Bagaimana Nak Buat Supaya Anak Mendengar Cakap

by admin on November 24, 2009 · 14 comments

Saya sering mendengar tentang ini “Susah nak ajar anak sendiri, (oleh bermacam2 sebab – ada yang kata ibu bapa tak pandai ajar, ada yang kata anak tak dengar cakap ibu, ada yang kata anak mengada bila ibu sendiri yang ajar, etc.), lebih baik hantar pada yang pakar”.

Jadi tidak hairanlah bila memperkatakan tentang ‘ajar anak di rumah’, atau ada orang mereka suka panggil homeschool (walaupun tak ikut kurikulum homeschool yang sebenar), ada ibu bapa yang surrender sebab tak mampu nak lakukan. Mungkin anak kurang memberi kerjasama bila ibu sendiri yang nak mengajarnya, atau lebih seronok bermain. OK dalam hal ni, kalau kanak2 kecil atau bayi memang tak jadi masalah, memang nature mereka nak bermain, tapi macamana kalau anak tu sedang nak ambil UPSR, PMR atau SPM tapi masih bermain2 dan tak minat nak belajar di rumah? Bila ibu suruh belajar mereka memberontak.

Lalu ibu pun hantar anaknya ke program motivasi. Kena pula yang tukang beri motivasi tu adalah pakar2 yang famous macam Fadzillah Kamsah. Lepas tu dijemput pula penyanyi kegemaran anak tu iaitu BunkFace untuk membuat persembahan dan buat ucapan sikit. Pesan mereka “Belajarlah bersungguh2 ya dik”.

Rasanya, adakah anak tu akan berubah? 95% manusia akan mengikut apa yang dikatakan dan dilakukan oleh idolanya. Jadi tak hairanla masa zaman kegemilangan Mawi, ramai yang ikut fesyen Mawi dan siap ada tudung Mawi lagi walaupun Mawi tak bertudung.

Kenapa manusia ni suka terikut dengan idola?

Cuba kita tanya diri kita, siapa idola kita. Siapa ya?

Tak kiralah siapa idola kita tu, yang penting orang yang kita jadikan idola mestila orang yang sangat sempurna pada pandangan mata kita. Betul tak? Cuba kalau kita idolakan penyanyi Siti Nurhalipas (contoh je) kerana sifatnya yang kita tahu adalah lemah lembut dan menghormati orang. Apa saja kata2 Siti Nurhalipas, kita jadikan sebagai azimat. Sesiapa yang kutuk Siti Nurhalipas, siaplah kita sanggup belasah dia.

Pada suatu hari kita terjumpa Siti Nurhalipas di pasar malam, sedang bertekak dan bercakap kasar lagi tidak bersopan dengan penjual burger. Agak2 nak ke lagi kita jadikan dia idola? Harus balik2 rumah buang semua CD Siti Nurhalipas yang kita kumpul selama ni. “Menyesal aku minat dia ni, berlakon aje baik rupanya hipokrit!”

Kadang2 idola ni memainkan peranan besar dalam kehidupan. Orang akan cuba nak jadi macam idola/manusia yang dia minat. (Sebab tu ada orang curi2 gambar atau content blog orang lain, sebab orang tu jadikan tuan blog tu idola dan nak jadi macam dia :D ).

Idola mampu memberi motivasi yang tinggi kepada seseorang. Cuba kalau kita minat sangat2 dengan Azizi Ali. Ni kalau terserempak dengan Azizi Ali pun kita dah cukup bangga, tak payah tunggu nak berborak dengan dia. Dan2 jadi terer dalam property investment :D

Tapi masalahnya idola ni kena sentiasa perfect. Idola mesti ada kredibiliti.

Itulah masalah kita ibu bapa. Kalau kita kurang menjaga kredibiliti depan anak2, sebab tu anak2 susah nak dengar cakap kita.

Contohnya, bila kita bergaduh suami isteri di depan anak2, entah apa kata2 kita keluarkan.

“You memang teruk, you tak sayangkan I?”
“You lagi teruk, you la punca semua ni terjadi”

Dapatkah kita baca apa yang tertanam dalam fikiran anak2? “Mak aku teruk”, “Ayah aku teruk”.

Ataupun kita sendiri yang menjerut leher dengan bercerita dengan anak2.

“Jangan jadi macam Ayah kamu tu, satu sen tak guna”.
“Jangan jadi macam Mak kamu, tak cerdik”

Jadi, tak mustahil anak akan tanam “Ayah aku tak guna” “Mak aku tak cerdik”.

Ataupun secara tak sedar kita mengeluh depan anak2.

“Malasnya nak buat benda ni…”
“Ah, tak payah buatlah. Susahlah”

Subconsciously anak2 akan mendapati kita adalah orang yang bersifat negatif.

Kalau kita jadi mereka, nak ke kita jadikan orang teruk, tak guna, tak cerdik dan negatif sebagai idola, sekaligus dengar cakap orang tu?

Bayangkan kalau satu hari kita memarahi anak dan berkata “Tolonglah buat kerja ni janganlah malas sayang”

Anak kita pulak menjawab “Alah, mak pun malas!” Apa perasaan kita masa tu?

Sebagai idola kita mestilah sentiasa menjaga standard sebagai seorang idola. Macam Datuk Siti Nurhaliza, dia takkan nak pakai baju tak bergosok pegi beli belah. Mesti yang bling2 jugak. Mesti nak kena cakap elok2 bila wartawan interview.

Bagaimana menjadi ibu bapa idola:-

  • Menjaga kredibiliti diri sendiri.
  • Jangan tunjukkan kelemahan diri sendiri di depan anak-anak.
  • Jangan mengata pasangan kita di depan anak-anak. Contohnya “Ayah kamu memang macam tu, malas”. Anak akan hilang hormat pada karakter yang negatif.
  • Jangan sindir/marah/bergaduh dengan pasangan di depan anak-anak. Kita mungkin mengeluarkan kata2 yang tak enak didengar “Awak ni kenapa la lembab sangat, kan dah lambat ni!”
  • Sentiasa kelihatan berkeyakinan dan kemas.
  • Menjadi rakan akrab kepada anak.
  • Mengikuti perkembangan teknologi yang seiring dengan anak kita. Contohnya bila anak kita ber-FaceBook, tak salah maknye pun ber-FaceBook. Anak kita mesti suka bila ibu/bapanya cool.
  • Elakkan mengadu masalah kepada anak-anak, sebaliknya kita yang menjadi tempat anak-anak mengadu masalah.
  • Berbicara dan berbincang dengan anak-anak untuk mencapai win-win situation.

Samada kita nak atau tidak, kita adalah idola kepada anak2. Jangan biarkan mereka menjadikan idola2 mereka adalah penyanyi2, artis2 yang entah apa2 hinggakan berpakaian, perangai pun terikut2 gaya idola mereka tu.

Orang kata iman tak dapat diwarisi, tapi kebatilan bukan untuk dibiarkan macam tu je.

hafiy fahry

Susah nak jadi idola kat diorang nih. High standard LOL

{ 14 comments… read them below or add one }

Masayu November 24, 2009 at 11:11 am

Salam Lyna,

Itulah kita kadangkala mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tanpa kita sedar kadangkala bersikap negatif banyak mempengaruhi sifat diri anak-anak.

Terima kasih atas perkongsian.

Nota: Saya tercari-cari entri berkenaan peraduan itu ;D.

Reply

Mommy Lyna November 25, 2009 at 12:34 am

salam kak ayu

oh alamak ye la mana pegi entry tu ye. aduhai

Reply

nadnye November 24, 2009 at 11:53 am

Kadang-kadang sukar juga nak jadi idola.. yealah kita manusia biasa..kene control, takleh nak lepas gitu sahaja sebaiknya berbincang suami isteri apa kaedah terbaik untuk mereka dan kalau nak gaduh ke janganlah depan depa
Kadang suruh anak baca buku nak tanam minat membaca, tgk2 mak dan bapak layan tv tgk bola dan drama tak hingat dunia…sama-sama la kita beringat dan saling mengingati dan paling penting apa perkataan yang terkeluar dari mulut kita nie doa kepada mereka jadi jaga-jagalah perkataan kita..
.-= nadnye´s last blog ..Praise to Allah.. .The Honeybunch Giveaway =-.

Reply

Mommy Lyna November 25, 2009 at 12:36 am

ya la kadang kita takleh nak kontrol emosi sendiri. adalah sebab kita rasa semua yg di bawah jagaan kita adalah under kita punya kontrol?

Reply

Nuradyani November 24, 2009 at 1:16 pm

I totally agree with your suggestions. Mmg nak ajar anak kena tunjuk contoh yg baik dulu. kdg2 bila dengar cara anak cakap baru kita sedar yg diaorg dah mengajuk cara kita. *saya suko ghoyak bose bilo tok tehe dengar anok2 tepik. pahtu anok sulung pulok guno perkataan tu bilo adik dio* huhu
.-= Nuradyani´s last blog ..First experience in playing in the snow! (read: org2 jakun main salji. hehe) =-.

Reply

Mommy Lyna November 25, 2009 at 12:37 am

dis?

budok2 ni mudoh sungguh ngikut mugo huk dop berapo molek tu hehe

Reply

Hanz November 24, 2009 at 1:27 pm

heemmm..lepas ni me kena beraksi ala2 Ben10 & Bumblebee gitu sebab 2 ni idola Hanafi! Ahaks! Untuk baby Hambali, Mama masih pujaan hati-nyer.. ;>
.-= Hanz´s last blog ..Program Cuti Sekolah – Mari berkongsi =-.

Reply

Mommy Lyna November 25, 2009 at 12:33 am

alamak takdela sampai camtu kot. hahaha. afterall a mother is the best cannot compare dengan ben10 ke ben11 ke miahaha.

Reply

sya November 24, 2009 at 1:47 pm

memang susah menjadi idola.. hehehe..
iman memang tak dapat diwarisi..
tapi, sekurang2nya, ajarilah kepada anak2..
bukan biar aje… :)
dan, satu lagi.. jangan percayakan anak2 seratus peratus..
bimbang nanti, anak2 ambil kesempatan pulak..
.-= sya´s last blog ..banyaknya draft =-.

Reply

sitisifir10 November 24, 2009 at 1:53 pm

Nak tak nak kene jadi idola mereka….sbb mereka akan ikut ckp idola mereka….

Mmm..kalau K.Hanz kene jadi Ben10, akak takkan nak jadi mcm WonderPet n Dora?? Huhuhuuuuu
.-= sitisifir10´s last blog ..Blog Ini Sedang Di Renovasi =-.

Reply

NeroEcha November 24, 2009 at 2:17 pm

Berat tanggunjawab kita as parents kan…sungguh besar amanah nya..thanks for the info ko kongsi kan tu Lyna even kadang2 ade gak yg aku n hubby tersasul n tbuat…sama2 kita cuba membaiki n menerapkan ape yg tbaik utk anak2 kita..amenn

Reply

baitibrunei November 24, 2009 at 3:01 pm

salam mummylyna..

tergelak bace entri ni… teringat.. terkurek idung depan anak2… then cepat2 bitau deme, “ha ni kurek sebab dh banyak sgt, jgn sembarangan tau!”

lepas tu, bile terserempak dgn deme yg sedang mengurek, cepat2 deme jawab “umi ni dah penuh kene hilangkan..”

haaha… kepimpinan melalui tauladan! :)
.-= baitibrunei´s last blog ..yang hilang mesti diganti, masalah perlu dihadapi. =-.

Reply

isabelle November 24, 2009 at 4:06 pm

tang ayat last tu sgt la meaningful.
i loike…
.-= isabelle´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

Reply

norasikin August 4, 2011 at 8:41 am

saya ada masalah dgn anak sulung saya, yang berumur 5 tahun, sukar dia nak dengar cakap saya,,,bila minta tolong atau arahkan sesuatu tugas…dia buat tak reti jek….sehingga panggil berkali2…ang tindakan saya panggil dia dengan nada kuat…’cakap abg tak dengar ker ibu panggil’ dengar..jawabnya..tapi kenapa tak jwb….erm…diam jek…dia selalu buat perangai tiba2 menangis…serba tak kena….mcm2 tak kena…sehingga anak no 2 perempuan pun …kadang2 ikut perangai abg dia….
aper harus saya buat sekarang nie…supaya ada perubahan yg baik pada anak2 saya…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: