Penjagaan dan Penyusuan Bayi Pramatang

admin Avatar

Biasanya kita akan mula bersedia untuk menyambut kedatangan orang baru (anak dalam kandungan), apabila kandungan dah mencecah 7 atau 8 bulan. Ini kerana secara secara amnya seorang manusia mengandung selama 9 bulan 10 hari, atau 40 minggu.

Namun begitu, antara 7%-10% kelahiran adalah kelahiran pramatang, iaitu bayi yang lahir selepas minggu ke-24 dan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Bayi-bayi ini dikatakan pramatang kerana organ-organ dalamannya masih belum cukup kuat untuk bekerja seperti bayi yang lahir cukup bulan.

Walau bagaimanapun, tidak banyak informasi dan persediaan menyambut bayi pramatang yang ada. Malah ilmu tentang bayi pramatang amat jarang dikongsi dan diperkatakan orang, mungkin hanya di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sahaja.

Perkara penting yang perlu ibu bapa bersedia untuk kelahiran pramatang.

1. Hospital

Bayi pramatang akan ditempatkan di dalam inkubator dalam Special Care Nursery (SCN) di hospital. Kebanyakan hospital swasta TIDAK mempunyai peralatan yang cukup untuk meyambut kelahiran bayi-bayi pramatang ini. Jika adapun, kosnya teramatlah mahal untu sehari berada dalam inkubator tersebut.

Bayi pramatang yang underweight (lahir kurang dari 1.6kg) perlu berada dalam inkubator sehingga berat badan mereka mencapai 1.6kg.

Bagi bayi yang mengalami masalah pernafasan (tidak mampu bernafas sendiri), mereka memerlukan ventilator (saluran oksigen terus ke paru2) yang amat jarang dipunyai oleh hospital swasta.

Jadi, pilihlah hospital yang terbaik untuk masa depan bayi pramatang anda, iaitu hospital kerajaan.

Menyentuh tentang SCN, saya amat berterima kasih terhadap SCN Hospital Miri dan kakitangannya. Hospital ini amat menggalakkan rooming-in, iaitu ibu tinggal bersama di wad tersebut, supaya ibu dapat menjaga bayinya sendiri. Menurut mereka, bayi pramatang akan lebih cepat membesar dengan jagaan tangan ibunya sendiri.

Pada mulanya saya sangkakan semua SCN mengamalkan praktik yang sama, rupanya tidak. SCN di sebuah hospital di Wilayah Persekutuan tidak menggalakkan rooming-in, malah tidak membenarkan ibu bapa datang ke SCN selain dari masa melawat. Amat berbeza ketika Fahry di SCN, kami (ibu bapa saja yang dibenarkan masuk ke SCN) tidak mempunyai limit masa untuk melawat bayi di SCN. Kami pernah menghantar susu pada jam 3 pagi. Apa lagi waktu2 sebelum Abiy ke pejabat.

Pada saya, apa yang diamalkan oleh Hospital Miri adalah satu perkara yang amat tepat. Saya sendiri yang membersihkan Fahry, menjaganya, mengeluarkan jus perutnya, menukar lampinnya… jururawat hanya menjalankan prosedur2 seperti memasukkan tiub susu, mengambil darah, menukar dressing dan prosedur perubatan lain, serta membersihkan inkubator sahaja.

Semasa saya rooming-in, setiap 3 jam sehari saya akan memberi susu kepada Fahry. Begitu juga dengan ibu-ibu lain yang room-in bersama. Malah lebih memudahkan kepada ibu yang anaknya sudah keluar dari inkubator, kerana mereka boleh menyusukan anak mereka seberapa kerap.

Lesson : Walaupun check up dan mahu melahirkan di hospital swasta atau pusat bersalin swasta, usha-usha juga hospital kerajaan terdekat, terutama praktik di SCN, sebagai persediaan sekiranya bayi kita lahir lebih awal dari sepatutnya.

2. Susu ibu kepada bayi pramatang

Bayi pramatang tidak sama dengan bayi yang cukup bulan. Badan mereka seolah-olah kosong, fragile, tiada daya pertahanan dari dalam diri mereka sendiri. Kerana itu pada awal kelahiran, bayi pramatang akan diberi dos antibiotik bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Malah, bayi pramatang memerlukan pelbagai ‘penahan’ seperti anti-fungal bagi menahan jangkitan fungus dalam tubuhnya.

Makanan yang paling sesuai untuk bayi pramatang, tidak lain tidak bukan ialah SUSU IBU. Bayi pramatang di dalam inkubator tidak dapat minum susu terus dari payudara ibunya, sebaliknya melalui tiub atau cup. Oleh itu ibu harus mengepam secara eksklusif sepanjang si bayi berada di dalam inkubator.

Jadi, susu ibu yang dibekalkan kepada bayi pramatang haruslah susu yang segar, dan sebolehnya baru diperah, agar segala antibodi dan khasiat yang terkandung dalam susu ibu tidak musnah.

Sebaik-baik susu ibu untuk bayi pramatang : Yang baru diperah.
Simpanan EBM untuk bayi pramatang : di peti sejuk bawah, maksimum 24 jam. Tidak boleh bekukan susu untuk bayi pramatang.

Bayi pramatang mempunyai had kuantiti susu yang patut diambilnya dalam satu sesi penyusuan. Ini kerana perut mereka yang belum matang, mungkin mengalami masalah sekiranya susu yang diterima melebihi jumlah yang sepatutnya.

Oleh itu ibu kepada bayi pramatang harus peka dengan arahan doktor/jururawat tentang keperluan susu bayi pramatang. Jangan suka2 nak beri lebih sebab nak suruh baby cepat besar.

Bayi pramatang juga akan diberi vitamin dan MCT oil untuk pertumbuhannya.

Bayi pramatang termuda yang pernah survive dilaporkan di Malaysia ialah yang dilahirkan pada usia 24 minggu. Period ini dinamakan severely premature, iaitu dari minggu ke 24-28. Bayi2 yang dilahirkan dalam minggu2 ini terdedah kepada risiko kerosakan organ dalaman, pendarahan dan akhirnya kematian.

Fahry saya lahir pada minggu ke-28, alhamdulillah dia kuat, sihat dan pintar.

Jadi, saya rasa di samping excited nak menyambut baby, ada perkara2 yang kita kena ambil berat juga, supaya bila ia terjadi, kita boleh bersedia dan tahu apa yang nak dibuat dan di-expect.

Doakan semoga adik Fahry ini lahirnya cukup bulan. Bukan sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya bila setiap hari kena ulang-alik ke hospital T_T

admin Avatar

10 responses to “Penjagaan dan Penyusuan Bayi Pramatang”

  1. mirah Avatar
    mirah

    betul coretan lyna tu. Nanti kalau ada masa, nak buat juga posting preparation utk anak prematured ni, mengikut kpd pengalaman sendiri kan..

  2. salzahari Avatar
    salzahari

    after 3 daughters…i can summarize that for O & G, yes u can opt o go for private but for children / toddler care, gov.facilities still the best option! unless u memang mampu utk pegi betul2 establish private yg lengkap semua2 dan sanggup amik riisko (normally private ni suka refer out kalau dia rasa takleh handle).

    yer, tak mudah utk ulang alik ke ospital…tmbh kalau dlm pantang!

  3. hanis Avatar

    oh…mmg penat berkampung di hospital time pantang,

    saya baru je jaga baby kat hospital 4 hari 3 mlm kena warded sebab jandice pun nak pengsan rasany bila dpt balik rumah, kat hospital tu bertahannnnnn je…ala-ala superwoman..huhu

    tak dapa bayangkan mommy2 lain yang ulang alik berbulan-bulan demi baby sejak baru lahir…aduhh…salute sangat!

    Subhanallah, sesungguhnya Syurga itu di bawah tapak kaki ibu..

  4. suealeen Avatar

    di HSB ada bayi 24 minggu hidup, in fact ramai yang hidup walau pun berat hanya sekitar 600 gm ketika lahir. di sana juga digalakkan rooming-in (sekiranya ada katil kosong, tapi amat sukar walau pun katilnya banyak). tak perlu risau sekiranya melahirkan anak di private yang tiada kemudahan NICU. anak prem tetap ada option sama ada akan dihantar ke swasta/gomen. kita boleh pilih, arrangement dibuat oleh private hosp tu sendiri just like my case :).

    antara subjek berkaitan dengan bayi prem ni yang perlu diambilkira ~ low birth weight, jaundice, corrected age, etc.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sy rasa kena dptkn info juga, coz xsemua hospital bg kemudahan rooming in & parents bole visit bila2 masa. Like my fren’s case, hantar susu before g office kena marah dgn nurse coz di luar waktu melawat. Utk parents tak ada kerusi nk duduk kt SCN, habis waktu melawat kna tunggu di luar sampailah masuk waktu melawat seterusnya.

      Sy pun dr private dihantar ke govt hospital juga 😀

  5. Kak Mai Avatar
    Kak Mai

    PENJAGAAN ANAK PRAMASA YANG BERKESAN – IALAH PENCEGAHAN KELAHIRAN PRAMASA ITU SENDIRI.
    Hai, saya suka baca coretan Lyna tu. Dari pengalaman saya sendiri yang melahirkan empat anak pramatang dari lima anak; memang teramat perit sekali. Saya pun masa mengandung, dah berkira2 hospital private mana nak bersalin, (kerana zaman dulu2 in the 80’s to 90’s banyak kisahnya melahirkan dihospital gomen. Tapi, nasib tak kesampaian, kena masuk wad dari awal2 mengandung lagi dan akhirnya masa perut 24bulan dah dimasukkan ke wad sampailah melahirkan anak – at 32+ weeks – 35weeks.
    Apa yang nak saya katakan kat sini, jika kita mengalami contractions awal semasa tidak sepatutnya kita alami (keteganagan otot rahim bersama rasa sakit, sakit yang tak hilang dengan berehat), cepat2lah pergi kehospital untuk mendapat jagaan perubatan yang tepat. Doktor boleh bantu mencegah kelahiran pramasa yang teruk sekiranya kita pergi mendapatkan rawatan dengan segera. Jika contractions tu masih dalam peringkat lemah atau sederhana, ia masih boleh dihentikan lagi. Ini dapat menghalang kita dari melahirkan anak terlalu pramasa!! Sekiranya kita menanti dirumah diatas apa jua sebab sekalipun, ianya mungkin akan jadi terlambat untuk dihentikan contractions itu, sekali “pintu” rahim yang dalam dah terbuka, anak yang kecil akan senang melolos lalu keluar dan pintu cervix yang luar tu pun akan ditekan dan terbuka juga. Peringkat tu tak dapt nak tahan anak dalam kandungan ibu lagi. Jadi, nasihat saya dari pengalaman sendiri, untuk ibu yang memang tak menjangka akan mengalami kelahiran pramasa (maknanya ianya sihat selama hamil hingga ke hampir 24 minggu), ianya juga kena berhati-hati semasa sampai kemasa 6 bulan itu. Ini disebabkan masa itu otot rahim akan mula rasa sedikit keras (Braxton’s Hicks), ini tidak bahaya, ianya tidak sakit, dan tidak berterusan. Tetapi, tak mustahil juga ia akan meneruskan perjalanannya dari Braxton’s Hicks kepada contractions yang benar2 SEKIRANYA dimasa itu ibu melakukan activity yang keterlaluan, overtired, atau terjatuh. Pemakanan ibu juga mestilah seimbang dan menampung sepenuhnya keperluan segala kondisi ibu diwaktu sepanjang masa hamil (infact, sebelum hamil lagi ibu dah sewajibnya mengamalkan kecukupan nilai Nutrisi untuk waktu itu sepanjang masa, baru lah hamil). Pengambilan protein, vitamins, dan minerals dan trace elements yang “effective” dengan cukup mestilah diamalkan sebaiknya seblum ibu hamil lagi. Ini adalah untuk mendapatkan bekalan enzymes dan element yang mencukupi untuk menjadikan anak yang sihat, cerdik, dan gembira serta matang dengan normal. Semua itu dapat menghalang kelahiran pramasa dari satu aspek. Ini kerana undernutrisi – keadaan yang akan menyebabkan anak tidak sihat, dan by nature, sekiranya keadaan anak didalam rahim akan membuatkan ia lagi tertekan kesihatannya, by nature, kelahiran pramasa akan berlaku. Satu aspek lagi, kiranya keadaan nutrisi ibu tidak betul dengan amat sangat (bukan ibu tak makan, tapi khasiat-khasiat tertentu tidak cukup didalam makanan itu), ibu mungkin mengalami Pregnancy Induced Hypertension, satu keadaan dimana ibu mengalami tekanan darah tinggi hanya dimasa hamil 6 bulan keatas, kiranya teruk, selalunya akan menyebabkan kelahiran pramasa juga. Kencing manis satu lagi keadaan dimana ibu mungking melahirkan anak pramasa.

