Perkembangan Anak-Anak dan Bayi Dalam Kandungan

admin Avatar

Perkembangan anak-anak saya, alhamdulillah, extra-ordinary seperti biasa. Hafiy semakin bijak bercakap dan menguruskan adik. Sekarang sudah boleh diharap memandikan adik, siap sabun segala. Tapi kena tengok jugalah. Budak 3 tahun mandikan budak 2 tahun, jangan dia kasi adik minum air sabun sudah.

Tapi sifat malu dan gugup bila berhadapan dengan orang asing masih belum dapat dikikis lagi. Ingatkan dah OK, maklumlah dah masuk taska, jumpa kawan-kawan semua. Tapi ternyata Hafiy masih malu-malu bila bertemu kawan yang dia tak biasa.

Last week dia ada photoshoot untuk iklan hariraya Sarakids di Harian Metro. Punyalah sebelum tu excited nak ambil gambar, kena pada hari kejadian dia buat muka stone.

harian metro

Hafiy bersama Syasya dan Sara (anak-anak Puan Farah pemilik Sarakids)

Tapi tak mengapalah, tak senyum pun maintain handsome 🙂

Semalam semasa berbuka puasa, Hafiy tiba-tiba memberitahu yang dia tidak mahu ayam pusing yang saya letakkan dalam pinggannya. “Hafiy taknak ayam ni ada kuman” terus saya teringat gelagat si Sara yang kata tangannya bau kuman.

Sebenarnya ayam pusing tu ada kesan arang sedikit, jadi dia tak mahu sebab ada kuman. Mungkin dia nak kata ada kesan arang/kotor tapi agaknya tak tahu perkataan paling tepat nak gambarkan. Jadi dia katakan ‘ada kuman’.

Fahry pula semakin aktif hinggakan saya naik risau kalau dia ada ADHD! Tapi rasanya normal lah budak sebayanya. Cuma Hafiy tak seaktif Fahry dalam usianya. Di rumah berani melakukan aksi berbahaya, panjat penyandar kerusi dan terjun dari atas. Kemudian cuba pula nak terjun ke lantai. Kalau kata grill tu memang spot kesukaan.

Sampailah minggu lepas cikgu taskanya memberitakan yang Fahry ‘mengajar’ kawan-kawannya memanjat tong sampah di taska!

Walaupun masih kecil namun Fahry kelihatan lebih matang dan berdikari. Dia lebih gemar makan sendiri, buat kerja sendiri, mencuba sendiri berbanding Hafiy yang banyak bergantung kepada saya. (Sebenarnya Hafiy pun boleh diharap, cuma sifat manjanya tu bila ada saya, semua nak saya buat/bantu).

Kini kedua-duanya berebut channel YouTube. Biasanya Fahry yang mengalah kerana Hafiy akan menjerit2 tak berhenti kalau kehendaknya tak dipenuhi. Fahry lebih mudah berkompromi.

Cuma bila bertemu stranger saya rasa serba salah sikit. Bukan serba salah apa, biasanya stranger/orang yang tak biasa dengan kami akan cuba meminta maaf berkali-kali bila anak mereka bertanya tentang kaki dan tangan Fahry. SAya tidak kisah, dan Fahry pun tak kisah juga. Cuma bila berkali2 minta maaf tu buat saya rasa pelik pula. Tak apa,biarlah si kecil bertanya tentang Fahry. Bukannya alien pun Fahry tu, dan bukan sesuatu yang memalukan bila memiliki anggota tak sempurna.

Hari ni saya membaca tentang seorang siswi yang menghidap Cerebral Palsy, amat cemerlang dalam pelajaran, PMR dan SPM dapat 8A. Ini memang saya malu, sebab sayapun tak dapat 8A SPM. Hehehe, malunya aku badan sihat otak sempurna tapi belajar tak pandai mana. Ni bukan sebab otak lembab, tapi sebab malas belajar. Ha.. itu memang patut kita nak malu. OKU jauh lebih bagus dari kita yang sempurna…

Si kecil dalam perut ni pula…. Baru menginjak ke minggu ke-10. Pemeriksaan antenatal minggu lepas menampakkan tumbesaran yang normal. Kata doktor Seri, sekiranya janin ada masalah, bahagian belakangnya kelihatan membengkak tapi Baby nampak normal saja. Alhamdulillah. Harapan kami agar Baby lahir dengan selamat, cukup bulan dan sempurna fizikal dan mental.

Bila dah pernah memiliki anak cacat dan hampir meninggal, kita pasti tak mahu hadapinya lagi.

Above all, saya rasa amat bertuah dan gembira dengan anak-anak saya. Walaupun mereka sangat clingy, gembeng, tapi saya masih boleh menguruskan rumahtangga seorang diri, dan cuba mengasuh mereka walaupun berlubang-lubang di sana sini. Semalam saya meminta Hafiy menyusun buku-buku yang berselerak di dalam bilik belajarnya, saya sangka ia akan tetap begitu juga, tapi pagi ini saya melangkah ke dalamnya, tiada lagi buku-buku bersepah di lantai. Cuma bersepah di rak saja 🙂 OK lah tu, budak umur 3 tahun, apa yang boleh diharapkan sangat.

Setiap hari saya berazam ingin menjadi seorang ibu yang hebat, seperti ibu-ibu lain yang sangat hebat menguruskan keluarga, rumahtangga dan anak-anak di samping kerjaya masing-masing.

admin Avatar

5 responses to “Perkembangan Anak-Anak dan Bayi Dalam Kandungan”

  1. zuhaini Avatar

    amboi hafiy.. control hensem ye..? 🙂

  2. mama-miya Avatar

    to me, kita boleh usaha macam2. educate diri kita in parenting macam2. sumbat macam2 supplement as brain food. anak kita boleh belajar macam2, but doa kita utk mereka tu sama penting kan? Kita usaha, last2 Allah jugak yg jadikan segalanye.

    pstt… kita preggy dekat2 gak. i’m 14 weeks.
    .-= mama-miya´s last blog ..Surviving the 1st Trimester as a Not-So-Supermom =-.

  3. rose Avatar

    1st of all, tahniah lyna…kita baru tahu ni..eheheh

    ehehhe..tula dia tak reti nak sebuat kotor kot tu..hehe so cute..

    bes kan tgk anak2 membesar bagai johan. moga baby lm perut tu pon membesar bagai juara n dipermudahkan segala2nya..aminn
    .-= rose´s last blog ..Shopping Raya Lagi =-.

  4. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya doakan anak Along kali ni lelaki juga! Hehehe…

    (Kalau dapat anak perempuan, confirmed Along buat family planning lepas ni. Biar kali ni dapat anak lelaki lagi. The following year boleh Along pregnant lagi, dan lagi dan lagi. Huahuahua!)

  5. kakyong Avatar

    hafiy pemalu yer… fahry plak pandai bertolak ansur..

    anak2 kakyong 3-3 org tu.. kalo kat rumah, depa lah hero-heroin, kerja bergaduh sesama depa jer…. tp bila pergi rumah org.. x kuor suara… nak salam pun tak mau.. lebih lagi kalo org 1st time jumpa.. pernah tu, dan2 tu ajak balik rumah…

    apa2 pun tahniah.. semoga bb dlm kandungan sihat.. gitu jugak lyna..
    .-= kakyong´s last blog ..kek batik dan biskut cornflake rangup =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge