,

Perkembangan Baby Fahry Di Usia 9 Bulan

admin Avatar

Fahry genap 9 bulan hari ni. Alhamdulillah dah 9 bulan Fahry mendapat kasih sayang kami di muka bumi ni.

Fahry dah creeping sejak lepas kami jumpa Dr Taayah baru ni. Sekarang 1 ruang tamu dijelalah cari kereta Abg Hafiy. Hari2 berlatih untuk merangkak.

Abiy kata anak2nya mengalami exponential growth bila tiba suatu masa, macam Abiy dulu. 2 tahun lebih Abiy terbaring saja, tiba2 boleh berjalan. Hafiy dulu pun 5 bulan baru boleh turn & roll over, 8 bulan baru boleh merangkak, tapi 10 bulan dah belajar berjalan, 13 bulan dah berjalan betul walaupun terkedek-kedek. Alhamdulillah…

Sejak mereka baik dari selsema (syukurlah selsema biasa, bukan selsema babi), kami kembali bawa mereka berjemaah terawikh di masjid. Seperti yang saya katakan, membawa mereka ke masjid bukanlah sebab nak mengejar pahala jemaah terawikh, ye.. kalau nak pahala jemaah di mana2 pun boleh buat, tapi suasana Ramadhan tu lebih terasa bila kita ke masjid. Ramai orang, selawat beramai-ramai, ada moreh, etc.

Berbalik kepada kisah selsema mereka, sejak 2 minggu lepas Fahry kena selsema. Kemudian Hafiy pula, tiba2 demam dan selsema. Perjumpaan dengan Kak Anfal di Masjid Wilayah tempoh hari, beliau mencadangkan agar budak2 ni diberi minyak habbatus-sauda, selepas berhari-hari telan ubat hospital tak sembuh2. Anak-anak dia yang bertiga tu, Umar, Ulya dan Ulwan bila selsema diberi minyak ni yang dibawa oleh adik Kak Anfal dari Jordan, dengan izin Allah sembuh tanpa ubat spital.

Memang risau, terutama Fahry sebab ada history pneumonia. Lagipun di musim selsema babi ni, memang hati duk gelisah je bila anak tak sihat.

So, saya pun orderlah minyak dara habbatus-sauda jenama Saudacare ni.

Kecik molek aje botolnya. Sebotol RM 35, campur pos RM 5. Senang nak pakai, cuma picit kepala dia je, minyaknya keluar. Senang nak diberi pada budak2 terutama yang payah makan ubat macam Hafiy.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sekarang Fahry dah OK. Dah takde hingus dan kahak. Hafiy pun beransur baik.

Sebenarnya, banyak khasiat habbastus-sauda, atau dipanggil black seed ni. Malah dalam hadis pun ada menyebut “Tetaplah kamu dengan habbatus-sauda’, kerana di dalam habbatus sauda tedapat penawar kepada segala penyakit, kecuali mati“.

Masa belajar dulu pun saya consistently ambil habbatus-sauda kerana ia boleh menguatkan ingatan. Beli kat Jaafar Rawas masa tu.

Minyak Saudacare ni pun sebenarnya dikatakan penawar bagi H1N1. Untuk info lanjut tentang habbatus-sauda dan Saudacare boleh tengok kat SINI. Nak order terus pun boleh.

Minyak habbatus-sauda ni boleh juga dijadikan minyak urut sebab ia boleh melancarkan perjalanan darah. Jadi saya selalu urut kaki Fahry dengan minyak ni, supaya kakinya kuat dan cepatlah berjalan nanti 😀

fahry 9 bulan

Dah sampai ke sini merayapnya…

Tagged in :

admin Avatar

18 responses to “Perkembangan Baby Fahry Di Usia 9 Bulan”

  1. jua Avatar

    dah jumpa nursery? nursery penchala yg i citer kat u tu rm250/month. then kalo u hantar kurang 15days, they charged u half.
    .-= jua´s last blog ..Fajita Mushroom Combo ala Chilli’s =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kitorang antar yang dekat2 ngan ofis kot. senang on the way hehe.

  2. m@y Avatar

    pepepun fahry tetap maintain hensem ;p
    .-= m@y´s last blog ..Nak yang ni.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahak

      mesti mesti sebab mak dia menten cun 😛

  3. fid Avatar

    fahry
    i like you..
    fahru..kalu rasa mommy tak best mai la dok ngan abang akif ya hahahaaa
    .-= fid´s last blog ..Menangani anak yang Picky Eater =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      heh!

  4. Ealyie Avatar

    pejam celik.. da 9 bulan fahry kita nie rupanyer.. makin ganteng la lina!! 😀
    .-= Ealyie´s last blog ..Biru Berpinar Bijik Mata Hitamku.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Iyah, keren gitu buk!

  5. Nadiah Sidek Avatar

    beza sebulan aje ye rupanya fahry dgn safiyyah. 2hb ari tu safiyyah genap 8 bln 🙂
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Ramadhan: Di Sini dan Kenangan Lalu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu lah kalo ikut bulan, beza sebulan. kalo ikut tahun, beza setahun, kan? :mrgreen:

      1. Nadiah Sidek Avatar

        hehe..ye la..tak perasan pulak :mrgreen:
        .-= Nadiah Sidek´s last blog ..September 5, 2009 =-.

  6. izzah Avatar

    kak…beli online jer yek…?zah ingat nak beli gak…nak simpan utk akmal sebab kekadang dia selsema dan memori dia batuk teruk ari tu masih dlm ingatan…hehehe..
    bersedia jer mana tau kena balik… 😉

    oh ye…!go fahry go…awak abg yg kuat..!kawan dgn adik akmal ye 😀
    .-= izzah´s last blog .."CUTE SLEEPING BABY CONTEST" =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      a ah beli online je kat website yang akak link kan tu.

      elok jugak kita get everything ready kan. kalo tak selsema pun bole pakai sebab dia bukan drug :mrgreen:

  7. mirah Avatar
    mirah

    salam lyna, cepat je masa berlalu kan..
    Btw, khadijah dgn aisyah pun selsema ni.
    Mirah perasan, kalau ada je orang dekat dia selsema, senang je diaorang kena sama. Tp setakat ni mild je lah. Last sekali kena selsema 2 bln lepas kot. Bagi ubat sekali sehari je. Oh boleh try bagi habbatusasauda tu, err bagi minum ke?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam mirah,

      musim2 kering sekarang ni senang jangkit selsema kan. derang ni pun tak putus2 & kali ni paling teruk. biasa sikit2 je.

      minyak HS tu titik je dlm mulut derang, campur dalam fud dia pun bole 🙂

  8. ulfa Avatar

    lyna..
    share lah experienced macam mana u jaga anak-anak kat masjid…harap dapat membantu pasangan2 muda agar dapat pergi ke masjid walaupun anak masih kecil…tq
    .-= ulfa´s last blog ..Menyusu Dalam Bulan Ramadhan =-.

  9. ummu_abdullah Avatar

    Alhamdulillah… comel lak tu…

    niway, bagusla ibu ni… sanggup buat apa saja untuk anak… untuk kebaikan anak… kekuatan doa si ibu memang terbukti… tahniah mommy lyna…

  10. lydzar Avatar

    lyna,
    fahry ni u ada train minum susu ngn botol tak?
    or sepanjang 9bulan ni just directfeeding je. so cemana persediaan nk masuk keje balik?
    .-= lydzar´s last blog ..Amboi dia….. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge