Peluang Membantu Pembelian Kaki Palsu

admin Avatar

Ini ada satu pelung membantu pembelian kaki palsu untuk mereka yang memerlukannya. Khas buat mereka yang prihatin dan mungkin mereka yang ada duit lebih tapi tak tahu nak buat apa kan. Ops, ini bukan untuk Fahry, insya-Allah, semoga Allah memudahkan urusan buat Fahry.

Ini adalah untuk rakan-rakan senasib dengan Fahry yang sangat2 memerlukan bantuan bagi mendapatkan kaki palsu.

Saya mengambil berita ini dari Harian Metro 24 November yang lalu. Memang tertancap mataku dengan rayuan mereka ni. Maklum saja, saya faham sekali bagaimana keadaannya tanpa kaki palsu. Walaupun Fahry tu OK saja tanpa kaki palsu, beliau masih boleh memanjat sana-sini, terjun dan melompat sana sini… ohhh saya rasa lebih penat menjaganya tanpa kaki palsu dari berkaki! Di sebalik itu, urusan Fahry sangat terhad. Dia tak boleh nak membuka pintu atau mencapai benda di atas meja. Tapi kreatif juga dia pandai cari kerusi kalau nak capai apa-apa. Paling terbaru ialah cubaan dan membasuh pinggan dan ‘memasak’ di dapur saya. (Kaki palsu Fahry dah total loss sekarang ni, will blog about it later).

Di bawah adakah keratan akhbar tersebut, yang mana saya ambil guna cameraphone saja disebabkan scanner tidak dapat berfungsi.

bantuan kaki palsu

Kalau nak derma boleh sumbangkan melalui cek atas nama Tabung Kebajikan NSTP dan dialamatkan ke Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-22823131 sambungan 6659. Insya-Allah kaki palsu dari sumbangan kita semua bakal memberi sinar baru dalam hidup mereka. Janganlah ‘dimatikan’ mereka hanya kerana tidak berkaki T_T

Semoga Allah panjangkan usia kami untuk terus menjaga, mengasuh dan memberi sokongan serta dorongan buat Fahry untuk berjaya di atas paras normal.

admin Avatar

2 responses to “Peluang Membantu Pembelian Kaki Palsu”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Bila kita baca kisah orang yang diuji, kita selalu cakap, “Allah takkan uji hamba-hamba-Nya melainkan di bawah kemampuan hamba itu sendiri.” Maksudnya, Allah uji sebab Allah tahu orang tu boleh tanggung. Benarkah?

    Misalnya ada orang memandang… Allah uji Along dapat Fahry, sebab Allah tahu Along mampu nak tanggung, Along ada duit banyak (Maklumlah, enjin-nyior! Dah la buat bisnes…), Along proactive dan sangat supportive untuk membantu anak seperti Fahry. Tu pasal Along dapat anak seistimewa Fahry! -oh, kirim salam sikit kat siapa-siapa yang cakap macam ni! –

    Tapi kita jangan lupa. Sebenarnya Allah juga uji hamba-hamba-Nya yang memang tak mampu nak tanggung ujian tu. Sebenarnya ujian Allah itu bukan ditujukan untuk hamba-Nya yang diuji tu, tapi ujian tu ditujukan buat hamba-hamba-Nya yang ada kapasiti untuk membantu – adakah dia akan membantu atau nak duduk diam saja?

    Sebenarnya kitalah yang diuji, bukan orang-orang yang takde kaki tu!

  2. Liza Avatar
    Liza

    Ujian Allah adalah untuk meningkatkan tahap keimanan manusia. Jika kita redha dan sabar dgn UjianNya, maka ganjaran yg besar menanti kita. Sekaligus, meningkatkan tahap keimanan kepadaNya. Jika difikir secara mendalam, sebenarnya ujian itu memudahkan laluan kita untuk mendapat ganjaranNya. Cuma jika kita tidak redha dan mengatakan Allah itu zalim kerana menimpakan musibah kepada kita, maka darjat keimanan itu akan jatuh. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge