barang jualan di internet tidak dapat dirasa atau disentuh oleh pembeli menyebabkan pembeli mungkin tertipu dengan kualitinya.
  3. Banyak unsur penipuan dalam perniagaan internet.
  4. Salahfaham antara penjual dan pembeli kerana komunikasi yang terhad (tidak face to face).
  5. Pembayaran dibuat sedangkan barang belum diterima.
  6. Dan sebagainya.

Sebenarnya perniagaan online atau perniagaan internet adalah sesuatu yang patut diterokai oleh setiap pengusaha Muslim, kerana potensinya yang begitu besar. Seorang peniaga kini tidak perlu lagi nak bergerak ke sana ke mari untuk menjual barangnya, cukup sekadar berada di depan komputer. Malah, peluang yang tidak ada batasan membolehkan seorang penjual yang tinggal di Kampung Lada, Jerantut dapat menjual barangannya kepada seseorang yang berada di New York, Amerika Syarikat. Sesuatu yang agak mustahil bukan, jika penjual di Kampung Lada itu tidak ada sebarang perhubungan dengan orang Amerika. Tapi dengan adanya internet, semuanya boleh jadi.

Misal tentang pemasaran dan perniagaan online ini telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu. Yakni melalui peristiwa Israk Mikraj. Pada malam tersebut, Nabi Muhammad SAW ditemani Jibril menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin, dan akhirnya di-mikrajkan ke langit yang ke-7, dalam masa satu malam. Logik kah seorang manusia dapat naik ke langit, dalam masa satu malam pula?

Peristiwa ini memang tidak dapat diterima akal orang2 kafir pada masa itu. Malah Abu Jahal, bapa saudara Nabi SAW mentertawakan Baginda, katanya “Aku pegi Palestin naik unta pun ambik masa sebulan, kau pegi satu malam je? Sah kau ni penipu?”. Tapi disebabkan kepercayaan dan keimanan para sahabat, mereka semua tetap percaya akan apa yang diberitahu oleh Rasululullah.

Jadi peristiwa itu memberitahu kita, bahawa tidak mustahil sesuatu perjalanan yang mengambil masa berbulan-bulan, malah mungkin mustahil itu dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Begitulah penggunaan internet pada masa kini. Kalau dulu untuk ke Amerika mungkin mengambil masa berbulan2 atau bertahun, naik kapal segala. Sekarang, boleh naik kapal terbang, dan lebih cepat dengan menggunakan internet sahaja. Email boleh dihantar dalam masa beberapa saat saja. Bukankah itu menjimatkan masa?

Berbalik kepada alasan yang diberi oleh mereka yang tidak menggemari perniagaan internet, kerisauan mereka ada benarnya. Oleh itu apa yang penting bagi pembeli ialah mendapatkan maklumat tentang barangan yang hendak dibeli dengan sejelasnya daripada website yang menjual dan mendapatkan perkara yang tidak ditulis di website kepada penjual sendiri.

Setiap penjual yang meniagakan barangannya di internet pasti mempunyai akaun email yang membolehkan mereka dihubungi, malah ada yang menyertakan nombor telefon. Sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapatkan maklumat barangan yang hendak dibeli daripada penjual. Sekiranya penjual tidak memasukkan maklumat yang lengkap di websitenya, pengguna berhak untuk bertanya lebih lanjut kepada penjual.

Memang ada banyak kes, malah saya rasa di Malaysia ni jarang pengguna/pembeli merujuk kepada penjual samada sebelum, semasa atau selepas pembelian. Kerana itulah terjadinya barangan yang tidak seperti yang diharapkan, contohnya baju terlalu longgar/terlalu kecil. Jika itu berlaku kepada saya, sebelum membuat pembelian saya akan mendapatkan kepastian dari penjual tersebut, apakah saiz yang sesuai dengan saya, dan sekiranya berlaku perkara2 seperti terlalu longgar atau terlalu ketat, adakah saya dapat menukarnya kepada yang lain.

Begitu juga dengan selepas pembelian, tidak ramai pengguna/pembeli yang mendapatkan khidmat nasihat atau rundingcara daripada penjual barang tersebut. Biasanya kemudahan email itu tidak digunakan, tapi pengguna lebih suka meluahkan rasa tidak puas hati di forum-forum mahupun blog, sedangkan mungkin penjual boleh bertolak ansur atau memberi penerangan sekiranya barang yang diterima tidak memuaskan hati.

Oleh yang demikian, penjual hendaklah:

  1. Mereka laman web yang sesuai dengan target market. Sekiranya target market adalah wanita Melayu, maka gunakanlah Bahasa Malaysia terutama untuk Terma & Syarat agak dapat difahami oleh bakal pelanggan.
  2. Penjual hendaklah mudah dihubungi dengan menyertakan alamat email atau sebarang medium untuk menyampaikan pembeli kepadanya.
  3. Menyediakan panduan ringkas kepada pembeli tentang cara-cara pembayaran, cara-cara penghantaran dan sebagainya, dan sanggup untuk menerangkan semula sekiranya pengguna bertanya (Oh ini memang sangat2 biasa terjadi).
  4. Menerangkan tentang produk secara terperinci. Misalnya jual baju, nyatakan materialnya, jenis kainnya, labuhnya, bukan setakat tulis “Baju Muslimah” semata-mata.
  5. Menyertakan syarat pembelian secara jelas agar dapat difahami oleh pembeli dan dijadikan rujukan sekiranya terdapat salah faham di masa depan. Misalnya “Sebarang kerosakan adalah atas tanggungan pembeli”, maka sekiranya pembeli menerima bungkusan yang rosak, penjual tidak bertanggungjawab dan ia sepatutnya telah diambil tahu oleh pembeli (tapi tak semua pembeli baca T&C kan?).

Walaupun ramai yang memandang internet sebagai satu medium negatif, namun ia adalah satu alam yang menjadi refleksi kepada dunia sebenar. Alam siber, sama seperti dunia sebenar, ada banyak baik dan buruknya. Tapi bila kita asyik fokus benda buruk je, memang tak nampak lah kebaikannya.

Kepada para pendakwah dan peniaga, internet adalah medium yang paling ampuh, untuk menyampaikan seruan mereka. Ustaz Zaharuddin misalnya, mungkin tak ada masa nak menyampaikan ceramah untuk satu Malaysia setiap hari, tapi beliau dapat menyampaikan sesuatu ilmu melalui laman blognya.

Jadi kita hendaklah mengkaji potensi pemasaran internet agar dapat memajukan perniagaan, kerana potensinya begitu besar, mudah lagi menjimatkan masa. Seorang ibu yang berniaga di internet tidak lagi perlu keluar rumah untuk menjual barangannya, jadi masa yang banyak itu boleh digunakan untuk melayan anak-anaknya. Bukankah itu sesuatu yang dituntut oleh Islam?

Selain menguntungkan penjual, kemudahan internet juga memudahkan pembeli kerana banyak review tentang produk yang ditulis oleh pengguna-pengguna sebelumnya, yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli. Maklumlah kadang2 kalau tanya penjual, jawabnya “Okey je” sedangkan dia cuma nak melariskan barangannya.

admin Avatar

18 responses to “Perniagaan Internet Dalam Islam”

  1. izyanty collection Avatar

    thank’s for info, amat berguna nie utk sy sbagai pjual online

    1. Mommy Lyna Avatar

      ayuh kita sama2 perkembangkan online biznes ๐Ÿ˜€

  2. AlongAzrina Avatar

    Setuju dengan pendapat mommylina. Saya nak sebarkan ilmu yg bagus ni dlm blog boleh?

    1. Mommy Lyna Avatar

      boleh sekiranya bermanfaat apa salahnya kita kongsi kan? ๐Ÿ™‚

  3. eliss Avatar

    bila eliss nak mula berbisnes yer…tokey keropok lekor online mungkin ๐Ÿ™‚

  4. zuls Avatar

    info yang sangat bagus, thanks for sharing ๐Ÿ™‚

    1. Mommy Lyna Avatar

      you’re welcome & thanks for dropping by ๐Ÿ˜‰

  5. D.a.O.u.Z` Avatar

    great news.. kongsi ilmu lagi~

    1. Mommy Lyna Avatar

      sama-sama kita berkongsi benda yg elok2 ๐Ÿ˜€

  6. fid Avatar

    kat malaysia sahaja yang macam BARU kat luarkan dah lama
    dah diterima umum…

    kena kedua2 pihak jujur dalam hal ini

    1. Mommy Lyna Avatar

      sebab baru tu kita kena explore banyak lg benda tentang bisnes online. jangan aniaya orang kan, mentang2 kat online orang bukan kenal dia (penjual) sapa, suka2 hati nk tipu pembeli. hehe.

  7. Zaila Avatar

    good info, aku pon setuju..sebagai seorang Islam, nilah masanya kita nak memajukan diri sendirik, bila kita kaya, kita dapat membantu sesama Islam yang xberkemampuan di luar sana so jangan jadikan internet sebagai halangan untuk melangkah lebih jauh;-)

    1. Mommy Lyna Avatar

      amiin. dan semoga kita tak jadi macam Qarun, niatnya mula2 nk kaya pun sebab nak membantu orang miskin juga, tapi diuji dengan kekayaan membuak2 sampai dia lupa pada Allah yg memberikan kekayaan yg dipintanya satu ketika dolu.

  8. mamaaina Avatar

    good info. untuk yg baru nak berjinak2 dlm bisnes online ni..tq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      go go mamaina! ๐Ÿ™‚

  9. zik Avatar

    bagaimana dengan akad?? saya jual, saya beli??

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pasal akad & selanjutnya ada ditulis oleh ustaz zaharuddin dalam entry-nya http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=158&Itemid=98

      akak petik sedikit:

      Syarat yang seterusnya ialah akad, iaitu akad boleh dibuat melalui internet dengan menggunakan borang pesanan yang jelas menyebut perincian barangan bagi mengelakkan โ€˜jahalah’ dan โ€˜gharar’; Cuma โ€˜tick’ pada item yang ingin dibeli dan hantar, itu sudah dikira akad dan diterima dalam syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge