Nuffnang analytics adalah antara webstat yang paling senang untuk diinstall dan direfer. Ia boleh didapati dengan meng-klik di Dashboard Nuffnang, selepas login ke dalam Nuffnang.
Dari situ kita bole tengok visitor data ke blog kita. Bole tengok untuk hari ni, semalam, minggu lepas dan bulan lepas.
Ini adalah analytic blog kita untuk hari ni. Graf adalah menunjukkan unique visitor yang masuk ke blog kita. Di bawah graf ialah Hour – masa bermula jam 12 tgh malam (0:00), View – berapa kali orang hit blog kita dan Uniques – berapa orang unik visitor yang baca blog kita. Unik visitor ialah orang perseorangan yang berbentuk individu. Hehe. Maknanya macam ni.. Katakan Samat, Karim, Siti dan Safira baca blog kita pada pukul 12. Maka ada 4 unique visitors dan 4 view. Kemdian pada pukul 1, Yati dan Selamat baca blog kita. Maka pada pukul 1 ada 2 unique visitors. So sekarang ada 6 unique visitors (tambah 4 yang tadi) dan 6 view. Tapi pada pukul 2, Karim dan Yati datang baca blog kita lagi. Maka, mereka tidak dikira unique visitor sebab dah kira tadi, tapi view/hits mereka dikira. Jadi kita ada 6 unique visitors dengan 8 views. Kemudian pada pukul 3, Safira, Selamat dan Suzi pula membaca. So kita ada 7 unique visitor with 11 views. Begitulah seterusnya.
Untuk tahu berapa orang sebenarnya baca blog kita dalam sehari ialah dengan tengok pada jumlah unique visitors. Views ialah berapa kali orang2 tu masuk, baca balik & refresh page blog kita.
Kita boleh tengok data ni untuk hari ni, minggu ni, minggu lepas dan bulan lepas. Ada function drop down kat belah kiri:
Di atas ialah analytic untuk seminggu. jadi kita bole tengok setiap hari berapa unique visitors dan views yang kita dapat. Kalau tengok yang bulan lepas, setiap bar mewakili jumlah visitors/view dalam masa seminggu. bermula date yg tertera, bukan sehari. Kalau nak attract advertiser, data2 ni boleh tayang supaya derang boleh tengok betapa ramainya visitors dan hit yang kita dapat setiap hari.
Apa-apa pun ini cuma estimate je, kalau compare dengan webstat lain pun, akan ada bezanya, macam pakai Google Analytics ke atau webstat lain.
Oh ye, unique tu mewakili unique visitor, bukan unique klik dan tiada kena mengena dengan klik pada iklan Nuffnang. Klik yang membawa duit ialah klik pada iklan Nuffnang, bukan orang klik pada web browser dan masuk ke blog kita. Untuk klik pada ads tu kena tengok kat bahagian Earnings pulak.
Jangan risau kalo earning Nuffnang tak naik2. Kalau blog untuk bergumbira je, gumbira saja dengan earnings itu. Ada, ada la. Takde mak tak kesah, yg penting mak happy blogging. Kalo betul2 nak serius make money dengan blog, kena la blog dengan serius jugak, kan?
Leave a Reply