Naikkan Trafik Blog Dengan Penulisan

admin Avatar

Bila bercakap tentang trafik blog, biasalah kita ada tips-tips yang macam-macam… promo blog la, komen blog la, blog hop la.. etc. etc. Tapi… adakah kita mampu mengekalkan visitor yang sedia ada di samping menambah visitor baru?

Apakah sebenarnya yang menjadikan mereka hadir di blog kita?

Adakah anda cuma mengharapkan visitor sekadar singgah dan blah bila dapati takde apa pun yang menarik untuk dibaca dalam blog anda? Sekadar untuk dapatkan hits aje.. macam tu?

Bagi saya yang sekangkang kera ni (<----ini memang kalau cikgu BM tahu dia tarik balik A1 SPM dulu), penulisan yang baik adalah hadiah saya buat rakan yang sudi membaca blog saya, sebab saya takde apa nak kasik 😀 Saya berharap dengan perkongsian ilmu ni bukan je bermanfaat pada pembaca blog saya yang tak seberapa ni, tapi juga memberi input baru kepada saya bila anda semua meninggalkan komen-komen bernas. Jadi, tulisan yang bernas separuh masak ni lah tanda penghargaan saya buat kawan2 yang sudi bertandang ke mari. Jika kebanyakan orang berpendapat, cara menghargai pembaca blog ialah dengan menjawab setiap komen, bagi saya pula sebaliknya. Kita menulis sesuatu yang berguna dan worth to read (Macam la aku tak penah merapu). Eheh, tapi ni tak bermakna saya tak baca blog orang lain ya… terutama blog cik Fid yang 10 minit sekali ada update baru sampai saya tak terbaca semuanya. Tapi itulah, saya ni walaupun takdela best mana tapi alang2 menulis biar sampai dapat pahala. Eh pahala la tu… kalo tulis ilmu yang bermanfaat. Bawak sampai mati tau!

Berbalik kepada persoalan…

Selain dari yang saya pernah tulis di sini : http://mysuperkids.net/nak-tulis-apa-kat-blog-4-panduan-mudah-yg-boleh-cetuskan-idea/

saya juga ingin berkongsi beberapa sumber yang boleh dijadikan inspirasi untuk menghasilkan penulisan yang bermutu. Hanya untuk mereka yang ketandusan idea sahaja 😀

1. Surat khabar

Tak payah baca satu surat khabar/paper tu kalau malas tak ada masa/tak sempat. Tak payah korek cerita-cerita hangat. Tengok je part yang kita paling suka. Senang je kan.

2. Radio

Sambil duk menjalani jalan jem di KL ni, dengar2 Hotchat ke, Topik Pagi Era ke, Kuliah Subuh ke… ambik sikit2 & boleh dijadikan modal entry.

3. Drama di TV

Kalau takde idea tak payah buat review pun. Just tulis sinopsis je. Untung2 si penulis skrip ke, pelakonnya terjumpa entry anda. Kalau nak tahu review saya tentang Tunjang Saadah ada dimuatkan dalam blog official Tunjang Saadah tau!

4. Borak-borak yang terdengar di telinga

Mungkin pagi tadi kita terdengar makcik cleaner sedang borak-borak tentang sesuatu topik. Mungkin kita boleh ulas topik itu dalam blog.

5. Blog yang updated di blogroll

Kalo yang pakai blogspot tu, tengok je kat sidebar… Blog yang recently update. Kalau yang topik macam bagus, OK ape kalau tulis jugak benda yang sama, kasik kredit la sikit kat dia kan.

6. Majalah

Ah, kalau majalah mak-mak ni kan banyaklah boleh kita catat dan kongsi. Kan? Kan?

7. Cerita tentang orang lain

Cerita yang bagus2 je. Bajett lah. Jangan memburukkan orang dalam blog, tak baik tau. Kalau terpaksa pun, just letak nama dia Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar).

Walau bagaimanapun, lagi bagus kalau kita dapat ulas sesuatu isu tu dengan mengeluarkan buah pendapat kita, daripada semata2 memberi info yang raw. Itu pendapat saya lah.. sebab saya suka baca blog ni, ia adalah dari luahan hati seorang manusia yang bebas. Kalau macam suratkhabar tu dia tak boleh suka2 hati, nanti kena gam 😛

Tapi, bebas2 pun, kita still kena jaga tatasusila. Jangan sebab kita tak suka seseorang, kita gelarkan dia dengan panggilan macam-macam. Lagi2 kalau orang tu ialah manusia berpengaruh. Silap2 kita pulak yang kene sumbat dalam jel.

Walau cemana pun, semoleknya maksimumkan peluang untuk ‘gembirakan’ visitor. Itupun kalau anda tulis blog target untuk ramai visitors la. Kalau tulis untuk diri sendiri tu lain punya cerita 🙂

admin Avatar

26 responses to “Naikkan Trafik Blog Dengan Penulisan”

  1. farah Avatar

    btul2..obviously biasanye kite akan tulis ape yang terjadi kat sekeliling kite kan..topik kat radio pon leh jadi idea utk tulis entry.
    .-= farah´s last blog ..Fitness tips from Mr Daddy:Exercise mengecilkan peha/kaki =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sebenarnya byk modal dari radio kan?

  2. zuhaini Avatar

    yup.. di mana saja bole dapat idea nak update blog..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aha. Zu mesti dah master semua. Taknak tambah input ke?

  3. LeeN Avatar

    ko ni lom… bikin haku sengeh aje ok. blog guwe skang ni dah jarang update. disebabkan masalah yang tak dapat dihelakkan. rindu. plus gian ok. kekeke.

