My Shaklee Store Cabaran Blogging/Diari – JOIN NOW!

Naikkan Trafik Blog Dengan Penulisan

by Mommy Lyna on February 6, 2010 · 25 comments

Subscribe
Bookmark and Share
Bookmark and Share
We noticed that you've been visiting MySuperKids regularly. Drop a comment or two so that we can be friends. Btw, have you subscribe to My RSS Feed?

Bila bercakap tentang trafik blog, biasalah kita ada tips-tips yang macam-macam… promo blog la, komen blog la, blog hop la.. etc. etc. Tapi… adakah kita mampu mengekalkan visitor yang sedia ada di samping menambah visitor baru?

Apakah sebenarnya yang menjadikan mereka hadir di blog kita?

Adakah anda cuma mengharapkan visitor sekadar singgah dan blah bila dapati takde apa pun yang menarik untuk dibaca dalam blog anda? Sekadar untuk dapatkan hits aje.. macam tu?

Bagi saya yang sekangkang kera ni (<----ini memang kalau cikgu BM tahu dia tarik balik A1 SPM dulu), penulisan yang baik adalah hadiah saya buat rakan yang sudi membaca blog saya, sebab saya takde apa nak kasik :D Saya berharap dengan perkongsian ilmu ni bukan je bermanfaat pada pembaca blog saya yang tak seberapa ni, tapi juga memberi input baru kepada saya bila anda semua meninggalkan komen-komen bernas.

Jadi, tulisan yang bernas separuh masak ni lah tanda penghargaan saya buat kawan2 yang sudi bertandang ke mari. Jika kebanyakan orang berpendapat, cara menghargai pembaca blog ialah dengan menjawab setiap komen, bagi saya pula sebaliknya. Kita menulis sesuatu yang berguna dan worth to read (Macam la aku tak penah merapu). Eheh, tapi ni tak bermakna saya tak baca blog orang lain ya… terutama blog cik Fid yang 10 minit sekali ada update baru sampai saya tak terbaca semuanya. Tapi itulah, saya ni walaupun takdela best mana tapi alang2 menulis biar sampai dapat pahala. Eh pahala la tu… kalo tulis ilmu yang bermanfaat. Bawak sampai mati tau!

Berbalik kepada persoalan…

Selain dari yang saya pernah tulis di sini : http://mysuperkids.net/nak-tulis-apa-kat-blog-4-panduan-mudah-yg-boleh-cetuskan-idea/

saya juga ingin berkongsi beberapa sumber yang boleh dijadikan inspirasi untuk menghasilkan penulisan yang bermutu. Hanya untuk mereka yang ketandusan idea sahaja :D

1. Surat khabar

Tak payah baca satu surat khabar/paper tu kalau malas tak ada masa/tak sempat. Tak payah korek cerita-cerita hangat. Tengok je part yang kita paling suka. Senang je kan.

2. Radio

Sambil duk menjalani jalan jem di KL ni, dengar2 Hotchat ke, Topik Pagi Era ke, Kuliah Subuh ke… ambik sikit2 & boleh dijadikan modal entry.

3. Drama di TV

Kalau takde idea tak payah buat review pun. Just tulis sinopsis je. Untung2 si penulis skrip ke, pelakonnya terjumpa entry anda. Kalau nak tahu review saya tentang Tunjang Saadah ada dimuatkan dalam blog official Tunjang Saadah tau!

4. Borak-borak yang terdengar di telinga

Mungkin pagi tadi kita terdengar makcik cleaner sedang borak-borak tentang sesuatu topik. Mungkin kita boleh ulas topik itu dalam blog.

5. Blog yang updated di blogroll

Kalo yang pakai blogspot tu, tengok je kat sidebar… Blog yang recently update. Kalau yang topik macam bagus, OK ape kalau tulis jugak benda yang sama, kasik kredit la sikit kat dia kan.

6. Majalah

Ah, kalau majalah mak-mak ni kan banyaklah boleh kita catat dan kongsi. Kan? Kan?

7. Cerita tentang orang lain

Cerita yang bagus2 je. Bajett lah. Jangan memburukkan orang dalam blog, tak baik tau. Kalau terpaksa pun, just letak nama dia Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar).

Walau bagaimanapun, lagi bagus kalau kita dapat ulas sesuatu isu tu dengan mengeluarkan buah pendapat kita, daripada semata2 memberi info yang raw. Itu pendapat saya lah.. sebab saya suka baca blog ni, ia adalah dari luahan hati seorang manusia yang bebas. Kalau macam suratkhabar tu dia tak boleh suka2 hati, nanti kena gam :P

Tapi, bebas2 pun, kita still kena jaga tatasusila. Jangan sebab kita tak suka seseorang, kita gelarkan dia dengan panggilan macam-macam. Lagi2 kalau orang tu ialah manusia berpengaruh. Silap2 kita pulak yang kene sumbat dalam jel.

Walau cemana pun, semoleknya maksimumkan peluang untuk ‘gembirakan’ visitor. Itupun kalau anda tulis blog target untuk ramai visitors la. Kalau tulis untuk diri sendiri tu lain punya cerita :)

Popularity: 2% [?]

Post to Twitter

Continue Reading...

Visit >GAYA HIDUP SIHAT and share your healty lifestyle with me! :)

{ 25 comments… read them below or add one }

1 farah February 6, 2010 at 1:29 pm

btul2..obviously biasanye kite akan tulis ape yang terjadi kat sekeliling kite kan..topik kat radio pon leh jadi idea utk tulis entry.
farah´s last blog ..Fitness tips from Mr Daddy:Exercise mengecilkan peha/kaki My ComLuv Profile

Reply

2 Mommy Lyna February 6, 2010 at 5:09 pm

Sebenarnya byk modal dari radio kan?

Reply

3 zuhaini February 6, 2010 at 1:58 pm

yup.. di mana saja bole dapat idea nak update blog..

Reply

4 Mommy Lyna February 6, 2010 at 5:10 pm

Aha. Zu mesti dah master semua. Taknak tambah input ke?

Reply

5 LeeN February 6, 2010 at 2:19 pm

ko ni lom… bikin haku sengeh aje ok. blog guwe skang ni dah jarang update. disebabkan masalah yang tak dapat dihelakkan. rindu. plus gian ok. kekeke.

Reply

6 zuhaini February 6, 2010 at 3:40 pm

wei Leen. ko apa kabo..? menyepi jer.. dah bersalin lom…?

Reply

7 Mommy Lyna February 6, 2010 at 5:11 pm

Berenti kejap tak bemakna berenti lama2. Wakaka.

Reply

8 LeeN February 9, 2010 at 10:30 pm

zu: kekeke. ade je ni. lom bersalin lagi ni. tgh menghitung detik. ;p nanti ape2 ade la kat blog tu.. tak pon kat bhgn twitter tu. kekeke.

lyna: atau pun “takde maknenye nak berenti” ye dok? muahaha.
LeeN´s last blog ..a new start for linsharliana.com My ComLuv Profile

Reply

9 UstazCahaya February 6, 2010 at 2:32 pm

Salam ziarah..

Nak tambah sikit bahagian intro ya Puan Lyna. Yaro Starak (ProBlogger-Australia); mengajarkan supaya setiap komen di blog kita sebolehnya spy direply. Kedua, saya suka cara ProBlogger Rohaizad (Malaysia), yang konsisten menjawab komen di blog beliau. Dalam sibuk2 menguruskan belasan blog tu, mereka masih menjawab komen.

Tapi, mereka tu memang blog ni periuk nasi la kan, so mereka memang beri tumpuan pada blog saja. Tak sama macam kita. Kita ni blog belum jadi periuk nasi dan bukan untuk buat bayar kereta..

Tapi, dari sudut lain pula. Komen dinilai oleh search engine. Dan komen adalah cara buat ‘link building’ yang mudah untuk blog dan untuk artikel tu. Makin banyak komen, makin banyak link keluar dari blog kita. Bila kita sendiri yang jawab, kita link ke blog kita sendiri. Maka makin meriah lah link building kita tu kan.

Psst: Maaf la, macam memandai saja. kongsi ilmu dari pembacaan je ni, belum master lagi;-)
UstazCahaya´s last blog ..Pakej Bisnes T-Shirt (Sponsered Post) My ComLuv Profile

Reply

10 Mommy Lyna February 6, 2010 at 5:16 pm

Salam ziarah ustaz,
TQ atas pekongsian.
Persoalan yang dah ada jawapannya hehe. Blogger separuh2 masa sekalian, jika diberi 2 pilihan tp kena pilih satu je, yg mana anda vote? A. Jawab k0men B. Update entry.

Ahaks.

Mungkin tak lama lagi… UstazCahaya ProBlogger Malaysia.

Reply

11 UstazCahaya February 6, 2010 at 8:01 pm

Kak Lyna, saya pilih C: Reply komen dan update;-)

Amin, Ya Rabb Al-Alamin.. Mudahan Mommy Lyna juga;-)
UstazCahaya´s last blog ..Pakej Bisnes T-Shirt (Sponsered Post) My ComLuv Profile

Reply

12 Mommy Lyna February 7, 2010 at 12:32 am

Mak saya kata jgn Lawan ckp Ustaz nanti belajar tak berkat. Hehehe

Reply

13 temp. housewife February 6, 2010 at 4:43 pm

I like to write on certain issues that I reckon important for mommies and maybe for the general audience too. it’s just that sometimes I stumble upon writer’s block. hehe
temp. housewife´s last blog ..Waybuloo: Not a suitable program for Muslim kids (WARNING). My ComLuv Profile

Reply

14 Mommy Lyna February 6, 2010 at 5:17 pm

K Nad s0km0 kaya idea. Hehe.

Reply

15 wan anie February 6, 2010 at 5:35 pm

sangat2 boleh digunapakai bagi saya yang selalu tidak tahu bagaimana utk menulis walaupun ada idea.. haha

InsyaAllah will approve… baru nak belajar merangkak blog ni.. :D wan anie´s last blog ..Jika ke Terengganu, Jangan Lupa Kepok Lekor Tok Beng My ComLuv Profile

Reply

16 Abiy February 7, 2010 at 7:41 am

Dah boleh dah tu wan hehehe. Vaiyok2! Eh caiyok2!

Reply

17 Zaila February 6, 2010 at 6:51 pm

herm, zaila nak cerita sal ahli forum outlook di officelah
Zaila´s last blog ..Nuffnang Charity Project – Baby Ammar My ComLuv Profile

Reply

18 Mommy Lyna February 7, 2010 at 7:45 am

Siapakah ahli2nya Misti comel2

Reply

19 adi February 6, 2010 at 7:25 pm

betul tu…dengan penulisan org akan lebih ingat akan diri kita, ia juga boleh membuat pembaca merasi diri mereka lebih dekat dekat si penulis..ewaahhhh
adi´s last blog ..Tarik Trafik Cara Teknikal My ComLuv Profile

Reply

20 Mommy Lyna February 7, 2010 at 7:48 am

Boleh buat orang judge Kita jugak kan?

Reply

21 ::munira:: February 6, 2010 at 10:24 pm

“Walau cemana pun, semoleknya maksimumkan peluang untuk ‘gembirakan’ visitor. Itupun kalau anda tulis blog target untuk ramai visitors la. Kalau tulis untuk diri sendiri tu lain punya cerita” ————–> ini adalah saya hehehehehehe

Reply

22 Mommy Lyna February 7, 2010 at 7:52 am

Saya tu yg mana satu munira? Hehehe.

Reply

23 dbalkis February 7, 2010 at 5:12 am

saya sokong ustaz juga..C jawapannya..excited juga kadang2 kalau komen dijawab…
dbalkis´s last blog ..Ke Menara Gading My ComLuv Profile

Reply

24 Mommy Lyna February 7, 2010 at 7:58 am

Jgn salah faham, bukan saya kata jawab komen tak pentig tp da keadaan kita tak mampu nak buat semua, kalau diberi masa lebih pun saya nak jawab semua komen termasuk entry2 terkebelakang tapi kalau terpaksa korbankan masa untuk buat sebuah entry bermutu…. Apa pendapat dbalkis?

Dalam entry tu sy beritahu sy lebih suka tulis entry beguna (laaaaahhh sangat) tapi tak bermakna tak suka jawab komen. Dgn perbualan bersama UstaZcahaya tu tentang orang yg tak punya banyak masa.

Reply

25 Fid February 7, 2010 at 8:56 pm

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
encik seni down!!!!!!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: