Masa mula-mula drama ni ditayangkan, saya takdelah berminat sangat. What in my mind then was “Hm… Lagi satu cerita ala-ala Islamik yang merapu”. Kenapa? Sebab saya tonton banyak drama konon2 dakwah tapi ya salam memang merapu2. Banyak yg macam memberi mesej ‘Ala yang pakai jubah tudung semua tu bukan baik sangat pun’. Betul, memang pakaian tu tak mencerminkan apa2, tapi kita sebagai orang Islam kenalah jaga dan bela identiti Islam tu. Yang nak buat jahat tu biaq pi depa,tapi yang kita nak heboh2 kan kenapa? At least respectla pakaian Rasulullah (jubah, serban), tak payah nak bagitau orang ‘orang ni nama je lebai tapi jahat’.
Tapi, bila tengok Nur Kasih ni, hati rasa terpaut. Rasa ia lebih dekat dengan jiwa saya. Biasa kita tengok drama Melayu tak habis2 konflik tah ape2, cinta merapu, lawak yang semata2 lawak, cerita orang kaya melampau atau miskin tegar tak habis2 sampai nak masuk U pun tak reti mintak PTPTN, etc.
Cerita ni, sangat sederhana dan macam kehidupan sebenar orang gadis desa yang sederhana macam saya.
Tiada perbandingan ‘kasta’, contohnya, yang baik pakai tudung yang kurang baik pakai seksi.. Sini semua pun sama, watak semua bertudung tapi macam2 perangai. Malah tak ada yang too good too be true, semua watak ada ‘otak’ masing2, bukan sekadar jadi pak pacak aje.
Walaupun saya tak berpeluang nak follow setiap episod Nur Kasih, tapi sekali sekala menonton, memang rasa puas hati dan tak ada kritikan tidak membina dari lubuk hati kecil saya 😀 Malah setiap watak yang diketengahkan, adalah berdasarkan emosi manusia yang sebenar, tak ada yang terlalu buruk atau terlalu baik. Contohnya, dulu saya agak kurang setuju bila ayah Aidil & Adam mengahwinkan Adam dengan Nur, hanya sebab supaya Nur memandu Adam ke jalan lebih baik, kerana lelaki yang patutnya membimbing isteri. Tapi, kalaulah saya jadi Encik tu (nama apa saya pun tatau), saya mungkin akan buat benda sama juga. Naluri seorang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2nya, walau seburuk mana pun anak kita, kita takkan biarkan dia terkontang-kanting.
Seperti yang saya kata, setiap watak memainkan emosi manusia yang sebenar. Tak ada watak yang tak sudah2 dibuli, mahupun Aidil, dia tetap ada pendirian dia sendiri walaupun asyik mengalah. Tak ada juga watak yang asyik menang aje (macam hero Hindustan, tembak 40kali pun hidup lagi. Kalau penjahat, kena sepak dengan budak sebesar Hafiy pun terus mati). Tak ada juga watak yang tabah bodoh2 sampai ke sudah. Contoh macam Nur, ada time ups and downs dia.
Punch line dia pun tak ada kaitan dengan kegiatan jenayah atau kegiatan yang berkaitan dengan samseng murahan. Semuanya bermain dengan naik-turun emosi. See, tak payah nak utarakan konflik gaduh2, tembak2, bunuh2, cerita ni tetap ada konflik dan punch line nya.
Setakat yang saya ikuti cerita ni, ada banyak pengajaran yang boleh dikutip dari drama Nur Kasih ni:-
- Janganla dok kata kalau anak imam tu akan jadi baik macam ayah dia. Dan bukan salah ayah dia kalau anak kurang menjadi. Akan tetapi, ayah & ibu tetap kena perhatikan anaknya, walaupun ala2 rusak sedikit. Anak2 ni adalah sebagai medium untuk mentarbiah ibu bapa sendiri. Kalau tak ada yang bermasalah, hidup pun smooth je, mana ada cabaran kan.
- Kita orang perempuan kena ada pendirian sendiri jangan ikut2 orang aje. Biarlah orang kata kita bodoh ke apa ke, yang menanggungnya kita. Tapi, kena pandai2 jawab sendiri la, jangan jadi ape2 nak salahkan orang lain pulak.
- Manusia ni ada macam2 jenis. Janganla kata yang pakai tudung tu baik2, yang tak pakai tu tak berapa baik. Asal orang bertudung wat perangai je terus kata “Tak pada dengan pakai tudung!”. Tudung tu cuma kain je… tapi at least orang tu dah tak ada dosa buka aurat 🙂
- Suami isteri kena telus. Janganla ada jurang komunikasi. Lagi2 kalau ada pihak ketiga datang meracun, if antara suami isteri ni dah ada communication gap, memang tunggu masa aje lah.
- Anak-anak ni dengarla cakap parents. Redha ibu bapa tu redha Allah jua. Adalah hikmah dan berkatnya tu.
- Budak2 muda suka buat sesuatu tanpa fikir panjang. Tapi kalau dalam hati ada iman yang memandu, pergi sejauh mana pun akan kembali ke pangkal jalan jua.
- Jangan bezakan anak2. Jahat ke baik ke tetap anak. Bila kita susah2, anak2 ni la yang akan tolong kita. Kalau yang derhaka tu kita sumpah je biar jadi batu macam Si Tanggang.
Tapi sayang, saya tak follow dari awal. Kalau tak, mesti boleh tulis review yang lagi power. 😀
Dari segi watak2, OK la semuanya logik la. Kalau sengal2 pun, tahap kesengalannya masih boleh diterima. Tak ada la sengal sampai tak logik. Tak ada orang gaji cantik. Habis2 sengal pun, still ada kot orang sebenar yang perangai macam yang ditunjukkan tu. Orang lurus macam Aidil memang ada, orang manja jealous cemburu buta macam Aliya pun ada, orang tabah macam Nur pun ada, orang mulut macam Sarah pun ada, orang hensem macam Adam pun ada, …. eh?? Yang penting, tak ada watak yang tak logik contohnya orang gaji yang cantik macam model Sendayu Tinggi.
Cerita ni jugak sesuai dan benar2 sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dari baby sampaila ke nenek kebayan. Tak ada adegan ganas, asmara, aksi terlampau dan sebagainya. Yang penting tak ada orang pakai seksi. See!!! Tak payah pakai seksi2 pun cerita boleh laku la dol. Yang korang duk pegi tayang susu ke sana ke mari tu bukannya famous pun. Lebih baik susu yang ranum tu digunakan ke jalan yang betul iaitu untuk breastfeeding. Ni tak, harapkan susu je ditayang sana sini tapi baby minum susu dari kilang jugak. Ops, terkeluar topik! *no offense ya, sekadar buat perbandingan.
Saya rasa Nur Kasih ni berjaya sebab ramai orang tengok lah. Siap ada download ringtone lagi. Tapi tak tau la adakah ia boleh mengatasi rating penonton cerita ‘Mari Berlumba Motor’ atau pun ‘Pilihlah Jalan Putih’, tapi yang penting saya dengar ramai yang berbicara tentang Nur Kasih berbanding MBM dan PJP.
Lagi satu cerita Nur Kasih ni tak macam cerita tipikal yang lain, yang mana kalau tengok tajuk dan pelakonnya tu dah boleh agak endingnya macamana… Dah tajuk pun ‘Aku Couple Dengan Junior Tapi Kawen Dengan Kawan Baikku”, nak ending macamana lagi kan?
Setiap episod Nur Kasih ni macam membuka lembaran baru. Apa jadi minggu lepas? Apa jadi lepas ni? Sungguh misteri…
Ceritanya pun sungguh beremosi. Dia punya plot memang menarik amat. Terasa macam dibawa ke dalam cerita tu sama. Tak ada la flat dan mendatar aje.
Bercakap bab ending, saya pun tak sangka endingnya begitu. Saya ingatkan macam Dil To Pagal Hai… Adam & Aliya yang mengalah… hehehehe.
Harapnye lepas ni ramaila produser buat drama macam gini. Ni tak abis2 cerita lawak yang bodoh giler, atau cerita konflik yang sikit2 gaduh, sikit2 jerit, sikit2 tumbuk, sikit2 tembak, macam takde kerja lain. Tau le nak tunjukkan realiti kehidupan sebenar kita di Malaysia. Tunjuk yang elok2 takleh ke?
Tahniah pada krew produksi Nur Kasih!
pic credit to kisahartis.com
Leave a Reply