Spanish Steps di Piazza di Spagna

by admin on October 25, 2012 · 1 comment

Antara tempat yang famous di Rome ialah Piazza di Spagna. Ia adalah kombinasi anak tangga Spanish Steps, obelisk dan sebuah gereja bernama Trinita dei Monti.


Gereja ini terletak di atas bukit yang mana ia disambung oleh anak tangga Spanish Steps ke Spagna Square (Piazza di Spagna) yang mana terletaknya air pancut Fontana della Barcaccia.


Berinspirasikan kejadian banjir di Tevere pada tahun 1598, yang mana sebuah bot terdampar selepas banjir surut. Oleh itulah bentuk air pancut ini direka seperti sebuah bot.

Dinamakan Piazza di Spagna atau Spanish Square bersempena Kedutaan Sepanyol di kawasan ini. Malah di sini pernah dikenali sebagai wilayah Sepanyol.


Kami ke sini ketika hujan lebat membasahi bumi Rome. Disebabkan jadual yang padat, hujan atau panas tetap kami redahi. Menikmati pemandangan yang indah dari Spanish Steps. Ketika itu tidak ramai orang memandangkan cuaca yang sejuk dan basah dek hujan.


Di sebelah kiri Fontana del Barcaccia dari Spanish Steps, terletak sebuah tiang yang dinamakan Colonna dell’Immacolata. Ia ditemui di bawah sebuah biara pada tahun 1777 dan didirikan di sini.


Untuk ke sini kami menaiki metro ke Spagna. Kemudiannya berjalan kaki ke Hard Rock Cafe Rome!

||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136

~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~

insya-Allah, biidznillah

Share Button

{ 1 comment… read it below or add one }