Biasanya kita akan mula bersedia untuk menyambut kedatangan orang baru (anak dalam kandungan), apabila kandungan dah mencecah 7 atau 8 bulan. Ini kerana secara secara amnya seorang manusia mengandung selama 9 bulan 10 hari, atau 40 minggu.
Namun begitu, antara 7%-10% kelahiran adalah kelahiran pramatang, iaitu bayi yang lahir selepas minggu ke-24 dan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Bayi-bayi ini dikatakan pramatang kerana organ-organ dalamannya masih belum cukup kuat untuk bekerja seperti bayi yang lahir cukup bulan.
Walau bagaimanapun, tidak banyak informasi dan persediaan menyambut bayi pramatang yang ada. Malah ilmu tentang bayi pramatang amat jarang dikongsi dan diperkatakan orang, mungkin hanya di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sahaja.
Perkara penting yang perlu ibu bapa bersedia untuk kelahiran pramatang.
1. Hospital
Bayi pramatang akan ditempatkan di dalam inkubator dalam Special Care Nursery (SCN) di hospital. Kebanyakan hospital swasta TIDAK mempunyai peralatan yang cukup untuk meyambut kelahiran bayi-bayi pramatang ini. Jika adapun, kosnya teramatlah mahal untu sehari berada dalam inkubator tersebut.
Bayi pramatang yang underweight (lahir kurang dari 1.6kg) perlu berada dalam inkubator sehingga berat badan mereka mencapai 1.6kg.
Bagi bayi yang mengalami masalah pernafasan (tidak mampu bernafas sendiri), mereka memerlukan ventilator (saluran oksigen terus ke paru2) yang amat jarang dipunyai oleh hospital swasta.
Jadi, pilihlah hospital yang terbaik untuk masa depan bayi pramatang anda, iaitu hospital kerajaan.
Menyentuh tentang SCN, saya amat berterima kasih terhadap SCN Hospital Miri dan kakitangannya. Hospital ini amat menggalakkan rooming-in, iaitu ibu tinggal bersama di wad tersebut, supaya ibu dapat menjaga bayinya sendiri. Menurut mereka, bayi pramatang akan lebih cepat membesar dengan jagaan tangan ibunya sendiri.
Pada mulanya saya sangkakan semua SCN mengamalkan praktik yang sama, rupanya tidak. SCN di sebuah hospital di Wilayah Persekutuan tidak menggalakkan rooming-in, malah tidak membenarkan ibu bapa datang ke SCN selain dari masa melawat. Amat berbeza ketika Fahry di SCN, kami (ibu bapa saja yang dibenarkan masuk ke SCN) tidak mempunyai limit masa untuk melawat bayi di SCN. Kami pernah menghantar susu pada jam 3 pagi. Apa lagi waktu2 sebelum Abiy ke pejabat.
Pada saya, apa yang diamalkan oleh Hospital Miri adalah satu perkara yang amat tepat. Saya sendiri yang membersihkan Fahry, menjaganya, mengeluarkan jus perutnya, menukar lampinnya… jururawat hanya menjalankan prosedur2 seperti memasukkan tiub susu, mengambil darah, menukar dressing dan prosedur perubatan lain, serta membersihkan inkubator sahaja.
Semasa saya rooming-in, setiap 3 jam sehari saya akan memberi susu kepada Fahry. Begitu juga dengan ibu-ibu lain yang room-in bersama. Malah lebih memudahkan kepada ibu yang anaknya sudah keluar dari inkubator, kerana mereka boleh menyusukan anak mereka seberapa kerap.
Lesson : Walaupun check up dan mahu melahirkan di hospital swasta atau pusat bersalin swasta, usha-usha juga hospital kerajaan terdekat, terutama praktik di SCN, sebagai persediaan sekiranya bayi kita lahir lebih awal dari sepatutnya.
2. Susu ibu kepada bayi pramatang
Bayi pramatang tidak sama dengan bayi yang cukup bulan. Badan mereka seolah-olah kosong, fragile, tiada daya pertahanan dari dalam diri mereka sendiri. Kerana itu pada awal kelahiran, bayi pramatang akan diberi dos antibiotik bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Malah, bayi pramatang memerlukan pelbagai ‘penahan’ seperti anti-fungal bagi menahan jangkitan fungus dalam tubuhnya.
Makanan yang paling sesuai untuk bayi pramatang, tidak lain tidak bukan ialah SUSU IBU. Bayi pramatang di dalam inkubator tidak dapat minum susu terus dari payudara ibunya, sebaliknya melalui tiub atau cup. Oleh itu ibu harus mengepam secara eksklusif sepanjang si bayi berada di dalam inkubator.
Jadi, susu ibu yang dibekalkan kepada bayi pramatang haruslah susu yang segar, dan sebolehnya baru diperah, agar segala antibodi dan khasiat yang terkandung dalam susu ibu tidak musnah.
Sebaik-baik susu ibu untuk bayi pramatang : Yang baru diperah.
Simpanan EBM untuk bayi pramatang : di peti sejuk bawah, maksimum 24 jam. Tidak boleh bekukan susu untuk bayi pramatang.
Bayi pramatang mempunyai had kuantiti susu yang patut diambilnya dalam satu sesi penyusuan. Ini kerana perut mereka yang belum matang, mungkin mengalami masalah sekiranya susu yang diterima melebihi jumlah yang sepatutnya.
Oleh itu ibu kepada bayi pramatang harus peka dengan arahan doktor/jururawat tentang keperluan susu bayi pramatang. Jangan suka2 nak beri lebih sebab nak suruh baby cepat besar.
Bayi pramatang juga akan diberi vitamin dan MCT oil untuk pertumbuhannya.
Bayi pramatang termuda yang pernah survive dilaporkan di Malaysia ialah yang dilahirkan pada usia 24 minggu. Period ini dinamakan severely premature, iaitu dari minggu ke 24-28. Bayi2 yang dilahirkan dalam minggu2 ini terdedah kepada risiko kerosakan organ dalaman, pendarahan dan akhirnya kematian.
Fahry saya lahir pada minggu ke-28, alhamdulillah dia kuat, sihat dan pintar.
Jadi, saya rasa di samping excited nak menyambut baby, ada perkara2 yang kita kena ambil berat juga, supaya bila ia terjadi, kita boleh bersedia dan tahu apa yang nak dibuat dan di-expect.
Doakan semoga adik Fahry ini lahirnya cukup bulan. Bukan sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya bila setiap hari kena ulang-alik ke hospital T_T
Leave a Reply