Perkara Kecil Yang Jarang Kita Sedari & Hargai

admin Avatar

Dua hari lepas ketika saya sedang menyiapkan kerja-kerja, tiba2 lampu terpadam, kipas berhenti berpusing dan segalanya senyap sunyi. Saya ketika itu bersama Hafiy yang demam (tak ke sekolah). Saya sangka ada gangguan elektrik, tapi tiada notis. Lalu saya menghubungi TNB CareLine.

blackout

Menurut pihak TNB, hanya rumah saya saja yang bermasalah. Saya memeriksa power box, ternyata tiada sebarang suis yang dalam keadaan pelik. Semuanya OK.

Memandangkan mereka menjanjikan technician akan tiba dalam masa 30 minit hingga sejam, saya dan Hafiy menanti dalam kepanasan. Kami juga tak dapat keluar kerana pintu pagar elektrik tidak berfungsi.

Setelah hampir 2 jam menunggu, saya cuba menggodek suis-suis yang ada dalam kotak tersebut. Alhamdulillah akhirnya setelah menutup beberapa suis dengan trial-and-error, kipas berpusing dan lampu menyala.

Lalu saya menyiapkan kerja2 dan juga makan tengahari.

Setelah selesai urusan, saya kembali ke komputer. Tiba2 lampu terpadam lagi. Saya menghubungi TNB dan meminta mereka cepat sedikit sebab hari hampir malam. Jawapan yang sama juga saya terima.

Dalam keadaan tak-tahu-nak-buat-apa tiba2 lampu kembali menyala dan kipas berpusing kembali. Lalu saya terus bawa Hafiy keluar.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini bekalan elektrik di rumah saya berjalan seperti biasa tanpa gangguan walaupun technician TNB tak nampak bayang.

Saya bukan nak bercerita tentang TNB. Sebaliknya tentang keadaan saya sewaktu ketiadaan elektrik. Bekalan elektrik umpama nadi kepada kehidupan. Bila tiada letrik, saya seolah-olah lumpuh.  Kaki pun patah. Panas. Gelap (maklumlah rumah teres unit di tengah-tengah). Gelisah.

Hanya 17% saja masa saya dalam sehari tanpa elektrik, terasa seluruh alam gelap gelita. Semua kerja tergendala.

Selama ni adakah kita menghargai bekalan elektrik di rumah? TV terpasang tanpa ada penontonnya, kipas berpusing tanpa ada sesiapa, lampu menyala walhal semua orang berada di satu ruang yang lain…

Itu adalah antara perkara2 ‘kecil’ yang jarang kita sedari dan hargai.

Dan perkara ‘kecil’ ni sebenarnya adalah sesuatu yang membawa impak yang besar kepada kehidupan kita.

Lihatlah di sekeliling kita… apakah perkara2 yang kita jarang ambil berat, jarang mensyukuri atasnya, jarang kita ambil masa untuk renung… bila ia tiada barulah kita rasa kita tak boleh hidup tanpa perkara itu…

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Perkara Kecil Yang Jarang Kita Sedari & Hargai”

  1. transformed hw Avatar

    memey bendo2 kecik tu sokmo wat tok tahu tp bilo tak dop susoh.

  2. kak el Avatar

    pagar letrik kena buat by pass supaya boleh manual…. hikhikhik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge