Saya tak pernah ambil tahu tentang kisah mereka-mereka ini. Cuma baru ni macam terbaca di paper yang isteri (ex) Ustaz Akhil Hayy tuntut cerai dan akhirnya mereka telah melakukan perkara halal yang tidak disukai Allah tersebut. Nak buat macamana, kata mereka itu dah takdir.
Dengar-dengar juga tentang gossip beliau dengan Waheeda tapi sejak2 sibuk dengan keluarga dan takde teman bergossip (Abiy tak suka gossip2 ni, especially pasal artis. Lainla kalo gossip pasal kompeni mana nak tutup ke bangkrap ke, tu bole la :D), so takdela nak ambil kisah pun.
Tiba2 tadi tertengok di blog Dila & Cik Yan tentang cerita mereka nih. Wah, betul ke? Kalau betul, alhamdulillah, marila kita meraikan sebuah lagi keluarga yang terbina ni.
Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 16 Ogos jam 12 tengah hari. Waheeda menerima RM80 sebagai mas kahwin dan senaskhah Al-Quran sebagai hantaran. (My dream was to have al-Quran as hantaran tapi faham2la dalam masyarakat Melayu ni banyak pandangan serong dilempar bila hantaran ‘tak padan dengan degree’, apa lagi kalo takde hantaran berupa DUIT. Hmm my one actually lagi rendah dari budak lepasan SPM hehe. Alhamdulillah, walaupun tak dapat my dream tapi dapat ‘rendah’ jugak. Mak kata “bukan nak jual anak”.)
Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.”
Semoga bahagialah mereka berdua hingga ke akhir hayat.
janganle dia cakap ni cuma adegan dalam Kafe Akhil Hayy je…
Kiranya mereka berdua membuka lembaran baru lepas macam2 gossip yang melanda mereka. Dalam paper cuma diberitahu dua orang anak ustaz Akhil Hayy ada sama, ex-isteri dan anak lain takde diceritakan pula. Mungkin dia taknak libatkan dengan ex-isterinya tu kan. Takpa kita taknak bergossip di sini. Kita cuma nak ucapkan selamat pengantin baru.
Selamat pengantin baru juga kepada KGBian yang baru menamatkan zaman bujang, Khaties yang bakal menyambut cahayamata hari lahirnya 19 Ogos ni.
I pegi wedding memang pakai tshirt je, kalo pakai kebaya nanti tertuka dengan pengantin.
Eh it was happen once OK! Masa tu kenduri kawen my fren Ayu. Duduk2 lepak kat pelamin sekali ada makcik datang salam tanya “Ni ke pengantinya?” Wah, itu belum mekap tu, kalo dah mekap tatau la ntah2 dia pi tanya “Ni Erra Fazira ke?” 😀
Seronoknya tengok orang kahwin, rasa macam nak naik pelamin lagi sekali. Tapi anniversary tahun ni tak bolehlah sebab jatuh bulan puasa hehe…
Kalo gini gayanya takde la adegan dalam TV lagikan?
Minggu ni gaya semuanya nak hambat puasa. Yang kawen, yang celebrate Merdeka 😀 Selamat pengantin baru pada semua & selamat menjalani bulan Ramadhan sebagai suami isteri. Kena sabar banyak la ni… Kan dah disarankan jangan kawen bulan Syaaban, kalau terbabas kang kena puasa 2 bulan berterusan 😉
Selamat membina rumahtangga Muslim. Semoga lahirlah lebih ramai SUPER KIDS!
*Gambar2 Akhil Hayy dan Waheeda diambil dari www.budiey.com.
Leave a Reply