    1. zuhaini Avatar

      wei Leen. ko apa kabo..? menyepi jer.. dah bersalin lom…?

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Berenti kejap tak bemakna berenti lama2. Wakaka.

      1. LeeN Avatar

        zu: kekeke. ade je ni. lom bersalin lagi ni. tgh menghitung detik. ;p nanti ape2 ade la kat blog tu.. tak pon kat bhgn twitter tu. kekeke.

        lyna: atau pun “takde maknenye nak berenti” ye dok? muahaha.
        .-= LeeN´s last blog ..a new start for linsharliana.com =-.

  4. UstazCahaya Avatar

    Salam ziarah..

    Nak tambah sikit bahagian intro ya Puan Lyna. Yaro Starak (ProBlogger-Australia); mengajarkan supaya setiap komen di blog kita sebolehnya spy direply. Kedua, saya suka cara ProBlogger Rohaizad (Malaysia), yang konsisten menjawab komen di blog beliau. Dalam sibuk2 menguruskan belasan blog tu, mereka masih menjawab komen.

    Tapi, mereka tu memang blog ni periuk nasi la kan, so mereka memang beri tumpuan pada blog saja. Tak sama macam kita. Kita ni blog belum jadi periuk nasi dan bukan untuk buat bayar kereta..

    Tapi, dari sudut lain pula. Komen dinilai oleh search engine. Dan komen adalah cara buat ‘link building’ yang mudah untuk blog dan untuk artikel tu. Makin banyak komen, makin banyak link keluar dari blog kita. Bila kita sendiri yang jawab, kita link ke blog kita sendiri. Maka makin meriah lah link building kita tu kan.

    Psst: Maaf la, macam memandai saja. kongsi ilmu dari pembacaan je ni, belum master lagi;-)
    .-= UstazCahaya´s last blog ..Pakej Bisnes T-Shirt (Sponsered Post) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam ziarah ustaz,
      TQ atas pekongsian.
      Persoalan yang dah ada jawapannya hehe. Blogger separuh2 masa sekalian, jika diberi 2 pilihan tp kena pilih satu je, yg mana anda vote? A. Jawab k0men B. Update entry.

      Ahaks.

      Mungkin tak lama lagi… UstazCahaya ProBlogger Malaysia.

      1. UstazCahaya Avatar

        Kak Lyna, saya pilih C: Reply komen dan update;-)

        Amin, Ya Rabb Al-Alamin.. Mudahan Mommy Lyna juga;-)
        .-= UstazCahaya´s last blog ..Pakej Bisnes T-Shirt (Sponsered Post) =-.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          Mak saya kata jgn Lawan ckp Ustaz nanti belajar tak berkat. Hehehe

    2. Zaini Avatar

      Kalau sudah jadi periuk nasi memang kena lebih rajin. Rajin update blog, rajin sebarkan blog. Kalau tidak, tak berasap la dapur.

  5. temp. housewife Avatar

    I like to write on certain issues that I reckon important for mommies and maybe for the general audience too. it’s just that sometimes I stumble upon writer’s block. hehe
    .-= temp. housewife´s last blog ..Waybuloo: Not a suitable program for Muslim kids (WARNING). =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      K Nad s0km0 kaya idea. Hehe.

  6. wan anie Avatar

    sangat2 boleh digunapakai bagi saya yang selalu tidak tahu bagaimana utk menulis walaupun ada idea.. haha

    InsyaAllah will approve… baru nak belajar merangkak blog ni.. 😀
    .-= wan anie´s last blog ..Jika ke Terengganu, Jangan Lupa Kepok Lekor Tok Beng =-.

    1. Abiy Avatar
      Abiy

      Dah boleh dah tu wan hehehe. Vaiyok2! Eh caiyok2!

  7. Zaila Avatar

    herm, zaila nak cerita sal ahli forum outlook di officelah
    .-= Zaila´s last blog ..Nuffnang Charity Project – Baby Ammar =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Siapakah ahli2nya Misti comel2

  8. adi Avatar

    betul tu…dengan penulisan org akan lebih ingat akan diri kita, ia juga boleh membuat pembaca merasi diri mereka lebih dekat dekat si penulis..ewaahhhh
    .-= adi´s last blog ..Tarik Trafik Cara Teknikal =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Boleh buat orang judge Kita jugak kan?

  9. ::munira:: Avatar

    “Walau cemana pun, semoleknya maksimumkan peluang untuk ‘gembirakan’ visitor. Itupun kalau anda tulis blog target untuk ramai visitors la. Kalau tulis untuk diri sendiri tu lain punya cerita” ————–> ini adalah saya hehehehehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Saya tu yg mana satu munira? Hehehe.

  10. dbalkis Avatar

    saya sokong ustaz juga..C jawapannya..excited juga kadang2 kalau komen dijawab…
    .-= dbalkis´s last blog ..Ke Menara Gading =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jgn salah faham, bukan saya kata jawab komen tak pentig tp da keadaan kita tak mampu nak buat semua, kalau diberi masa lebih pun saya nak jawab semua komen termasuk entry2 terkebelakang tapi kalau terpaksa korbankan masa untuk buat sebuah entry bermutu…. Apa pendapat dbalkis?

      Dalam entry tu sy beritahu sy lebih suka tulis entry beguna (laaaaahhh sangat) tapi tak bermakna tak suka jawab komen. Dgn perbualan bersama UstaZcahaya tu tentang orang yg tak punya banyak masa.

  11. Fid Avatar

    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    encik seni down!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge