Nuffnang racist, Nuffnang racist, Nuffnang racist. Kat mana2 orang bercakap tentangnya.
Wah macam topik hangat pula sekarang ya.
Saya pun sekadar nak memeriahkan suasana. Ada ke? Haha.
Rasanya isu Nuffnang racist ni timbul sejak pemenang My Water Moments diumumkan… yelah semuanya Chinese. Apa kes kan? PAtut kasik la 1 Malay 1 Chinese 1 Indian. Baru adil. LOL.
Nuffnang racist ke tak racist ke, itu saya tak peduli. Yang penting ia tak penting pun. Saya dah berbulan takde BE. Kalau ada pun satu dua. Sekarang ada satu. Ada aku kesah? Cak cak cak.
Racist. Adalah satu perkataan yang agak sinonim dengan chronism (eh betul ke eja macam tu? Apsal benda editor ni ada garis merah?). Cuma chronism berkaitan dengan ikatan kekeluargaan atau hubungan persaudaraan, manakala racist bersifat bangsa dan kaum.
Lupakan seketika bab Nuffnang.
Tapi dalam realiti kehidupan ni kita memang macam tu. Kronisma, racisma (perosak bahasa!) memang wujud dan tak boleh kata “aku tak amalkan kroni2”. Memang la kau tak amalkan sebab kau tak ada apa yang nak di-kronikan. Cuba kau ada bisnes 40 bilion, ada tak rasa bak bagi sikit share kat saya? Wajar perabis kat kroni2 dulu.
Biasa kat Malaysia ni kita selalu kata parti politik tertentu yang main kroni. Blah lah, semua parti pun sama aje. Itu pengalaman kawan saya sendiri bila bekerja dengan sebuah company yang diterajui oleh mereka-mereka yang ‘kutuk orang ni main kroni’. Agak cakap tak serupa bikin sebab depa pun kasik projek pada kroni juga.
Kalau tak ada benda2 kroni ni, tak adalah main kabel contohnya bila nak masukkan anak ke sekolah2 best, SBP misalnya. Kerana itulah kejadian seorang pelajar XXX (tak bole reveal kang kena saman plak ai) yang meninggal akibat dibuli (al-Fatihah). Arwah yang ada sakit jantung dipaksa oleh senior untuk pumping. Walhal nak masuk XXX tak boleh ada penyakit macam tu, tapi disebabkan guna kabel, dapat lepas. Akhirnya bila jadi camtu, salah siapa?
Nak cari kerja pun main kabel juga. Ramai saudara mara saya yang minta ‘adjust kerja’ di tempat kerja saya.. tapi malangnya saya cuma sebutir pasir a.k.a seekor semut merah saja. Hahaha. Siapalah saya nak propose HR suruh bagi kerja kat diorang ni.
Apart from that, manusia2 ni suka menilai orang dari segi luaran (penampilan). Contohnya saya sering disalahanggap sebagai makcik cleaner, sedangkan saya adalah cantik sedikit dari makcik cleaner. Tapi apa boleh buat, akibat keselekehan yang melampau menyebabkan saya tidak mendapat layanan, toksah kata masuk Harrod’s, masuk Cold Storage pun orang pandang sebelah mata je (kenyit mata la tuuuu hahaha). Kalau set2 yang stail2 mekap2, pakai glasses, tudung ala2 Italian Silk, walaupun sebenarnya dia takde duit tapi lalu depan Harrod’s je orang dah panggil2 “masuk laa masuk laaa”. Kalau saya? Suruh berambus lagi ada.
Racism. Entahlah saya pun tak tahu sebab saya tak ramai kawan dari kaum lain. Setakat ni saya berkawan dengan Chinese, Indian, Ibanese, etc. tak ada pulak saya disisihkan kerana saya adalah Melayu. Tak tau lah kalau dalam diam2 tu mereka kutuk saya dalam bahasa Ibunda masing2, maklumlah mak mana reti bahasa lain. Tapi apa nak kisah, ai pun boleh kutuk balik cakap Kelantan bukan diorang faham.
Whatever.
Berbalik kepada kisah Nuffnang yang dikatakan racist. Tak kiralah… berapa ramai blogger Melayu dah menang contest Nuffnang kan. Ataupun blogger Melayu yang dapat advertorial jobs best best. Kalau dah tak kreatif jangan nak salahkan orang.
Satu lagi, kalau iye pun Nuffnang racist, lantak dia lah company dia. Untung pun, dia, rugi pun, dia. Kalau nak racist jugak, usahakan betul2 biar dapat bukak company sebijik macam Nuffnang, pastu meracist lah sesuka hati.
p/s: Kalau tak suka, tinggalkan aje. Makcik pun dah beralih arah sedikit demi sedikit disebabkan Nuffnang kedekut dengan makcik. Ada bagi 1 BE je? 😛
Leave a Reply