    PERKARA – PERKARA YANG BOLEH DIUSAHAKAN BAGI MENCEGAH KELAHIRAN PRAMASA:
    Tentunya bakal-bakal ibu tak mahu bersalin awal. Jadi nasihat saya:
    -sebelum hamil pastikan keadaan kesihatan berada pada tahap optima.
    -bakal bapa juga kena pastikan kesihatannya ditahap optima.
    -bukan semua vitamin yang ada dipasaran itu boleh membantu – (Dr Adele Davis; LetS Have Healthy Children, dimana beliau menuliskan yang kebaykan doktor termakan perkataan pharmacists berkenaan kebaikan vitamin pranatal yang mereka jual itu, walhal ianya tidka boleh memenuhi keperluan ibu hamil sepenuhnya).
    -pengambilan vitamin dan mineral (food supplement) yang asli (naturally prepared dari natural products) juga mestilah diambil dari orang yang mengetahui selok belok nya, not just from anybody khususnya vitamin C (Dr Klatz).
    -Kepercayaan yang mengatakan makan vitamin nanti anak jadi besar dalam kandungan adalah tidak tepat.
    -lakukan the normal job or work as usual sekiranya tidak ada kontraindikasi, dengan mempastikan tidak overdo.
    -rehat serta tidur yang nyenyak secukupnya. Tidur yang nyenyak adalah tersangat penting diantara jam 2.00 am hinggan 4.30am, untuk pengeluaran hormon-hormon Melatonin dan HGH. Kedua-dua hormon ini in turn akan menggerakkan penghasilan hormon-hormon lain dalam badan anda yang mana akan membuat kan anda sihat dan cergas.
    -hubungan kelamin boleh diteruskan seperti normal (tapi dont over do).
    -berhubungan dengan anak dalam kandungan selalu bermula dari 7 minggu kehamilan.
    -jaga kebersihan diri luar dalam untuk mencegah jangkitan kuman yang mana boleh predispose kepada contractions.
    -elak dari terdedah kepada bahang xray dan sebarang jangkitan kuman yang lain.
    -jangan makan sebarang ubat-ubatan khususnya antibiotik dan yang tidak diketahui, terutamanya semasa minggu awal mengandung.
    -baca fatihah 7 kali dan hadiahkan kepada anak yang didalam kandungan itu setiap hari. (Saya tak sempat melakukan yang ini untuk anak 1-3 tapi untuk anak ke 4 dan ke 5 saya sempat. Ada perbezaannya).
    -Minum susu tepung 3-4 gelas sehari. Minum air secukupnya.
    -Dah tu jika terjadi sebarang contractions, atau keluaran darah walaupun setitik, atau air mentuban, cepat2 kehospital. Jangan sekali2 berjalan masa dalam hospital sebelum berjumpa doktor, minta wheelchair.
    -Jika keluar darah fresh jangan biarkan sesiapa lakukan “PV” (pervagina examination) keatas anda, kecuali oleh doktor pakar anda (beliau mungkin akan melakukan very brief gentle speculum examination only).
    -Jika anda diarahkan Berehat sepenhnya diatas katil, pastikan anda mengikuti sepenuhnya. Jika dibenarkan pulang ikutlah nasihat doktor sepenuhnya. Dan cubalah elakkan persetubuhan buat sedikit waktu.
    -Pencegahan adalah lebih berkesan tetapi, pengesanan awal dan rawatan segera yang BERKESAN ADALAH SAMA PENTINGNYA.
    SAYA DAH TINGGAL BERKAMPUNG DIHOSPITAL SELAMA 10 MINGGU AT A STRETCH UNTUK SETIAP KANDUNGAN, PADA AWAL2 MENGANDUNG, DAN DIPERTENGAHAN MASA HAMIL, KERANA THREATENED ABORTIONS DAN PREMATURE CONTRACTIONS, DAN KANDUNGAN SAYA BOLEHLAH BERTAHAN HINGGA 33-35 MINGGU UNTUK SETIAP ANAK-ANAK SAYA YANG EMPAT ORANG ITU.
    -Saya bersetuju, untuk anak pramasa, hospital kerajaan lah yang paling sesuai sekali buat masa ini, kecuali satu atau dua saja hospital private yang teramat advanced.
    eh eh dah panjang sangat saya berceloteh ni, jangan meluat pula ye,
    Ini adalah ilmu yang saya kira doktor pakar akan charge beratus-ratus RM hanya untuk kauseling sahaja (doktor pakar disatu private hospital diKL ini charge saya RM290 hanya untuk 5 minit percakapan ujian yang akan dijalankan keatas anak saya), tapi saya jariahkan ilmu ini kerana Allah, untuk kebahagiaan semua yang berkenaan.

    Semoga anda semua berbahagia mendapat anak yang cukup masa dan sihat walafiat serta cerdik.
    Semoga kerajaan dan keluarga dapat mengurangkan perbelanjaan perubatan untuk aspek ini.
    Semoga Malaysia mewarisi barisan pelapis yang sihat dan berjaya.
    Amin.

    p/s Dr Adele Davis kata pengambilan food supplement yang betul dari orang yang betul, akan membantu kita memperolehi anak-anak yang lebih cantik, sihat, gembira, dan lancar perkembanganya didalam kandungan danmencegah kelahiran pramasa (akibat undernutrisi).
    Dan siibu itu sendiri akan mengalami pemulihan yang pantas.
    Saya biasa membantu beberapa orang ibu yang nak kena cubaan instrumental delivery, jika gagal – operation disebabkan medical conditions eg asthma dan uterine laxity, tetapi boleh bersalin dengan normal diluar jangkaan doktor pakar itu. Dua orang darinya adalah doktor juga. Bukan apa – ini menunjukkan bukti kata-kata doktor Adele Davis itu ada kebenarannya (beliau kata 50% dari Caesarian section itu adalah unnecesary). Terpulanglah untuk anda semua membuat keputusan.
    Malangnya saya mendapat ilmu Nutritional Healing ini setelah saya melahirkan anak kelima saya. Jadi saya tak dapat nak elakkan premature contractions saya itu. Tetapi dengan ilmu itu, saya dapat memulihkan kelima2 anak saya yang asthmatic, termasuk saya sendiri; saya mengalami SLE end stage pada 1998/99; (dengan 6 keguguran sebelum anak pertama, + 3 keguguran in between). Tetapi kini, kami semua sihat tidak ada yang kena asthma lagi, dan saya telah bebas dari SLE – antigen free dah 9 tahun berturut-turut.).

    -RN, SCM, PHN (MCHC), MSNE.

  6. intan ns Avatar
    intan ns

    hi..sy telah melahirkan baby prem pd 03.12.2010 yg lepas pd mggu ke 30 dgn berat 1.58kg.pd 4ari ptama sy tak dpt jguk anak sy sbb tekanan drh tggi.baby dimasukkan dlm inkubator di NICU utk kawalan suhu & kandungan oksigen.alhamdulillah sy masih bpeluang menyusu baby wpun baby dlm inkubator.genap 7hari baby boleh keluar inkubator(berat naik dr 1.58 ke 1.74) &masuk wad bsama ibu. 4hari kmdian baby mcapai berat 1.8 & dibenarkan balik slps 12 hari di NICU. sy ingin bkongsi sdikit pgalaman ttg amalan yg sy amalkan masa myusu baby di NICU.sy bykkan bbual dgn baby ketika menyusu & ini mnambahkn comfort zone pd baby utk pnambahan berat,sy juga mcuba kaedah kangaroo mother care (cara mendukung & memeluk baby) & slalu massage baby.InsyaAllah cara ini dpt menambahkan berat baby,wpun sy tak tahu sejauh mana buktinye tp mlalui bacaan2 di internet,kaedah ni dah lama barat amalkan & baby pramatang smemangnye memerlukan sokongan dr ibubapanya & sentuhan terbukti dpt mnambah berat..InsyaAllah..

  7. aslinda Avatar
    aslinda

    salam ibu2 semua..selamat hari ibu.. trma ksih krn banyak ilmu yg boleh berkongsi.. saya merupakan ibu kpd 3 org ank.. tp ank saya no 3 lahir prem 29 weeks lelaki.. dktr kata hari ini 15/5 dia dh leh balik..lahir 15/3 genap2 buln dia dh wad.. pglmn saya setiap hari berulang ke wad hsajb alhmdulillah pnjagaan hosp mmg terbaik..bersyukur kpd Allah.. kta sbg parent mmg kena byk berkorban utk ank prem dr segi masa, kewangan dll.. spnjg di wad saya sentiasa belai dia, berbual dgn nya, urus dia, tukr pampers, urut , bljr bg susu melalui tiub, cup smpilah ke brace feed, bljr cpr, bljr bg aero chamber mcm2..alhmduliilah brat lahir 1.4 skrg dh 3.2 kg.. spnjg di hosp.. yg pnting kita sbg ibu kena berbuat baik dgn nurse, dktr, rajin bertanya kpd pakartika round ward utk tahu keadaan ank kita bru meka warga hosp boleh bg kerjasama dan secara x langsung mrka akn hormat kita dan jg ank sebaik2 nya..doa & twkl pd Allah amatlah diperlukan.. tahajud jgn tinggal ia byk membantu.. insyaAllah boleh lah kita sama2 kongsikan..

  8. louisa Avatar
    louisa

    Apa pengurusan low birth weight di hospital?

  9. Yooneeyun Avatar

    Emm.. Telah dibincangkan seeblum ini, saya copy balik mana yang releven:Pada usia muda, hormon utk kehendak seks amat tinggi dan memang ramai lelaki yang melakukan onani. Tiada penyelesaian mudah untuk berhenti kerana ia adalah sejenis ‘addiction’ (ketagihan). Ini lebih kepada perkara minda. Kebiasaannya doktor akan menasihatkan agar kita kurangkan menyentuh anggota sensitif kita, atau sibukkan diri, atau buat exercise seeblum tidur, atau makan snek bila teringin hendak buat atau ada juga yang menggigit jari ketika teringin beronani! Bertaubat adalah yang terbaik. Onani akan menyebabkan kita melatih untuk darah tidak bertahan lama dalam zakar kerana ejakulasi adalah singkat dan cepat dengan onani. Maka, zakar tidak dapat mengembang dengan baik, lantas menjadikan zakar kita kecil. Menurut kajian, purata panjang penis ketika ereksi adalah dalam lingkungan 5.1 hingga 5.9 inch. Kami cadangkan agar tuan kurangkan tabiat tersebut dan apabila tuan sudah hampir hendak berkahwin (e.g setahun sblm kawin), tuan boelh mencuba intensive oil utk menguat dan mengembangkan alat sulit kembali. Apabila telah berkahwin, amalkan serum seeblum hendak bersama isteri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge