Mami tak pasti hari kita patut start jam 12 tengah malam atau selepas Subuh. setiap 3 jam di hospital ni Mami bangun, pam, dan susukan Fahry. biasanya 30mi/nit atau 40minit sebelum jam2 menyusu Mami bangun untuk pam.
alhamdulillah, motivasi dari Abiy, famili & kawan2 especially Aunty N, Aunty Mun & Aunt Mirah (all of them have premie babies), memberi Mami kekuatan untuk menghadapi semua ni sorang diri (cos Abiy tak bole stay). Fahry memang budak yang baik dan manja, selalu mau dibelai Mami… 🙂
pagi2 selepas feeding jam 6, dalam jam 7, nurse datang bilik kejutkan Mami. sebenarnya, setiap kali nama Mami dipanggil, dada Mami berdebar2. Mami takut ada perkhabaran tentang Fahry.. rupanya dia suruh Mami ‘mandikan’ dan tukar alas tidur Fahry…
nurse tu tunjuk saja caranya. esok dia suruh Mami buat sendiri. aduh.. sungguh Mami tak konfiden sangat. Fahry sangat kecik… Mami pegang tangan, kepala dan badan Fahry pun Mami rasa cuak, takut menyakitkan kulit Fahry yang halus tu.. tapi sebenarnya Fahry suka kalau Mami yang tukarkan lampin, basuhkan berak kencing, alihkan badan Fahry…
hari ni jaundis Fahry dah kurang & nurse alihkan fototerapi tu dari inkubator. so mata Fahry dah boleh bukak. comel sangat! sebijik muka Abang Hafiy.
tapi tangan Fahry tak boleh diam… mula2 Mami tengok plaster yang lekatkan tiub oksigen ke hidung Fahry ada di tilam dan tangan. Mami ingatkan nurse yang balut tangan Fahry. lepas Mami check, rupanya itu plaster yang patut lekatkan tiub tu. Mami pasangkan semula, lepas tu Mami balik ke bilik pam susu.
bila Abiy datang, Mami suruh Abiy tengok apa Fahry buat dengan tiub tu. Abiy kata, tak ada pun tiub tu. Mami ingat nurse dah buangkan. so OK la. rupa-rupanya bila Mami datang nak beri susu, tiub tu ada di bawah kepala… plaster semuanya dah ke mana-mana, ada yang kat tangan Fahry, Fahry buang rupanya!
Mami bagitau nurse, nurse kata tak apa nanti dia pasangkan semula. tiba2 mesin yang detect oksigen Fahry berbunyi, kurang oksigen! 74% saja! kalut2 2-3 orang nurse datang. Mami bagitau derang, Fahry yang buka tiub tu. nurse2 tu pasangkan balik sambil gelak2 & cakap “dia dah tak mau pakai oksigen la ni, dah rasa kuat la ni..”. Fahry… Fahry…
pagi-pagi buta tadi pun, masa Mami nak sedut jus gastrik Fahry, tiba2 Mami rasa tak ada apa2 keluar. pelik pulak.. rupa2nya feeding tube dah tercabut Fahry tarik. nanti Mami nak suruh nurse ikatlah tangan Fahry. tu nasib baik drip diberi ikut pusat, jauh sikit nak ditarik. kalau di tangan Mami rasa dah lama tercabut…
alhamdulillah, semua ibu di wad pun kagum dengan Fahry yang aktif. Mami sangat bangga dengan anak2 Mami. Abang Hafiy pun sangat behave. kat rumah, tak ada menangis2 macam selalu. dan masa lapang dia selalu ambil buku mintak Abiy bacakan. Mami dah pesan kat Bibik supaya layan Hafiy baca buku, jangan asyik tengok TV saja.
Mami balik rumah sekejap lepas feeding yang pukul 12. sebenarnya Mami nak bf Abang Hafiy sambil stimulatekan lagi susu untuk Fahry. alhamdulillah, sampai tertidur Hafiy emem… Mami tinggalkan 4 botol susu untuk Fahry, in case Mami lambat sampai. tak banyak pun sebab hari ni Fahry start minum 6ml per hour. sekali pam, Mami tak dapat lagi 1oz tapi cukupla untuk sekali feeding. alhamdulillah.
esok Mami cuba mandikan Fahry pula ya….
Selamat Hari Raya Aidil Adha sayang!
Leave a Reply