Nur Kasih – Review dan Sinopsis

admin Avatar

Masa mula-mula drama ni ditayangkan, saya takdelah berminat sangat. What in my mind then was “Hm… Lagi satu cerita ala-ala Islamik yang merapu”. Kenapa? Sebab saya tonton banyak drama konon2 dakwah tapi ya salam memang merapu2. Banyak yg macam memberi mesej ‘Ala yang pakai jubah tudung semua tu bukan baik sangat pun’. Betul, memang pakaian tu tak mencerminkan apa2, tapi kita sebagai orang Islam kenalah jaga dan bela identiti Islam tu. Yang nak buat jahat tu biaq pi depa,tapi yang kita nak heboh2 kan kenapa? At least respectla pakaian Rasulullah (jubah, serban), tak payah nak bagitau orang ‘orang ni nama je lebai tapi jahat’.

Tapi, bila tengok Nur Kasih ni, hati rasa terpaut. Rasa ia lebih dekat dengan jiwa saya. Biasa kita tengok drama Melayu tak habis2 konflik tah ape2, cinta merapu, lawak yang semata2 lawak, cerita orang kaya melampau atau miskin tegar tak habis2 sampai nak masuk U pun tak reti mintak PTPTN, etc.

Cerita ni, sangat sederhana dan macam kehidupan sebenar orang gadis desa yang sederhana macam saya.

Tiada perbandingan ‘kasta’, contohnya, yang baik pakai tudung yang kurang baik pakai seksi.. Sini semua pun sama, watak semua bertudung tapi macam2 perangai. Malah tak ada yang too good too be true, semua watak ada ‘otak’ masing2, bukan sekadar jadi pak pacak aje.

Walaupun saya tak berpeluang nak follow setiap episod Nur Kasih, tapi sekali sekala menonton, memang rasa puas hati dan tak ada kritikan tidak membina dari lubuk hati kecil saya 😀 Malah setiap watak yang diketengahkan, adalah berdasarkan emosi manusia yang sebenar, tak ada yang terlalu buruk atau terlalu baik. Contohnya, dulu saya agak kurang setuju bila ayah Aidil & Adam mengahwinkan Adam dengan Nur, hanya sebab supaya Nur memandu Adam ke jalan lebih baik, kerana lelaki yang patutnya membimbing isteri. Tapi, kalaulah saya jadi Encik tu (nama apa saya pun tatau), saya mungkin akan buat benda sama juga. Naluri seorang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2nya, walau seburuk mana pun anak kita, kita takkan biarkan dia terkontang-kanting.

Seperti yang saya kata, setiap watak memainkan emosi manusia yang sebenar. Tak ada watak yang tak sudah2 dibuli, mahupun Aidil, dia tetap ada pendirian dia sendiri walaupun asyik mengalah. Tak ada juga watak yang asyik menang aje (macam hero Hindustan, tembak 40kali pun hidup lagi. Kalau penjahat, kena sepak dengan budak sebesar Hafiy pun terus mati). Tak ada juga watak yang tabah bodoh2 sampai ke sudah. Contoh macam Nur, ada time ups and downs dia.

Punch line dia pun tak ada kaitan dengan kegiatan jenayah atau kegiatan yang berkaitan dengan samseng murahan. Semuanya bermain dengan naik-turun emosi. See, tak payah nak utarakan konflik gaduh2, tembak2, bunuh2, cerita ni tetap ada konflik dan punch line nya.

Setakat yang saya ikuti cerita ni, ada banyak pengajaran yang boleh dikutip dari drama Nur Kasih ni:-

  1. Janganla dok kata kalau anak imam tu akan jadi baik macam ayah dia. Dan bukan salah ayah dia kalau anak kurang menjadi. Akan tetapi, ayah & ibu tetap kena perhatikan anaknya, walaupun ala2 rusak sedikit. Anak2 ni adalah sebagai medium untuk mentarbiah ibu bapa sendiri. Kalau tak ada yang bermasalah, hidup pun smooth je, mana ada cabaran kan.
  2. Kita orang perempuan kena ada pendirian sendiri jangan ikut2 orang aje. Biarlah orang kata kita bodoh ke apa ke, yang menanggungnya kita. Tapi, kena pandai2 jawab sendiri la, jangan jadi ape2 nak salahkan orang lain pulak.
  3. Manusia ni ada macam2 jenis. Janganla kata yang pakai tudung tu baik2, yang tak pakai tu tak berapa baik. Asal orang bertudung wat perangai je terus kata “Tak pada dengan pakai tudung!”. Tudung tu cuma kain je… tapi at least orang tu dah tak ada dosa buka aurat 🙂
  4. Suami isteri kena telus. Janganla ada jurang komunikasi. Lagi2 kalau ada pihak ketiga datang meracun, if antara suami isteri ni dah ada communication gap, memang tunggu masa aje lah.
  5. Anak-anak ni dengarla cakap parents. Redha ibu bapa tu redha Allah jua. Adalah hikmah dan berkatnya tu.
  6. Budak2 muda suka buat sesuatu tanpa fikir panjang. Tapi kalau dalam hati ada iman yang memandu, pergi sejauh mana pun akan kembali ke pangkal jalan jua.
  7. Jangan bezakan anak2. Jahat ke baik ke tetap anak. Bila kita susah2, anak2 ni la yang akan tolong kita. Kalau yang derhaka tu kita sumpah je biar jadi batu macam Si Tanggang.

Tapi sayang, saya tak follow dari awal. Kalau tak, mesti boleh tulis review yang lagi power. 😀

Dari segi watak2, OK la semuanya logik la. Kalau sengal2 pun, tahap kesengalannya masih boleh diterima. Tak ada la sengal sampai tak logik. Tak ada orang gaji cantik. Habis2 sengal pun, still ada kot orang sebenar yang perangai macam yang ditunjukkan tu. Orang lurus macam Aidil memang ada, orang manja jealous cemburu buta macam Aliya pun ada, orang tabah macam Nur pun ada, orang mulut macam Sarah pun ada, orang hensem macam Adam pun ada, …. eh?? Yang penting, tak ada watak yang tak logik contohnya orang gaji yang cantik macam model Sendayu Tinggi.

Cerita ni jugak sesuai dan benar2 sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dari baby sampaila ke nenek kebayan. Tak ada adegan ganas, asmara, aksi terlampau dan sebagainya. Yang penting tak ada orang pakai seksi. See!!! Tak payah pakai seksi2 pun cerita boleh laku la dol. Yang korang duk pegi tayang susu ke sana ke mari tu bukannya famous pun. Lebih baik susu yang ranum tu digunakan ke jalan yang betul iaitu untuk breastfeeding. Ni tak, harapkan susu je ditayang sana sini tapi baby minum susu dari kilang jugak. Ops, terkeluar topik! *no offense ya, sekadar buat perbandingan.

Saya rasa Nur Kasih ni berjaya sebab ramai orang tengok lah. Siap ada download ringtone lagi. Tapi tak tau la adakah ia boleh mengatasi rating penonton cerita ‘Mari Berlumba Motor’ atau pun ‘Pilihlah Jalan Putih’, tapi yang penting saya dengar ramai yang berbicara tentang Nur Kasih berbanding MBM dan PJP.

Lagi satu cerita Nur Kasih ni tak macam cerita tipikal yang lain, yang mana kalau tengok tajuk dan pelakonnya tu dah boleh agak endingnya macamana… Dah tajuk pun ‘Aku Couple Dengan Junior Tapi Kawen Dengan Kawan Baikku”, nak ending macamana lagi kan?

Setiap episod Nur Kasih ni macam membuka lembaran baru. Apa jadi minggu lepas? Apa jadi lepas ni? Sungguh misteri…

Ceritanya pun sungguh beremosi. Dia punya plot memang menarik amat. Terasa macam dibawa ke dalam cerita tu sama. Tak ada la flat dan mendatar aje.

Bercakap bab ending, saya pun tak sangka endingnya begitu. Saya ingatkan macam Dil To Pagal Hai… Adam & Aliya yang mengalah… hehehehe.

Harapnye lepas ni ramaila produser buat drama macam gini. Ni tak abis2 cerita lawak yang bodoh giler, atau cerita konflik yang sikit2 gaduh, sikit2 jerit, sikit2 tumbuk, sikit2 tembak, macam takde kerja lain. Tau le nak tunjukkan realiti kehidupan sebenar kita di Malaysia. Tunjuk yang elok2 takleh ke?

Tahniah pada krew produksi Nur Kasih!

nur kasih
pic credit to kisahartis.com

admin Avatar

29 responses to “Nur Kasih – Review dan Sinopsis”

  1. littlemama Avatar

    me nyampah watak sarah tu *miang*… menjadik betul muka dia bab memfitnah-fitnah orang tu… he…he..
    .-= littlemama´s last blog ..Entry Terpendek! =-.

  2. harlinda Avatar

    sy pon syuke cite Nur Kasih nie…tersentuh tgk kasih sayang sumai isteri dlm cite nie… =)

  3. mai Avatar

    my goodness, ramai yg buat review citer ni, but then when u buat ni i rasa nak komen. Betul, citer ni bukan citer tipikal mcm citer pasal saham naik jatuh ke, pasal gaduh sepak2, aksi skandal2 ke. Rimas tengok citer melayu yg mcmtu sebenarnya. as if buruk jekk yg nampak..

    And ni la citer melayu yg me & my husband dok tgk bersama2 sbb i jarang tgk citer melayu sbb rasanye mcm xsesuai nak tgk lagi2 ada Nasya. baik tgk PHDisney jek sbb selalunya ada jek mcm dialog2 tak sesuai untuk Nasya dgr/tengok.

    eh leh dld citer ni kat adam hafiz nye blog pun leh sbb i pun tak tgk dr awal..pastu dld situ utk yg memulanye episod..mmg puas ati. sbb kdg2 peringatan untuk diri sendiri. most of the jalan cerita kene dgn masyarakat biasa la i rasa..esp myself huhuhu..

  4. Bonda Humaira Avatar

    saya setuju 100% pdpt mommy lyna.. cerita ni mmg realistik sgt2, nak2 bab hub suami isteri dlm rtangga tu.. suami saya pun layan cerita tu..
    .-= Bonda Humaira´s last blog ..Family Day @ Tiara Beach Resort =-.

  5. DBalkis Avatar

    Ye la cite ni mula2 pun saya tak layan sangat, tapi now penonton setia..yang paling saya suka angle camera pada setiap shotnya..sungguh cantik dan unik sekali..ofcoz selain jalan cerita yg sangat bagus..paling pelik hubby pun boleh layan cite ni..pada hal selalunya dia akan condemn cite melayu..chaiyokk Nur Kasih
    .-= DBalkis´s last blog ..Congrats Dhani, Anis =-.

  6. Nik Avatar

    1st time saya tengok semua mata pompuan, mahupun lelaki, tak kira umur senyap masa makan kat foodcourt/kedai bila tengok Nur Kasih kat Tv kedai. Sampaikan ada brother tu kena “sshhh….” sebab tanye member dia “Berape ringgi nasi goreng ko ?” masa citer Nur Kasih duk tayang. Soklan kawan tu hanya dijawab bila brenti iklan jek.
    .-= Nik´s last blog ..GPs sampai ke reban =-.

  7. lin Avatar

    betul..sya pn halfway jatuh cinte ngan drama ni..eh, dia nye pengarah dr mumbai..industan mali..tapi okla dia takde la buat cite ala2 industan yg tak logik tuh..hehe..

    nanti cite ni akan dismbg dlm sequel bentuk filem lak..tak sabar nk tgk.hehehe

  8. mama tisya Avatar

    sy pn tk tgk dr mula citer ni tp bila tgk kt facebook rmi plak org dk citer psl nurkasih smp ada yg lelaki pn tkleh nk missed citer ni so sy pn try la tgk apa yg best sgt ..setelah start tgk mmg best cz citer nye lain dr yg lain…even tk tgk dr awal tp dpt sinopsis yg dh tersebar ngan meluas smp ending so bole bygkn la citernye camner tp even dh tau ending pn masih gk nk tgu stiap jumaat citer ni…jumaat ni dh last episod dh
    .-= mama tisya´s last blog ..percubaan pertama =-.

  9. mazlyna Avatar

    salam…

    ada sialan ulangan sekarang….isnin-jumaat @7.30pm…;)
    .-= mazlyna´s last blog ..tribunal pengguna =-.

  10. mazlyna Avatar

    SORRY…..salah taip….sialan=siaran….amppuuunnnn yaaa
    .-= mazlyna´s last blog ..tribunal pengguna =-.

  11. ApasH Avatar

    Saya mmg dr awal layan citer ni. tp part tgh2 Sarah tu jahat..jadi nyampah nk tgk..Bila dh nk abih tgk balik..hehehe..

    Satu yg saya x puas hati..nape watak2 len pakai tudung kemas2 je..yg si sarah tu pakai tudung herot bengot..senget2..apesal eh??

    Saje nk tunjuk dia tu selekeh skit ke? Even makjah pakai tudung pon lawa lg dr si sarah tu…
    .-= ApasH´s last blog ..Nasi Durian =-.

  12. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Aku pun setuju mmg jatuh hati gan cite ni..ko tak dpt tgk tang ulangan ko tgk ler kat tv3.com ade gak…

    “See!!! Tak payah pakai seksi2 pun cerita boleh laku la dol. Yang korang duk pegi tayang susu ke sana ke mari tu bukannya famous pun. Lebih baik susu yang ranum tu digunakan ke jalan yang betul iaitu untuk breastfeeding. Ni tak, harapkan susu je ditayang sana sini tapi baby minum susu dari kilang jugak. Ops, terkeluar topik! *no offense ya, sekadar buat perbandingan.” aku suke ape ko tulis and buat aku ketawa sorang2 depan pc ni ha..

  13. sumijelly Avatar

    waaa…….sumi pun terpengaruh dh sekarang nie..
    duk tgh tgk balik episod 1 tu…
    ishk,…ishk.. sedey arrr…………..

  14. nadnye Avatar

    mula tak ambil pot pun nak tgk.. tapi sebab mak duduk ngan kami jadi terpaksa tengok.. mula2 tengok hati dah suka tu pun dah akhir2 cerita pun baru terhegeh2 nak tgk… last2 sekarang suami, mak dan ku pun tumpang sekaki .. walaupun dia tak layan citer melayu sangat
    Yang bestnya jalan cerite dia, tak tahu kesudahan dia apa.. minggu nie atau depan punya cerita tak tahu nak predict camne..
    Malam esok hari terakhir walau da tahu abis camne tapi nak tahu Sarah(ciss sama plak nama anak aku.. perangai tak elok jgn ikut) kantoi camne…nak tahu dia jumpa balik camne..
    best aku setuju, lain kali buat la citer best2 camnie baru boleh tgk..
    Tapi sapa nak layan balik citer nie ada ulangan setiap hari isnin -khamis 7.30 mlm

  15. PutraMama Avatar

    x sabar nak tgk last episode raye hj ni..
    .-= PutraMama´s last blog ..Ole2 dr Genting.. =-.

  16. adianiez AIDA Avatar

    aida pun ala-ala nyampah tgk citer melayu zaman sekarang. citer org kaya, rebut harta, main pompuan, tak kuasa tgk… cuba ler buat citer life.
    nur kasih terpikat sebab jalan citer dia dekat di hati. real. perasaan manusia. perangai manusia. agama. ingkar. ibu bapa. perkahwinan, iri hati, niat jahat, cemburu. boleh diterima akal.
    aida pun tak ikut dari awal. masa ramadhan hari tu ada ulangan waktu sahur. ter tengok and terpikat terus. jumaat ni final episod. dpt tgk dengan mak kat kg… yes!
    .-= adianiez AIDA´s last blog ..KEMBAR KAH MEREKA ? =-.

  17. baizurah Avatar

    one of the best malay drama i’ve watched so far! thumbs up to all the crews and casts. 🙂
    .-= baizurah´s last blog ..Anakku Ceria Contest =-.

  18. sya Avatar

    suka dengan cerita ni…
    suka jalan ceritanya yang menyentuh emosi,
    suka dengan setiap watak..
    suka dengan cara hidup islamik yang ditonjolkan, eg; tak buka aurat depan ipar (lelaki), tak bersalaman dengan ipar (lelaki),
    suka dengan adat melayu nya..
    dan pendek kata, suka semualahhhh…. hehehe
    .-= sya´s last blog ..teh tarik kurang manis satu!!! =-.

  19. farah Avatar

    saya agree ngan lyna!

    ni first time sy tgk drama melayu yang btul2 bagus..die dah ulang tayang la lyna pukul 7.25-8 setiap selasa sampai jumaat…leh la tgk balik mane2 yg terlepas tu.
    .-= farah´s last blog ..Astaghfirullahalazim! =-.

  20. ummisalsabila Avatar

    xsabar nk tgk ending nyer…xtenang slagi xabis2 citer ni.huhu
    .-= ummisalsabila´s last blog ..Cerita Si kakak =-.

  21. Sufira Avatar

    Bak kata orang…Nur Kasih dah jadik fenomena…:)
    .-= Sufira´s last blog ..Happy 6th Birthday Sayang! =-.

  22. mama shazzy Avatar

    nice review! tp sy ttp x suke aidil n nur..x suke org yg let diri jd mangsa keadaan..hopefully jd la drg kawen nanti…sesuai skit..adam kasi kt sayaa jelah…hahaha

    skrip plg best dr citer ni; ‘ insyaallah, kalau niat kite baik, Allah akan permudahkan’..or something like dat..hehe..ayat ni jd ayat motivasi ni..;)

  23. laila Avatar

    hoh… sy setuju.. dan setuju dan setuju….
    jumaat ni episod akhir… harap2 happy ending….
    .-= laila´s last blog ..Perlukah insuran? =-.

  24. qay Avatar

    i juga stuju dgn ur komen..citer yg bgus…
    .-= qay´s last blog ..kembali ke pangkuan ku =-.

  25. LeeN Avatar

    tak boleh blah part ayat “tayang susu” tuh… bahahahahahahahah!
    .-= LeeN´s last blog ..Balqis: barang dirumah telah ada kaki. kesemuanya. =-.

  26. silbiabigail Avatar

    mommylyna… klu x silap sya citer ni ada campur tangan produser sinetron2 indonesia.. mmg dr big family, raam punjabi.. yg punya MD entertaiment ke.. (x pasti lah). sbb tu nur kasih len skit dr drama melayu.. kerana skripnya..
    jd jgn salahkan org kita melangut tgk sinetron.. mcm ni la….
    sya pun kira lekat gak kat sofa.. tp sya suka seni layarnya, cahayanya.. sudut2 kamera…

  27. sitisifir10 Avatar

    okeh..saya antara orang yang tak senang duduk selagi cerita ni tak habis.. dan tak sabar2 lak nk buat review dari sudut mataku juga. Tapi td my hb boleh kata, raya ni tak elok tgk ‘nur Kasih’ tau…haihhh…apakah sangkut pautnya aaa??

    Review daku sedikit berbeza, kerana ada yang tidak ku setuju di sana. Tapi sama lah mcm yg lain daku suuuuuuuka tgk ini cerita
    .-= sitisifir10´s last blog ..Blog Ini Sedang Di Renovasi =-.

  28. fieza-mamacun Avatar

    salam…..masa memula dulu….sama lah kita…memang x layan…bila dah ada konflik…setiap episode tertunggu2..pas tu watak sarah tu, memang menyampah sesangat sampai rasa tak suka kat pelakonnya…punyala berjaya bawa watak mulut jahat tu…hari jumaat ni memang tak sabar nak tunggu walaupun ada terbaca ending citer ni cam mana…..walaupun dah tau…kita tunggu je la tepat atau tidak apa yang saya baca….so far setiap episod tepat…
    .-= fieza-mamacun´s last blog ..Promosi Beauty In Lense =-.

  29. afrinabatrisyia Avatar

    > Nur kasih ni mmg best! tabik spring utk KHABIR BHATIA..**thumbs up**
    > Ulang tayang cite Nur KAsih ni tiap2 Selasa-Jumaat 7.25pm-8pm.. Kalo mommylyna @ sesape yg terlepas cite ni, lehla tgk ulangan dia…
    > xsabar tggu last episod besok, even dah tertengok iklan dia….
    > Apakah AIDIL + NUR akan berkahwin?? OMG…
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Al Kesahnya – Sakit Hati Ada 2 Version :: =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge